omniture

Memperkenalkan K-Hospitality: Lotte New York Palace dan Lotte Hotel Seattle Meraih Anugerah Tertinggi pada 2023

LOTTE HOTELS & RESORTS
2023-09-13 19:00 39

SEOUL, Korea Selatan, 13 September 2023 /PRNewswire/ -- Lotte Hotels & Resorts, sebuah syarikat perhotelan Korea Selatan yang terkemuka dengan sejumlah 33 rangkaian di seluruh dunia, menggamit perhatian global apabila kecemerlangannya diiktiraf melalui anugerah-anugerah berprestij seperti Forbes Travel Guide dan World's Best Awards.

Lotte New York Palace
Lotte New York Palace

Perkhidmatan daripada Lotte Hotels & Resorts mengambil inspirasinya daripada budaya Korea yang berasaskan kepada perhatian yang teliti dan mesra kepada keperluan peribadi dan penjagaan awal – nilai teras "K-Hospitality".

Terletak di tengah-tengah Manhattan, Lotte New York Palace merupakan salah satu mercu tanda tentuan Bandar Raya New York. Antara seluruh kompleks itu, yang merangkumi Villard Mansion dan The Towers at Lotte New York Palace, The Towers at Lotte New York Palace dipilih sebagai hotel lima-bintang yang tersohor di peringkat global oleh "2023 Forbes Travel Guide."

Lotte New York Palace ialah hotel berprestij yang menonjol walaupun dalam landskap hotel New York yang sangat kompetitif, menawarkan kombinasi yang jarang ditemui dengan lebih 900 bilik tamu dan 23 bilik jamuan dan bilik mesyuarat. Semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hotel Lotte New York Palace berfungsi sebagai tempat diplomasi antarabangsa, lantas mendapat jolokan ibu pejabat kedua PBB".

Hotel Lotte New York Palace mendapat pujian tinggi dalam dua kategori iaitu khidmat pelanggan dan santapan. Dengan peningkatan trend K-Food (Makanan-Korea), hotel tersebut memperkenalkan martini 'Seoul-ful' yang dibuat dengan soju. Tambahan pula, khidmat pelanggan dengan hospitaliti gaya Korea, termasuk penekanan pada senyuman semasa berinteraksi dengan tetamu, menjadi ciri yang menonjol.

Lotte Hotel Seattle dipilih sebagai hotel dengan kedudukan tinggi dalam "The World's Best Awards 2023" yang dilaksanakan oleh majalah yang terkenal di seluruh dunia "Travel+Leisure."

Travel+Leisure ialah majalah bulanan yang menjalankan tinjauan bersama 16 juta pembaca bahan penerbitannya. Dalam kategori hotel, tinjauan berkenaan memilih hotel dan pusat peranginan terbaik dengan menilai bilik tamu, kemudahan, lokasi, perkhidmatan dan pengalaman menjamu selera.

Lotte Hotel Seattle mengatasi hotel-hotel yang terkenal di dunia di Seattle dan mendapat kedudukan tinggi yang paling diidam-idamkan. Dilengkapi dengan tingkap besar, cermin dan pelbagai jenis koleksi seni, bilik tamu dan suite mewah hotel itu memperlihatkan reka bentuk dalaman yang amat kreatif, dengan pemandangan indah Teluk Elliot melengkapkan daya tarikannya yang tersendiri. Hotel tersebut dipuji kerana penggunaan estetik kayu semula jadinya. Bersebelahan dengan mercu tanda Seattle seperti Pioneer Square dan Pike Place Market, Lotte Hotel Seattle mendapat pujian tinggi dari segi lokasi utama dan kebolehaksesan.

Lotte Hotel Seattle
Lotte Hotel Seattle

 

Source: LOTTE HOTELS & RESORTS
Keywords: Hotels and Resorts Travel Awards