omniture

'Keghairahan menjadi yang terbaik' - OANDA umum duta jenama pertamanya, Robert Lewandowski

Oanda Global Corporation
2023-09-15 19:14 84

LONDON, 15 September 2023 /PRNewswire/ -- OANDA, peneraju global bagi perkhidmatan perdagangan berbilang-aset dalam talian, data mata wang dan analitis, mengumumkan pelantikan Robert Lewandowski sebagai duta jenama globalnya.

Football legend Robert Lewandowski becomes the ambassador of OANDA
Football legend Robert Lewandowski becomes the ambassador of OANDA

Pemain bola sepak bertaraf dunia ini bermain sebagai penyerang untuk kelab La Liga FC Barcelona dan kapten pasukan kebangsaan Poland. Diiktiraf atas profesionalisme, kedudukan, teknik dan jaringan gol beliau, Lewandowski dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik daripada generasi beliau, serta salah seorang pemain yang paling berjaya dalam sejarah Bundesliga dan Bayern Munich. Seorang penjaring gol yang prolifik, beliau pernah menjaringkan lebih 600 gol untuk kelab dan negara serta memperoleh kumpulan peminat yang sangat besar di serata dunia.

"Robert Lewandowski ialah seorang pemain profesional yang terbaik. Gaya permainan beliau, yang strategik, tepat dan boleh dipercayai, benar-benar bertepatan dengan janji jenama 'perdagangan lebih pintar' OANDA," kata Darren Moffett, Ketua Pegawai Pemasaran di OANDA.

Hubungan dengan Lewandowski berpunca daripada strategi pemasaran jangka panjang bagi memacu pengiktirafan untuk jenama OANDA yang memenangi anugerah.

Mengulas selanjutnya, Moffett menambah, "OANDA adalah segala-galanya tentang perdagangan lebih pintar, memberikan platform intuitif, alatan hebat dan pelaksanaan yang lancar yang diperlukan oleh pedagang untuk menguasai dagangan mereka. Kami inginkan duta jenama yang mencerminkan semangat jenama kami—seseorang yang mahir dalam bidangnya sendiri, terkenal dengan profesionalismenya dan memiliki daya tarikan global. Robert merupakan individu yang sangat sesuai."

Salah satu kumpulan perdagangan dalam talian yang terkemuka, OANDA ingin mengembangkan jejaknya merentas pelbagai pasaran. Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, Lewandowski akan muncul dalam beberapa kempen multimedia global, sebagai wajah dan suara OANDA. Ia direka bentuk untuk menyampaikan tujuan jenama OANDA bagi mencipta pengalaman perdagangan yang lebih pintar.

"Saya berasa amat teruja untuk bekerjasama dengan OANDA, salah satu kumpulan perdagangan dalam talian yang terkemuka di dunia: kami berkongsi keghairahan untuk menjadi yang terbaik. Persediaan, fokus dan kemahiran adalah amat penting untuk kejayaan di atas padang, sama seperti dalam bidang kewangan." Robert Lewandowski mengulas mengenai kolaborasi ini.

Latar Belakang OANDA 

Ditubuhkan pada tahun 1996, OANDA ialah salah satu kumpulan perdagangan dalam talian terkemuka di dunia, menawarkan perdagangan berbilang-aset, data mata wang dan analitis kepada pelanggan runcit dan korporat di serata dunia.

Bermula daripada akar umbinya untuk menyediakan data kadar pertukaran percuma melalui Internet bagi melancarkan platform perdagangan forex (tukaran mata wang asing) yang membantu mempelopori perdagangan mata wang berasaskan web, OANDA tetap mengkhusus untuk membina pengalaman perdagangan yang lebih pintar.

Dengan entiti dikawal selia dalam banyak pasaran kewangan yang paling aktif di dunia, termasuk New York, Toronto, London, Warsaw, Singapura, Tokyo dan Sydney, OANDA mengupayakan pelanggan runcit untuk berdagang dalam pelbagai kelas aset pada platform perdagangan yang memenangi anugerah. Bergantung pada lokasi geografi, ini mungkin termasuk derivatif daripada indeks pasaran global, ekuiti, komoditi, perbendaharaan, logam berharga, forex dan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut kunjungi https://www.oanda.com/group / atau ikuti OANDA di LinkedIn 

Hubungi: pr@oanda.com.

 

 

Source: Oanda Global Corporation
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology