- Perkongsian ICT mempersiapkan Phoenix TV untuk zaman 'omnimedia'
BEIJING, 14 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang menerajui bidangnya, dan Phoenix TV, penyiar utama dengan pengendalian seluruh dunia, telah mengumumkan pelancaran platform pusat data awan teragih '2&7' Phoenix TV, yang direka bentuk bagi membolehkan penyiar untuk memindahkan pengendalian global mereka ke platform ICT berasaskan awan yang maju dan tangkas.
Butiran perkongsian itu telah diumumkan semasa Sidang Kemuncak Pusat Data Awan Omnimedia Phoenix TV dan Huawei yang diadakan minggu ini di Beijing pada 12 Jun. Sidang kemuncak itu telah menawarkan platform untuk hampir 300 pengarah IT dan pakar industri daripada stesen TV terkenal, kumpulan media, organisasi media rangkaian, syarikat pascapenerbitan, penyepadu media dan juga firma khidmat nasihat seluruh dunia untuk membincangkan peluang, cabaran serta amalan pembinaan infrastruktur ICT dalam era omnimedia.
Inisiatif itu, yang meliputi pusat utama Phoenix TV di Beijing dan Hong Kong (simbol angka 2 dalam '2&7'), serta cawangannya di Shanghai, Taipei, London, Paris, Washington DC serta Los Angeles (simbol angka 7 dalam '2&7'), akan membolehkan penyiar menangani era 'omnimedia' baru muncul sambil kelakuan pengguna berubah dan mereka mendapatkan berita dan maklumat melalui berbilang skrin, dalam definisi yang amat tinggi dan melalui berbilang platform. Langkah ini akan membantu Phoenix TV untuk mempercepat penerbitan kandungannya di seluruh dunia dengan beralih daripada penerbitan berasaskan pita kepada ketersediaan masa sebenar dalam talian dan turut menyediakan pengalaman pengguna yang dipertingkat untuk para penonton mereka. Inisiatif ini merupakan teras strategi omnimedia Phoenix TV.
"Cara kami menghasilkan kandungan dan cara pengguna kami mendapatkannya sedang berubah secara radikal dan kami sedang menggunakan khidmat teknologi untuk menangani semua keperluan yang kian berubah ini," kata Wang Hongbo, Timbalan Pengarah Maklumat dan Pengurusan Rangkaian di Phoenix TV. "Ketibaan pengkomputeran awan telah membawa cabaran dan peluang baharu kepada industri IT. Transformasi kami bagi memenuhi permintaan zaman omnimedia menyaksikan kami membina platform perkongsian sumber yang menumpukan semua sumber korporat kami dan berkhidmat untuk institusi kami yang tersebar merata-rata dengan lebih pantas dan murah. Kami percaya penyelesaian pusat data awan teragih Huawei membantu kami untuk meluaskan penggunaan platform IT yang sangat selamat, andal dan juga mampu kendali," beliau berkata lagi.
David He, Presiden Pemasaran dan Jualan Penyelesaian Huawei Enterprise Business Group berkata, "Kolaborasi Phoenix TV dan Huawei akan mempercepat rentak era omnimedia dan turut menyediakan pengalaman media unggul untuk para pengguna. Dengan inovasi teknikal, Phoenix TV sedang menyaling hubung sumber global mereka dan menyediakan platform omnimedia berkualiti tinggi untuk para penggunanya pada peringkat global. Huawei telah menyediakan pelbagai penyelesaian dan produk ICT yang inovatif, termasuk pusat data awan teragih, rangkaian tangkas, dan juga simpanan bertumpu, agar Phoenix TV dapat memanfaatkan peluang omnimedia."
Phoenix TV telah menyiapkan pusat data mereka di Beijing, Hong Kong dan juga London. Menjelang akhir tahun 2014, Phoenix TV dijangka akan siap membina dan turut menyepadukan enam pusat data serantau mereka yang masih tinggal. Seni bina baharu itu yang disediakan oleh Huawei membantu Phoenix TV untuk mengurus secara logik sumber pusat data yang tersebar secara fizikal dalam cara yang disatukan, lalu membolehkan Phoenix TV menyampaikan berita tentang kejadian penting dari seluruh dunia dalam masa sesingkat lima minit.
Selain pusat data awan teragih itu, Huawei turut menyediakan sistem pengendalian awan mereka, bernama FusionSphere, tembok api siri USG9500, suis S9700, Simpanan Syarikat OceanStor, dan pusat data bermodul IDS2000. Hasilnya, Phoenix TV telah mencapai pengurangan kos pembinaan sebanyak kira-kira 20 peratus dan peningkatan penggunaan pelayar sebanyak 60 peratus.
Venecia Liu, Naib Presiden Penyelidikan daripada Gartner berkata, "Dalam era digital dengan penumpuan pemecah pasaran ini, syarikat media mesti mengubah model perniagaan mereka dan mula menggunakan pendekatan omnimedia. Kandungan perlu disebarkan melalui berbilang saluran media baharu dan tradisional agar penonton dapat mengaksesnya di mana-mana saja pada bila-bila masa. Perubahan ke atas omnimedia telah merangsang pembangunan ICT untuk industri media, terutamanya dengan teknologi seperti pengkomputeran awan, data besar serta Internet mudah alih."
Huawei dikhususkan untuk membina infrastruktur ICT berpaksikan pengguna agar pelanggan media dapat merebut peluang yang dibawakan oleh omnimedia. Penyelesaian ICT Huawei yang inovatif hari ini berkhidmat untuk lebih 1000 pelanggan media dan 50,000 stesen media seluruh dunia. Pelanggan media Huawei termasuklah Phoenix TV, China Central Television, Shenzhen Media Group, IMG, Jordan Radio and Television Corporation, Rain Post, All-Russia State Television and Radio Broadcasting Company, Illumination Entertainment, serta Pinewood Studios, dan lain-lain.
Latar belakang Huawei
Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang menerajui bidangnya. Melalui dedikasi kepada inovasi berpaksikan pelanggan dan perkongsian yang mantap, Huawei telah menetapkan kelebihan hujung ke hujung dalam rangkaian telekomunikasi, peranti serta pengkomputeran awan. Huawei komited untuk mewujudkan nilai maksimum untuk para pengendali telekomunikasi, syarikat dan juga pengguna dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang berdaya saing. Produk dan penyelesaiannya telah digunakan di lebih 170 negara dan rantau, dengan memberi perkhidmatan untuk lebih satu pertiga daripada seluruh populasi dunia.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati Huawei dalam talian: http://www.huawei.com.