LORTON, Virginia, 14 September 2023 /PRNewswire/ -- Olight, pengeluar global yang terkemuka bagi produk lampu mudah alih yang berkualiti tinggi, teruja mengumumkan acara tahunannya, O-Fan Day 2023 yang akan diadakan pada 16 September, jam 2:00 petang di Lorton, Virginia, AS. Ia juga akan disiarkan secara dalam talian melalui saluran YouTube Olightworld rasmi, memberikan Olight peluang untuk membuat pengumuman penting dan menyatakan rasa terima kasih kepada peminat setianya.
O-Fan Day 2023 ialah sebuah acara istimewa Olight membuat pengumuman penting mengenai perkembangan terkini syarikat sambil melahirkan rasa terima kasih kepada peminat setianya. Dengan penyertaan daripada beratus-ratus peminat dan golongan berpengaruh, acara besar-besaran ini akan dihoskan di pusat penghantaran produk terbesar Olight di AS, bagi menunjukkan komitmen jenama ini kepada kecemerlangan dan inovasi.
Acara yang akan datang mempunyai dua sorotan penting yang akan memikat hati para hadirin. Pertama, Olight akan mendedahkan lampu suluh Seeker terbaru mereka dengan pengalaman terunggul. Seeker telah menjadi salah satu produk Olight paling laris terjual selama bertahun-tahun dan beberapa produk pendahulunya sangat dialu-alukan oleh peminat aktiviti luar, pegawai penguatkuasa undang-undang, pasukan mencari dan menyelamat serta pemilik rumah atau ladang. Para hadirin akan mendapat peluang eksklusif untuk menyaksikan pendedahan produk yang luar biasa ini dan mengalami keupayaan inovatifnya sendiri. Selain daripada Seeker baharu, O-Fan Day 2023 akan mempamerkan pelbagai jenis produk baharu bermula daripada lampu yang dipasang pada rel hinggalah lampu klip yang akan mengujakan dan menawan hati hadirin.
Tambahan pula, O-Fan Day 2023 akan turut menandakan satu perubahan penting dalam dasar jaminan dan keahlian Olight. Sebagai tanda penghargaan kepada kumpulan peminat khususnya, Olight telah membuat kemas kini yang banyak untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Dengan menghadiri acara yang eksklusif ini, para hadirin akan menjadi antara yang pertama mengetahui tentang perincian perubahan dan peningkatan yang menarik ini.
"Acara ini bukan sahaja membolehkan kami berkongsi berita yang menggembirakan tentang produk terkini kami, tetapi juga memberi peluang kepada kami untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada peminat yang telah menyokong kami sepanjang perjalanan kami. Kami berharap dapat meraikan peristiwa yang begitu penting ini bersama-sama," kata Mavis, timbalan pengurus besar Olight.
Untuk maklumat lanjut, klik pautan ini untuk menyertai halaman acara Facebook termasuk pemberian hadiah percuma dan kemas kini tentang O-Fan Day dan keluaran produk! Selain daripada apa yang diterangkan di atas kami juga mengadakan aktiviti-aktiviti seperti O-Sport dan O-Fan Day Sale yang akan berlangsung mulai jam 8:00 MALAM EDT 19 September hingga 11:59 MALAM EDT 23 September melalui olightstore.com. Semak lebih lanjut di sini.
[Latar Belakang OLIGHT]
OLIGHT ialah penyedia penyelesaian lampu mudah alih yang terkemuka, menumpukan perhatian terhadap misinya iaitu "menerangi dunia". Rangkaian produk kami yang pelbagai memenuhi keperluan pelbagai senario termasuk isi rumah, kawasan luar dan aplikasi lain. Produk kami dijual dan digunakan di seluruh Eropah, benua Amerika serta wilayah-wilayah lain di seluruh dunia.