omniture

TV U8K 100-inci Hisense Diberi Penghormatan sebagai Editors' Choices di CEDIA 2023

Hisense
2023-09-15 17:57 56

QINGDAO, China, 15 September 2023 /PRNewswire/ -- Hisense, syarikat elektronik dan perkakas pengguna global, dengan bangganya mengumumkan bahawa TV U8K 100-incinya telah diiktiraf menerusi beberapa anugerah di CEDIA 2023, termasuk dikenali sebagai Editor's Pick CEDIA 2023 daripada Sound & Vision, Best of CEDIA daripada AVS Forum dan Best of Show CEDIA 2023 daripada Twice.

Hisense 100-inch U8K Mini-LED TV.
Hisense 100-inch U8K Mini-LED TV.

CEDIA Expo ialah ekspo yang terbesar untuk pasaran rumah pintar dan AV profesional di Amerika Utara. Menampilkan pelbagai jenis barangan dan teknologi terbaru yang disambungkan ke alat rumah pintar berkuasa AI, penyelesaian kerja dari rumah, kediaman, sistem keselamatan dan penyelesaian teknologi kediaman yang lain.

Pada tahun ini, Hisense mempamerkan barisan penuh produk TV ULED dan TV Lasernya, termasuk TV Mini LED U8K 100-inci serba baharu, model terbesar seumpamanya dalam pasaran. U8K 100-inci membawakan pencahayaan Mini-LED, paparan 144Hz dan kadar segar semula natif untuk permainan generasi seterusnya. Ia turut didatangkan dengan NEXT-GEN TV, yang menyediakan Wi-Fi6E untuk penstriman tanpa gangguan dan hiburan siaran ke udara 4K, seperti sukan secara langsung.

Susulan kejayaan penampilan sulung di CES 2023 dalam bulan Januari, produk siri U8 Hisense yang berkualiti tinggi telahpun diperkenalkan kepada beberapa pasaran utama, termasuk Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, Australia dan Afrika Selatan.

Dengan gambar yang memberikan sehingga 1500nits kepada penonton, teknologi Mini-LED PRO miliknya merangkumkan lebih banyak perincian dan kontras berbanding sebelum ini. Selain daripada itu, ciri Warna Titik Kuantum memancarkan panjang gelombang cahaya yang amat tepat, lalu membolehkan TV menangkap dan memaparkan lebih satu bilion warna.

Melalui teknologi yang melibatkan IMAX Enhanced, Dolby Vision dan Filmmaker Mode, siri U8 Hisense menawarkan kepada pengguna pengalaman visual dan akustik yang imersif pada pawagam rumah, di bawah konsep inovasi berpacukan senario, lalu membolehkan semua menikmati filem dalam bentuk asalnya yang berdefinisi tinggi.

Latar Belakang Hisense

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan elektronik pengguna global yang terkemuka. Perniagaan Hisense meliputi produk multimedia (dengan tumpuan pada TV Pintar), peralatan rumah dan maklumat pintar IT. Baru-baru ini, Hisense telah berkembang pesat dan kini beroperasi di lebih 160 negara.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Telecommunications Television Awards Trade show news Artificial Intelligence