omniture

Toshiba TV Z870 Takrifkan Semula Hiburan Rumah Audio-Visual

Toshiba TV
2023-09-14 09:48 74

HONG KONG14 September 2023 /PRNewswire/ -- Toshiba TV mengumumkan penambahan baharu kepada rangkaian produk canggihnya, Toshiba Z870, bersedia untuk menyampaikan paparan resolusi tinggi dan prestasi bunyi berkualiti kepada penonton zaman moden.


Malam permainan bersedia menjadi lebih menarik dan sesi-sesi filem pula menjadi lebih imersif, dijayakan dengan ciri-ciri unik model ini. Tumpuan kepada daya tarikan Toshiba TV Z870 ialah paparan Mini LED 4K; teknologi ini menawarkan kontras yang ketara dan warna yang tepat serta merangkumkan setiap perincian pada wajah pelakon kegemaran anda dengan kejelasan luar biasa bermula daripada helaian rambut individu hinggalah ekspresi wajah bernuansa dalam adegan-adegan paling gelap dan paling cerah, lantas menjamin pengalaman yang imersif.

Dalam sesi permainan yang sengit, setiap susulan atau bingkai jatuh (frame drop) mengganggu pengalaman permain. Paparan 144Hz Toshiba Z870 direka bentuk untuk mengatasi hal ini. Setiap pergerakan karakter yang pantas, bermula daripada langkah sisi dalam permainan strategi hinggalah aksi kejar-mengejar yang pantas dalam kalangan pelumba, dipersembahkan dengan jelas. Dengan ciri Game Mode Pro memastikan bahawa permainan pada skrin adalah sama lancar dan responsive seperti refleks.

Melengkapkan ciri ini ialah Warna Titik Kuantum yang menghasilkan warna terang yang tepat bagi setiap bingkai; dan AMD FreeSync Premium yang menjamin corak permainan yang berterusan dan urutan tindakan yang lancar dengan menghapuskan koyakan dan sentakan skrin.

REGZA Engine ZRi yang terpasang berfungsi sepenuhnya di belakang tabir, meningkatkan setiap elemen visual bagi menyediakan output yang lebih terang dan amat jelas. Ensembel visual Toshiba TV Z870 akhirnya disempurnakan dengan kemasukan REGZA Bass Woofer Pro, Sistem Bunyi Keliling ZR 2.1.2 dan Pembesar Suara Cetusan Depan. Bermula daripada gemerisik dedaunan yang halus dalam adegan filem yang tenang hinggalah tempo runut bunyi permainan yang semakin meningkat, output audio menjadi jelas dan tepat secara konsisten.

Selain daripada spesifikasinya yang menarik, Toshiba TV Z870 membawakan pertembungan yang lancar antara teknologi dan reka bentuk bertujuan untuk mengatasi cabaran hiburan dunia sebenar. Apabila Toshiba TV Z870 serba baharu ini memasuki pasaran, jangkaan meningkat secara beransur-ansur terhadap kedinamikan yang dijanjikan oleh model terkini ini dan bagaimana ia bersedia untuk meneruskan tempoh kejayaan model-model terdahulu.

Latar Belakang Toshiba TV

Toshiba TV memiliki sejarah selama lebih 70 tahun dalam pengeluaran TV. Dengan DNA yang mantap dalam hasil ciptaan dan idea yang inovatif, Toshiba TV telah menghasilkan banyak TV dengan ciri-ciri yang pertama di dunia. Toshiba TV menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan gaya tontonan baharu kepada ramai orang di seluruh dunia melalui kualiti imejnya yang tinggi.

Untuk butiran lanjut, nantikan perkembangan mengenai Toshiba TV di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube.

Source: Toshiba TV
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment New products/services