omniture

Kongres Geoterma Dunia 2023 Dibuka di Beijing, Terus Majukan Strategi Pembangunan Ekologi Bina Masa Depan Lebih Hijau

SINOPEC
2023-09-18 08:15 19

BEIJING, 18 September 2023 /PRNewswire/ -- Kongres Geoterma Dunia ke-7 (WGC2023), dianjurkan oleh China Petrochemical Corporation (Sinopec Group) di bawah tema "Geoterma Bersih, Bumi Hijau," bermula di Pusat Konvensyen Kebangsaan China di Beijing. Ia merupakan kali pertama China menganjurkan acara geoterma antarabangsa seperti ini.

Kongres Geoterma Dunia 2023 Dibuka di Beijing, Terus Majukan Strategi Pembangunan Ekologi Bina Masa Depan Lebih Hijau
Kongres Geoterma Dunia 2023 Dibuka di Beijing, Terus Majukan Strategi Pembangunan Ekologi Bina Masa Depan Lebih Hijau

WGC 2023 selama tiga hari ini dihadiri oleh lebih 1,400 tetamu dari 54 negara dan wilayah, menganjurkan 88 forum dan seminar yang berjalan serentak dengan pameran teknologi dan peralatan, yang disertai oleh bilangan syarikat yang mencatat rekod. Persidangan tiga tahun sekali ini merupakan platform global yang terkemuka, melaluinya pemimpin daripada industri, dunia akademik, sektor kewangan, kerajaan, NGO dan komuniti berkongsi pencapaian saintifik dan teknologi yang terkini dan berkolaborasi berhubung penyelesaian demi membina masyarakat lestari.

WGC2023 mengeluarkan dua laporan, Report on the Progress of Global Geothermal Power Generation (Laporan mengenai Kemajuan Penjanaan Kuasa Geoterma Global) dan Geothermal Heating and Cooling Production (Pengeluaran Pemanasan dan Penyejukan Geoterma), Worldwide Review 2023, menunjukkan pencapaian semasa dalam pembangunan geoterma global:

  • 31 negara kini mempunyai loji janakuasa geoterma yang beroperasi; jumlah kapasiti terpasang global bagi penjanaan kuasa geoterma ialah 16,260 megawatt, yang diagihkan dalam 197 medan geoterma;
  • Sumber hidroterma yang digunakan secara komersial memiliki purata output tahunan hampir 3 megawatt-jam setiap telaga;
  • Menjelang tahun 2022, kapasiti terpasang global bagi pemanasan dan penyejukan geoterma bersamaan dengan 173 juta kWj, meningkat 60% dari tahun 2020, manakala China mencatatkan pertumbuhan yang paling signifikan.
  • Dalam tahun 2022, 1,476 PJ (410 TWj) tenaga geoterma telahpun digunakan di peringkat global, satu peningkatan 44% dari tahun 2020, antaranya, pemanasan dan penyejukan geoterma bangunan menyumbang kira-kira 79% daripada jumlah keseluruhan.

China turut menerbitkan laporan negara pertama mengenai pembangunan geoterma-Report on High-Quality Development of Geothermal Industry in China (Laporan mengenai Pembangunan Berkualiti Tinggi Industri Geoterma di China). Dengan sumber geoterma yang banyak yang menyumbang kira-kira satu perenam daripada jumlah global dan mempunyai potensi besar untuk pembangunan dan penggunaan, penggunaan langsung pemanasan geoterma China menduduki kedudukan No.1 di dunia selama bertahun-tahun.

Sinopec memimpin pembangunan dan penggunaan tenaga geoterma China. Sinopec mempunyai sebuah makmal utama untuk pembangunan sumber geoterma dan memiliki lebih 130 paten teknologi. Syarikat ini kini mempunyai kapasiti pemanasan geoterma dalam lebih 60 bandar di 11 wilayah China, dengan 22 bandar mencapai kapasiti lebih 1 juta meter persegi. Sinopec dijangka melangkaui 100 juta meter persegi kapasiti pemanasan geoterma menjelang akhir tahun 2023.

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues Survey, Polls & Research Trade show news Cision Influencer List - ESG