omniture

Upacara Pelancaran Huawei Barcelona: Era Baharu Produk Boleh Pakai Bergaya, Berfokus-Kesihatan dan Sedia-Bersukan

HUAWEI
2023-09-15 02:38 50

BARCELONA, 15 September 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengadakan upacara "Pelancaran Strategi Produk Boleh Pakai dan Produk Baharu" utamanya di Barcelona, mendedahkan langkah mereka yang seterusnya ke dalam industri produk boleh pakai dengan proposisi "Fashion Forward" ("Fesyen Ke Hadapan"), membawakan penyepaduan antara teknologi dan fesyen ke peringkat seterusnya.

Dengan proposisi itu, Huawei mendedahkan cita-cita untuk merevolusikan industri produk boleh pakai dengan menggabungkan secara lancar teknologi canggih, reka bentuk fesyen-ke-hadapan dan ciri-ciri kesihatan berpusatkan pengguna, seterusnya menetapkan standard baharu dan memperkasa pengguna dengan teman pergelangan tangan terbaik untuk gaya hidup moden.

Semasa pelancaran tersebut, Huawei mempersembahkan rangkaian peranti inovatif dan canggih yang akan datang, termasuk HUAWEI WATCH GT 4 – penambahan terbaru kepada siri jam tangan pintar popular, fon telinga tanpa wayar TWS fideliti tinggi HUAWEI FreeBuds Pro 3, cermin mata pintar HUAWEI Eyewear 2 yang bergaya dan selesa, HUAWEI WATCH Ultimate Gold Edition mewah yang menonjolkan jam tangan pintar emas pertama Huawei, serta tablet HUAWEI PaperMatte yang menghapuskan 97% gangguan cahaya dan membawakan pengalaman membaca dan menulis seakan-akan di atas kertas.

Cita-cita Huawei untuk Meningkatkan Pengalaman Reka Bentuk, Kesihatan dan Sukan


Huawei bermatlamat untuk memperkasa pengguna memperibadikan perjalanan kesihatan dan sukan mereka tanpa berkompromi dengan gaya. Ini menandakan permulaan baharu untuk perniagaan produk boleh pakai jenama ini, memandangkan pada masa depan, ia akan mengintegrasikan tiga kelebihan daya saing utamanya: teknologi pengesanan perkakasan perintis, platform algoritma perisian baru dinaik taraf dan perkhidmatan kesihatan digital yang lebih komprehensif.

Memanfaatkan kepakaran selama sedekad dalam teknologi inovatif, estetika unik dan ketukangan premium, Huawei menetapkan penanda aras industri yang baharu. Kehadiran Huawei dalam pasaran produk boleh pakai yang canggih di peringkat antarabangsa, memperkukuh pelaburan strategik dan menjalin perkongsian ekosistem global untuk menyampaikan pengalaman sukan dan gaya hidup sihat yang diperibadikan kepada pengguna di seluruh dunia. Sejak menembusi sektor produk boleh pakai 10 tahun yang lalu, Huawei telah menjadi pelopor dalam pemantauan kesihatan sukan, mengatasi cabaran industri dalam hayat bateri, kejituan pengukuran dan keselesaan.

Bagi reka bentuk, Huawei komited terhadap reka bentuk bertujuan, berkembang secara berterusan untuk menggabungkan bahan-bahan inovatif dan menawarkan pelbagai pilihan pemperibadian, menjadikan setiap produk boleh pakai sebagai bahagian menonjol yang melengkapkan gaya unik pengguna. Sementara itu, Huawei tekal meningkatkan pengalaman pergelangan tangan melalui bahan-bahan tahan lasak dan berkualiti tinggi serta memperluaskan pilihan pemperibadian.

Dengan kesihatan, Huawei memahami bahawa kesejahteraan merupakan komitmen 24/7 dan menumpukan perhatian untuk sentiasa berinovasi bagi memberi lebih kawalan kepada pengguna ke atas kesihatan mereka. Hal ini terbukti dalam usaha perintis Huawei untuk menawarkan ciri-ciri pengurusan kesihatan komprehensif, dijayakan melalui kolaborasi bersama rakan-rakan kongsi akademik dan industri, memastikan agar data kesihatan yang diterima oleh pengguna bukan sahaja tepat, tetapi boleh diambil tindakan.

Akhir sekali, Huawei membawakan kebolehcapaian yang semakin meningkat kepada sukan dan kecergasan. Sama ada anda merupakan seorang atlet profesional atau seseorang yang baru sahaja memulakan perjalanan kecergasan, produk boleh pakai Huawei direka bentuk untuk menjadikan kehidupan kekal aktif sebagai sesuatu yang mudah didekati dan menyeronokkan. Dengan ciri-ciri perintis seperti sistem berasaskan sains HUAWEI TruSportTM, Huawei menukar produk boleh pakai kepada jurulatih peribadi pada pergelangan tangan anda.

Produk boleh pakai dan tablet generasi seterusnya diperkenalkan julung kalinya

Perubahan strategik Huawei bermula dengan pelancaran siri HUAWEI WATCH GT 4 utama yang bergaya, HUAWEI WATCH Ultimate Gold Edition dan fon telinga tanpa wayar TWS utama serba baharu HUAWEI FreeBuds Pro 3, satu siri peranti pintar yang menetapkan paradigma baharu dari segi estetika produk boleh pakai.


