omniture

CGTN: China, Venezuela mulakan era baharu hubungan dua hala

CGTN
2023-09-15 12:25 61

BEIJING, 15 September 2023 /PRNewswire/ -- "[Kami] bersedia untuk sesuatu yang akan menjadi lawatan bersejarah bagi mengukuhkan hubungan kerjasama dan pembinaan geopolitik dunia baharu," tulis Presiden Venezuela Nicolás Maduro melalui media sosial pada Jumaat lalu apabila beliau mendarat di bandar Shenzhen, selatan China, persinggahan pertama dalam perjalanan beliau ke China antara 8 hingga 14 September.

Pada hari Rabu di Beijing, Presiden Cina Xi Jinping mengalu-alukan lawatan kelima Presiden Maduro ke China dan menyeru kedua-dua pihak untuk mendorong kerjasama strategik China-Venezuela yang lebih membuahkan hasil, membawa lebih banyak manfaat kepada kedua-dua rakyat dan menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada keamanan dan pembangunan dunia.

Pada hari Rabu, kedua-dua pemimpin mengumumkan peningkatan hubungan China-Venezuela kepada perkongsian strategik dalam semua-keadaan, menjelang ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun hadapan.

Sahabat, rakan kongsi yang baik

Semasa pertemuan tersebut, Xi menekankan bahawa China dan Venezuela merupakan sahabat baik yang saling mempercayai antara satu sama lain dan rakan kongsi yang baik untuk pembangunan bersama.

Beliau memberitahu Maduro bahawa China melihat hubungan bersama Venezuela dari perspektif jangka panjang yang strategik dan, seperti selalu, akan menyokong Caracas dalam melindungi kedaulatan negara dan menentang campur tangan luar.

China dan Venezuela menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berhubung kerjasama untuk Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) pada 14 September 2018 dengan kerjasama dua hala berjalan lancar dalam bidang-bidang seperti tenaga, pertanian, infrastruktur dan teknologi tinggi.

China ialah rakan dagangan utama Venezuela. Dalam separuh pertama tahun ini, perdagangan dua hala meningkat 16 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada $1.92 bilion, seperti yang ditunjukkan oleh data kastam.

Pada bulan Julai, Venezuela menyertai International Lunar Research Station (ILRS) yang dipimpin oleh China secara rasmi. Pada hari Rabu, Presiden Xi turut mengucapkan tahniah kepada Venezuela kerana menjadi negara pertama di Amerika Latin yang menyertai projek tersebut.

Selepas perbincangan, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan penandatanganan beberapa dokumen kerjasama dua hala yang meliputi bidang pembinaan bersama BRI, ekonomi dan perdagangan, pendidikan, pelancongan, sains dan teknologi, kesihatan, aeroangkasa dan penerbangan awam.

Menjadi contoh untuk kerjasama Selatan-Selatan

Apabila ditanyakan tentang sebab memilih Shenzhen sebagai persinggahan pertama perjalanan beliau, Maduro terlebih dahulu memberitahu wartawan bahawa negara beliau berminat untuk memanfaatkan pengalaman pembangunan Shenzhen, salah satu zon ekonomi khas pertama China yang berada di barisan hadapan pembaharuan dan dasar keterbukaan China.

Semasa pertemuan beliau bersama Maduro, Presiden Xi berbicara tentang pembaharuan dan keterbukaan China, terutamanya pembangunan zon ekonomi khas.

Beliau berkata China menyokong Venezuela untuk mewujudkan zon ekonomi khas dan akan berkongsi pengalaman yang berkaitan demi membantu pembangunan negaranya.

China bersiap sedia untuk bekerjasama dengan Venezuela bagi menyokong satu sama lain dengan teguh untuk meneroka laluan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara mereka dan mengukuhkan pertukaran tadbir urus Parti dan negara, tegas Xi.

Maduro memuji hubungan Venezuela-China sebagai contoh hubungan antarabangsa dalam Selatan Global.

Rakyat Venezuela merakamkan rasa terima kasih setulus ikhlas mereka kepada China atas sokongan dan bantuan yang tidak ternilai tatkala Venezuela mengalami pelbagai kesukaran yang ditimbulkan oleh sekatan unilateral yang menyalahi undaung-undang dan pandemik COVID-19, tambah beliau.

Sebagai anggota Selatan Global, China menyokong teguh kerjasama Selatan-Selatan dan bertegas untuk melakukan yang terbaik bagi membantu negara-negara sedang membangun yang lain untuk mencapai pembangunan bersama.

Inisiatif Pembangunan Global (GDI), dicadangkan oleh Presiden Xi, kini melibatkan lebih 200 projek kerjasama. Presiden Cina juga baru sahaja mengumumkan untuk menubuhkan dana khas bernilai $10 bilion dikhususkan untuk pelaksanaan GDI di sidang kemuncak BRICS pada bulan Ogos.

Tambahan pula, China telah menubuhkan Global Development and South-South Cooperation Fund dengan jumlah dana sebanyak $4 bilion.

https://news.cgtn.com/news/2023-09-13/Xi-holds-talks-with-Venezuelan-president-1n4ajf4mqli/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service