omniture

FUJIFILM Business Innovation mendorong Inisiatif Kelestariannya dengan Pencetak Pelbagai Fungsi yang dikilangkan Semula di Asia Pasifik

FUJIFILM Business Innovation
2023-09-15 11:20 50

Memperkenalkan Pencetak Digital Pelbagai Fungsi Sumber-kitar-semula, ApeosPort-VI C5571 R dan C3371 Rpel

SINGAPURA, 15 September 2023 /PRNewswire/ -- FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific melancarkan dua pencetak pelbagai fungsi digital warna A3 yang dikilangkan semula*1, ApeosPort-VI C5571 R dan C3371 R daripada siri ApeosPort-VI C. Mesin pencetak ini dibangunkan berdasarkan pada prinsip bahawa produk terpakai adalah sumber berharga dan tidak dianggap sebagai bahan buangan. Penjualan akan bermula mulai 15 September di rantau Asia Pasifik*2.

Dalam dasar ekonomi kitaran, amatlah penting untuk mengekalkan kualiti dan konsistensi bahan-bahan yang digunakan dalam produk kitar semula. FUJIFILM Business Innovation komited dalam pembangunan mampan dan telah memperkukuh strategi alam sekitarnya menerusi pelbagai inisiatif seperti mengumpul produk terpakai daripada pengguna untuk diguna pakai dalam sistem gelung tertutup. Siri pencetak yang dikilangkan semula dapat mengurangkan impak kepada alam sekitar dengan kadar penggunaan semula bahagiannya mencapai 84% (mengikut berat) dan emisi CO2 dikurangkan kepada 56% berbanding dengan pencetak yang baru dikilangkan*3 sepanjang kitar hayat produknya.

Ciri-ciri Utama ApeosPort-VI C5571 R / C3371 R

•  Menggalakkan penjimatan tenaga dan kemudahan pengguna

•  - Dilengkapi dengan teknologi Smart WelcomEyes, pencetak bersedia mengesan pengguna yang mendekati mesin dan keluar secara automatik daripada mod tidur dalam masa lima saat atau kurang, menggunakan teknologi IH-Fuser dengan pemanasan segera

•  Menikmati kualiti cetakan yang jelas dan pencetakan berkelajuan tinggi

- Cetakan resolusi tinggi pada 1,200 x 2,400 dpi menggunakan toner Super EA-Eco, yang merupakan salah satu saiz partikel toner terkecil dalam industri ini
- ApeosPort-VI C5571 R mencetak 55 halaman seminit, manakala ApeosPort-VI C3317 R mencetak 35 halaman seminit, bagi kedua-dua warna dan monokrom (A4 LEF)

•  Kedua-dua produk dilengkapi dengan fungsi salin, cetak dan pengimbasan automatik dupleks satu-laluan

[Sistem gelung tertutup]

FUJIFILM Business Innovation mewujudkan dasar kitar semula terhadap seluruh syarikat pada tahun 1995 dan sistem pengeluaran kitaran yang meneliti seluruh kitar hayat produk, bermula daripada peringkat perancangan, pembangunan dan pembuatan produk kepada pelupusan yang diperkenalkan dalam tahun yang sama. Bagi mencapai kejayaan yang tidak terhad "tapak pelupusan sifar", produk terpakai dikumpul, bahagian produk dipilih dan digunakan semula dengan mengaplikasikan teknologi kitar semula.

FUJIFILM Business Innovation akan menyumbang ke arah kehidupan masyarakat bebas karbon melalui teknologi, produk dan perkhidmatan inovatif serta untuk mencapai matlamat utama Rancangan Nilai Lestari 2030 Fujifilm Group menerusi pengurangan emisi COdalam seluruh kitar hayat produk sebanyak 50% menjelang tahun fiskal 2030 dan untuk mencapai emisi COsifar bersih menjelang tahun fiskal 2040.

FUJIFILM Business Innovation Closed-Loop System
FUJIFILM Business Innovation Closed-Loop System

*1:   Produk yang dikilangkan semula dibuat daripada produk terpakai yang dikumpul daripada pengguna. Produk tersebut dipisahkan dan dibersihkan. Bahagian yang tidak memenuhi paiwaian kualiti tertentu akan diganti.
*2:  Sila semak dengan pejabat FUJIFILM Business Innovation di penempatan anda mengenai kebolehsediaan peranti.
*3:   Apabila membandingkan ApeosPort-VI C4471 RC dan ApeosPort VI C4471.

Latar Belakang FUJIFILM Business Innovation

FUJIFILM Business Innovation ialah peneraju global yang komited untuk menyampaikan inovasi secara berterusan kepada perniagaan pelanggan di seluruh dunia, bagi mewujudkan tempat kerja yang inovatif dan memberikan kepuasan dengan menggunakan maklumat dan pengetahuan secara berkesan melalui transformasi digital (DX). Kami telah mempelopori pelbagai teknologi dan mengumpul kepakaran sejak penubuhan kami pada tahun 1962, untuk membina sebuah persekitaran yang menggalakkan penggunaan daya kreativiti seseorang bagi memaksimumkan kekuatan organisasi. Portfolio kami termasuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan penyelesaian aliran kerja yang bertaraf dunia, perkhidmatan IT dan peralatan pencetakan seperti pencetak pelbagai fungsi digital (MFP). Kami juga menawarkan perkhidmatan penyumber luaran proses perniagaan (BPO) serta sokongan pemasaran dan pelaksanaan sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP).

Pada 1 April 2021, kami menukar nama syarikat kepada FUJIFILM Business Innovation. Lebih daripada sekadar pertukaran nama, ia merangkumi komitmen kami untuk terus melangkah sebagai sebuah syarikat yang sentiasa mengusahakan inovasi perniagaan. FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific ialah ibu pejabat serantau syarikat global, FUJIFILM Business Innovation, menyediakan sokongan korporat dan perkhidmatan yang dikongsi bersama untuk rantau Asia Pasifik.

https://fujifilm.com/fbglobal

 

Source: FUJIFILM Business Innovation
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Environmental Products & Services Computer Accessories Conservation/Recycling