Siri HUAWEI WATCH GT 4 merupakan generasi yang terkini daripada siri utama WATCH GT yang memperkenalkan ciri-ciri reka bentuk yang ditingkatkan dengan fungsi-fungsi kesihatan dan kecergasan berkuasa. Dilancarkan dengan saiz 46mm dan 41mm, produk utama yang baharu ini mengambil langkah Fesyen Ke Hadapan yang berani daripada reka bentuk GT Series klasik, memperkenalkan unsur reka bentuk inventif sambil mengekalkan estetika geometrik moden model-model pendahulunya.

Ia turut mentransformasikan pengalaman kecergasan jam tangan pintar, memperkenalkan Activity Rings yang lebih baik, memperkenalkan buat julung kali aplikasi Stay Fit serba baharu dan penjejakan GNSS dinaik taraf, kesemuanya dipertingkat dengan TruSeen™ 5.5+ baharu yang membawakan ketepatan berkuasa AI kepada pengukuran kesihatan, seterusnya memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi diri anda yang lebih baik dan lebih cergas.

HUAWEI WATCH Ultimate Gold Edition ialah jam tangan pintar emas pertama seumpamanya daripada Huawei. Merangkumkan apa ertinya untuk mencapai potensi paling penuh Huawei, ia didatangkan dengan bezel emas dan butang sisi emas berserta corak trapezoid 3D diukir melalui proses pengukiran berlian dicanai, serta tali jam titanium PVD emas dengan gancu rama-rama boleh dilaraskan, membawakan kesan visual berlapis dan unik yang memberi rupa yang menggamit perhatian namun bersahaja kepada jam tangan.


HUAWEI FreeBuds Pro 3 membawakan estetika reka bentuk yang seimbang dengan teknologi audio yang utama dalam kelas, meningkatkan pengalaman audio untuk pengguna yang terbiasa dengan kehidupan yang lebih baik. Ia menampilkan sarung kaca licin sekeping yang dibangunkan daripada reka bentuk bahan kaca Nano Terproses, berserta dwi-pemacu Ultra-pendengaran untuk trebel lebih jelas dan bes lebih kuat serta EQ Adaptif Ganda Tiga dinaik taraf untuk kualiti bunyi yang autentik.


Di samping itu, acara berkenaan turut menandakan pelancaran HUAWEI Eyewear 2 serba baharu yang menawarkan estetika reka bentuk seimbang dengan teknologi audio yang utama dalam kelas serta tablet HUAWEI PaperMatte yang membawakan pengalaman tontonan terunggul dengan HUAWEI PaperMatte Display yang unik kepada pengguna.


Sir Mo Farah dan Pamela Reif dilantik sebagai Duta-duta Produk Boleh Pakai HUAWEI

Pamela Reif, individu berpengaruh bagi kecergasan & gaya hidup global yang terkemuka, serta legenda Larian, pemenang beberapa pingat emas Sir Mo Farah, kedua-duanya membuat kemunculan di upacara pelancaran sebagai Duta-duta Produk Boleh Pakai HUAWEI yang baru dilantik oleh Huawei. "Luar biasa apabila memikirkan bahawa saya dan Huawei memulakan perjalanan kecergasan kami secara serentak. Dalam tempoh sepuluh tahun sejak saya bermula sebagai jurulatih kecergasan profesional, teknologi memainkan peranan amat besar yang penting dalam membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat," kata Pamela, "Huawei berada di barisan hadapan inovasi itu, tetapi melakukannya dengan cara yang amat bergaya. Saya teruja menjadi sebahagian daripada masa depan ini dan selanjutnya."


Menyertakan produk-produk boleh pakai terkini dalam rutin latihan mereka, termasuk siri HUAWEI WATCH GT 4 dan HUAWEI WATCH Ultimate, kedua-dua ikon berupaya untuk meningkatkan kecekapan latihan mereka dan memahami dengan lebih baik status kesihatan mereka sambil membawakan gaya dan fesyen dalam pemakaian harian mereka.

Sir Mo Farah berkata, "Pemahaman yang saya dan pasukan bimbingan saya perolehi daripada jam tangan ini terbukti tidak ternilai tatkala saya bersaing di peringkat tertinggi. Ketika saya beralih daripada larian profesional kepada gaya hidup yang lebih santai, saya teruja meneroka apa yang ditawarkan oleh kehidupan di luar trek dengan memakai jam tangan ini untuk aktiviti seharian dan sebagai satu bahagian fesyen. Di situlah jam tangan Huawei benar-benar bersinar. Ia kelihatan sama baik seperti fungsinya."

Latar Belakang Huawei Consumer BG

Produk dan perkhidmatan Huawei boleh didapati di lebih 170 negara dan digunakan oleh sepertiga daripada penduduk dunia. Empat belas pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) ditubuhkan di negara-negara seluruh dunia, termasuk Jerman, Sweden, Finland, Perancis, India dan China. Huawei Consumer BG ialah salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei dan meliputi telefon pintar, komputer peribadi (PC) dan tablet, produk boleh pakai, perkhidmatan awan dan sebagainya. Rangkaian global Huawei dibangunkan berasaskan kepakaran selama lebih 30 tahun dalam industri telekomunikasi dan mengkhusus untuk menyampaikan kemajuan teknologi yang terkini kepada pengguna di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: http://consumer.huawei.com 

Untuk kemas kini berkala mengenai Huawei Consumer BG, ikuti kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/huaweimobile/  
Twitter: https://twitter.com/HuaweiMobile  
Instagram: https://www.instagram.com/huaweimobile/
YouTube: https://www.youtube.com/user/HuaweiDeviceCo
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/10617746/

 

Source: HUAWEI
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Mobile Entertainment Retail New products/services