omniture

Xinhua Silk Road: Quanzhou, timur China promosikan China Chic ke arena global

Xinhua Silk Road
2023-09-14 08:11 74

BEIJNG, 14 September 2023 /PRNewswire/ -- Quanzhou, terletak di Wilayah Fujian, Timur China, telah memanfaatkan sepenuhnya kelebihan uniknya dari segi budaya bandar, sejarah dan kekuatan industri untuk mempromosikan produk guochao ke arena global.

Photo shows the exhibition center of China Chic products in southeast China's Quanzhou City.
Photo shows the exhibition center of China Chic products in southeast China's Quanzhou City.

Guochao, turut dikenali sebagai trend Cina atau "China Chic", menampilkan reka bentuk beragam yang dicampurkan dengan elemen-elemen daripada budaya tradisional. Menerusi populariti China Chic, semakin banyak perusahaan Quanzhou menyertai trend ini, lalu mencipta gelombang China Chic di bandar tersebut.

Berdasarkan kepada trend ini, Quanzhou mengadakan sebuah acara yang menampilkan jenama-jenama China Chic pada tahun 2022 dan sejak itu bandar tersebut dianggap sebagai "Ibu kota jenama-jenama China Chic". Quanzhou merupakan pusat kepada banyak perusahaan global yang terkenal termasuk Anta Sports, Dali Food, Jomoo dan Xtep, yang merupakan antara 16 perusahaan berpangkalan di Quanzhou yang dipilih dalam senarai kumpulan pertama jenama-jenama China Chic.

Semasa Persidangan Pelaburan dan Perdagangan Cina Luar Negara "Jalan Sutera Maritim" pertama yang bermula di Quanzhou pada Jun ini, bandar tersebut melancarkan sebuah pusat pameran untuk produk-produk China Chic miliknya. Mencakupi kawasan berkeluasan 15,000 meter persegi, pusat tersebut mempamerkan lebih 1,500 produk daripada lebih 200 perusahaan tempatan, seraya menarik minat sekumpulan ahli perniagaan dari seluruh dunia setiap hari.

Salah seorang pengunjung, Wang Wei, Pengerusi Kehormat Tetap Hong Kong General Chamber of Commerce (HKGCC), berkata bahawa Quanzhou mempunyai rantaian kasut perindustrian paling lengkap yang pernah beliau lihat, yang amat penting untuk industri-industri global.

Selain itu, perusahaan-perusahaan Quanzhou juga aktif meninjau pasaran global dengan bersama-sama menghadiri ekspo-ekspo antarabangsa dan menubuhkan pusat-pusat pameran dan jualan luar negara di negara-negara lain seperti Thailand, Filipina dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336071.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service Travel