omniture

StarCharge buka reruai di Pameran N+ Sustainability Jepun dengan Barisan Penuh Penyelesaian Pengecasan

StarCharge
2023-09-14 21:15 39

TOKYO, 14 September 2023 /PRNewswire/ -- StarCharge, perintis global bagi penyelesaian tenaga lestari, dengan gembiranya mengumumkan penyertaannya dalam N+ Exhibition pada tahun ini di Jepun, nombor reruai N-08. Penyertaan StarCharge menegaskan lagi dedikasinya kepada evolusi landskap tenaga melalui teknologi yang inovatif dan lestari.

StarCharge Booth in Japan N+ Sustainability Show
StarCharge Booth in Japan N+ Sustainability Show

N+ Exhibition, diiktiraf di peringkat global kerana mempamerkan kecanggihan teknologi dan penyelesaian tenaga boleh baharu, menyediakan platform terbaik untuk StarCharge berkongsi potensi penting rangkaian luas produk dan teknologi pengecas serta tenaganya.

Di reruai pameran, StarCharge akan mempersembahkan barisan penuh produknya, termasuk pengecas AC, pengecas DC, pengecas Kenderaan-ke-Grid (V2G) serta pengurusan tenaga dan perkhidmatan awan. Akan ada peluang untuk memeriksa secara langsung penyelesaian ini, memahami fungsinya dan membayangkan potensinya dalam pelbagai senario aplikasi.

Ketua Pegawai StarCharge berkata, "Teknologi StarCharge direka bentuk untuk merevolusikan bagaimana kita menggunakan tenaga. Bermula daripada pemilik kenderaan elektrik harian hingga perniagaan yang ingin menukar penggunaan tenaga mereka kepada model yang lebih lestari, penyelesaian kami direka bentuk untuk semua orang."

Selain daripada persembahan produk, reruai StarCharge akan turut menganjurkan sesi bual bicara dan interaktif yang diketuai oleh pakar untuk memberi pencerahan yang selanjutnya kepada hadirin tentang potensi tenaga lestari. Pengunjung digalakkan untuk menyertai perbincangan ini, menyumbang idea dan berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Melalui kehadirannya di N+ Exhibition, StarCharge terus memantapkan kedudukannya sebagai peneraju bagi penyelesaian tenaga hijau, menunjukkan komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada masa depan yang lebih hijau dan lebih lestari. Kami mengundang semua orang untuk mengunjungi reruai kami untuk meneroka bagaimana kita dapat berkembang secara kolektif menuju masa depan yang dikuasakan oleh tenaga boleh baharu yang cekap.

Latar Belakang StarCharge:

StarCharge ialah penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian pengecasan dan sistem pengurusan tenaga, mengkhusus untuk memacu peralihan kepada tenaga lestari. Dengan rangkaian produk inovatif dan berkualiti tinggi yang pelbagai, StarCharge menerobos sempadan dan mengembangkan landskap tenaga demi masa depan yang lebih hijau.

 

Source: StarCharge
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news