omniture

Penghantaran modul 210mm kumulatif mencapai 150 GW, Trina Solar menyumbang separuh daripadanya dengan modul 210mm

Trina Solar Co., Ltd
2023-09-15 17:49 40

CHANGZHOU, China, 15 September 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada TrendForce:

Penghantaran kumulatif bagi modul 210mm mencapai 150GW menjelang akhir Jun, dengan Trina Solar menyumbang sebanyak separuh daripadanya, menurut penyedia perisikan pasaran global TrendForce.

Menjelang akhir tahun kapasiti pengeluaran bagi modul 210mm diramalkan mencapai 722GW, atau 69.83% daripada jumlah kapasiti, menurut TrendForce. Peningkatan kapasiti dan juga penghantaran menunjukkan bahawa modul-modul format besar, berkuasa tinggi memajukan pembangunan seluruh rantaian nilai dengan pesat. Di samping itu, output kuasa bagi modul jenis-n 210mm telah melepasi 700W, menekankan keterbukaan dan inovasi platform teknologi produk 210mm.

Kapasiti pengeluaran wafer 210mm meningkat 89.3% sepanjang tahun, dengan modul 210mm menyumbang sebanyak 70% daripada jumlah kapasiti modul

Wafer lebih besar dan lebih nipis telah meningkat maju dengan pesat, dengan wafer format besar mendominasi pasaran dengan pantas, hasil daripada pengurangan kos yang besar dan peningkatan dalam kecekapan. Kapasiti wafer format besar berkemungkinan mencapai 878.6GW pada tahun ini, menyumbang untuk bahagian pasaran sebanyak 95.33%, menurut TrendForce. Wajar diberi perhatian khususnya ialah hakikat bahawa kapasiti wafer 210mm dijangka mencapai 357.2GW, 89.3% lebih banyak daripada tahun lalu.

Kapasiti sel format besar berkemungkinan mencapai 1,136.2GW pada tahun ini, 96.93% daripada jumlah keseluruhan, menurut TrendForce. Kapasiti sel 210mm dijangka mencapai 899.9GW, 179% lebih banyak daripada tahun lalu. Pertumbuhan ini juga akan meningkatkan bahagian pasarannya kepada 76.8%.

Dalam segmen modul, TrendForce menganggarkan bahawa kapasiti modul format besar akan mencapai 961GW pada tahun ini, dengan bahagian pasaran sebanyak 92.84%. Kapasiti pengeluaran bagi modul 210mm diramalkan meningkat kepada 722GW, 116% lebih banyak daripada tahun lalu, menyumbang sebanyak 69.83% daripada jumlah kapasiti. Kapasiti diramalkan untuk terus meningkat dalam tahun-tahun akan datang, lalu mengukuhkan kedudukan arus perdana modul format besar dalam pasaran.

Modul berkuasa tinggi, format besar menyumbang lebih 90% daripada aktiviti bidaan dan penembusan pasaran modul jenis-n menjadi semakin pantas

Hasil daripada pengurangan kos dan peningkatan dalam kecekapan serta persekitaran aplikasi yang semakin berkembang, modul-modul berkuasa tinggi, format besar kini menyumbang sebanyak lebih 90% daripada aktiviti bidaan, lalu mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan arus perdana dalam pasaran akhir.

Jumlah kapasiti bidaan modul PV di China dalam tujuh bulan pertama tahun ini ialah 137.78GW. Modul-modul dengan kuasa melebihi 540W menyumbang 98.37% daripada jumlah kapasiti bidaan pada 135.5GW. Modul-modul format besar (182mm/210mm) menyumbang sebanyak 98.42%, pada 135.6GW. Modul-modul jenis-n mencapai 18.8% dengan 25.9GW dan bahagian tersebut terus berkembang.

Permintaan tinggi menghasilkan 150GW dalam penghantaran kumulatif modul 210mm

Menjelang akhir Jun, penghantaran kumulatif bagi modul 210mm (termasuk 210R) berjumlah 150GW, menurut TrendForce. Antara 150GW penghantaran modul 210mm, Trina Solar menyumbang sebanyak lebih 75GW.

TrendForce meramalkan bahawa pengurangan kos yang berterusan dan peningkatan dari segi kecekapan akan terus mendorong penghantaran modul-modul format-besar pada tahun ini dengan penghantaran melebihi 85%. Di samping itu, penghantaran modul 210mm diramalkan mencapai paras mencatat rekod.

Shipments of leading module manufacturers (Unit: GW)
Shipments of leading module manufacturers (Unit: GW)

Penggiat-penggiat utama mendedahkan pelbagai produk jenis-n, termasuk modul-modul jenis-n 210mm yang memimpin industri menuju era 700W+

Menerusi pengeluaran besar-besaran modul 700W+ Vertex N, Trina Solar memimpin industri ini menuju era PV 7.0. Syarikat ini menyebut dalam laporan kewangan setengah tahunnya bahawa menjelang akhir tahun syarikat akan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 50GW untuk wafer jenis-n dan 75GW untuk sel, dengan sel jenis-n menyumbang sebanyak 40GW. 

Dalam lingkungan modul jenis-n, modul HJT terutamanya adalah 210mm, manakala modul TOPCon kebanyakannya adalah 210mm (210R) dan 19X. Apabila modul-modul jenis-n 210mm (210R) dibandingkan dengan modul-modul jenis-n 19X, yang pertama mengatasi dengan ketara daripada yang kedua dari segi output kuasa.

Teknologi jenis-n 210mm bersedia untuk menyampaikan nilai yang dipertingkat merentas rantaian industri dan pasaran akhir, seterusnya menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam industri fotovolta.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research General Manufacturing Market Research Reports