omniture

Quan Spa by Batam Marriott Hotel Harbour Bay Takrifkan Semula Santaian Mewah dengan Memperkenalkan Pengalaman Spa yang Indah

Batam Marriott Hotel Harbour Bay
2023-09-18 14:39 9

BATAM, Indonesia, 18 September 2023 /PRNewswire/ -- Quan Spa, terletak di dalam Batam Marriott Hotel Harbour Bay yang sangat indah, dengan bangganya mengumumkan pengalaman spa tiada tandingan yang berjanji untuk membawa tetamu ke dunia santai dan peremajaan yang terulung. Dengan lokasinya yang mempesonakan dan himpunan rawatan yang hebat, Quan Spa bersedia menjadi oasis ketenangan terbaik untuk penduduk tempatan mahupun pengembara.

Unwind and Reconnect with Nature at Quan Spa by Batam Marriott Hotel Harbour Bay: A Captivating Spa Experience Offering Scenic Serenity and Expert Wellness Treatments
Unwind and Reconnect with Nature at Quan Spa by Batam Marriott Hotel Harbour Bay: A Captivating Spa Experience Offering Scenic Serenity and Expert Wellness Treatments

Di Quan Spa, kami berbangga dalam menawarkan pelbagai jenis rawatan eksklusif yang dicipta dengan teliti untuk memenuhi keperluan unik setiap tetamu. Bermula daripada urutan khas kami yang menghilangkan tekanan dengan mudah kepada rawatan muka meremajakan kami yang membuatkan kulit anda berseri dengan penuh bertenaga, anda akan menemui pengalaman tersuai yang benar-benar sesuai dengan kesejahteraan anda.

Apabila anda melangkah ke dalam Quan Spa, anda akan disambut dengan pemandangan panoramik yang terbentang sejauh mata memandang. Lokasi strategik spa ini menghadap pemandangan sekeliling yang mewujudkan baik suasana yang tenang mahupun memikat. Persekitaran yang menakjubkan ini meningkatkan setiap detik pengalaman spa anda, lalu membolehkan anda untuk berehat dan meremajakan diri secara harmoni dengan alam semula jadi.

Pasukan ahli terapi Quan Spa merupakan bahagian penting yang menjadikan pengalaman spa anda benar-benar luar biasa. Kami berbangga dengan adanya sebuah pasukan ahli terapi yang berkemahiran tinggi dan diperakui yang menumpukan perhatian untuk menjamin santaian dan peremajaan lengkap anda. Setiap ahli terapi bukan sahaja profesional, tetapi juga merupakan artis dalam seni santaian. Mereka membawakan pengalaman, kepakaran dan kesungguhan yang amat luas untuk setiap rawatan. Dengan sentuhan pakar mereka, mereka memiliki keupayaan semula jadi untuk mengesan dan memenuhi keperluan unik anda, lalu mencipta pengalaman terperibadi demi kesejahteraan.

"Kami berasa teruja untuk memperkenalkan pengalaman spa kami yang dipertingkat di Quan Spa by Batam Marriott Hotel Harbour Bay," kata Puan Riyane, Pengurus Spa dan Rekreasi di Batam Marriott Hotel Harbour Bay. "Kami menyusun dengan teliti setiap perincian bagi memastikan tetamu kami dapat melarikan diri ke dunia yang damai dan merasai pengalaman tahap santai yang tinggi."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.batammarriott.com atau hubungi +62 778 5707999. Selain itu, berhubung dengan Batam Marriott Hotel Harbour Bay melalui Facebook dan @batammarriottharbourbay serta Instagram.

Source: Batam Marriott Hotel Harbour Bay
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services