omniture

CGTN: China komited 'bina komuniti Selatan Global dengan masa depan dikongsi bersama'

CGTN
2023-09-19 01:46 54

BEIJING, 19 September 2023 /PRNewswire/ -- Penduduk tempatan Havana berharap agar Sidang Kemuncak Kumpulan 77 (G77) berserta China akan menjadi daya penggerak dalam kerjasama yang lebih erat antara negara-negara sedang membangun.

"Negara-negara sedang membangun perlu maju, memerangi kemiskinan dan menangani isu-isu lain yang memberi kesan ke atas mereka," kata arkitek Eddy Regueiro kepada CGTN menjelang acara tersebut yang diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu di ibu negara Cuba.

"Saya berharap sidang kemuncak tersebut akan memfokuskan kepada cara-cara untuk mencapai pembangunan mampan menggunakan sains dan teknologi bagi mencari kaedah yang lebih inovatif untuk negara-negara sedang membangun maju," kata pelajar Sosiologi Samantha Ross.

Harapan mereka mengulangi deklarasi Havana yang diluluskan pada hari Sabtu, yang menegaskan peranan sains dan teknologi serta menyeru persekitaran yang terbuka, adil, inklusif dan tidak bersifat diskriminasi demi pembangunan saintifik dan teknologi.

Terdiri daripada 134 negara membangun, G77 mengakhiri sidang kemuncak di Havana pada 16 September, mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Sains, Teknologi dan Inovasi di Selatan Global.

Merapatkan jurang digital

Semasa sidang kemuncak itu, Li Xi, wakil khas Presiden Cina Xi Jinping, juga merupakan ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), menyeru semua negara untuk mendapat faedah yang sama rata daripada dividen digital dan berkata bahawa tiada negara membangun yang harus ketinggalan atau ditinggalkan dalam pembangunan teknologi dan industri baharu.

Berucap pada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 ke-17 di Bali, Indonesia pada November 2022, Presiden Xi Jinping berkata penting untuk merapatkan jurang digital, dan mengatakan bahawa negara-negara harus bersama-sama menggalakkan ketersambungan dalam era digital serta mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk menggalakkan literasi dan kemahiran digital untuk semua.

Ia penting khususnya untuk membantu negara-negara sedang membangun dan kumpulan kurang bernasib baik untuk beradaptasi kepada transformasi digital dan berusaha untuk merapatkan jurang digital, kata presiden Cina.

Bagi merapatkan jurang digital, China mewujudkan mekanisme kerjasama Jalan Sutera Digital dengan 17 negara dan mekanisme kerjasama dua hala E-dagang Jalan Sutera termaju dengan 29 negara, kata Chen Chunjiang, penolong menteri perdagangan pada bulan Mac.

Berucap di sidang kemuncak itu, kursi Kesatuan Afrika dan Presiden Comoros Azali Assoumani memuji usaha China dalam menggalakkan pembangunan ekonomi global dengan kerjasama digital, mengatakan bahawa kerjasama digital merupakan bahagian yang penting dalam Inisiatif Jalur dan Jalan.

Menggalakkan kerjasama Selatan-Selatan

Li Xi turut menegaskan bahawa kerjasama Selatan-Selatan sentiasa menjadi keutamaan tinggi dalam kerjasama China bersama negara-negara lain.

"China ialah negara membangun yang terbesar di dunia. Tanpa mengira peringkat pembangunan yang dicapai olehnya, China akan sentiasa menjadi sebahagian daripada dunia yang sedang membangun dan anggota Selatan Global," kata beliau.

Di BRICS-Africa Outreach dan BRICS Plus Dialogue di Johannesburg pada bulan Ogos, Presiden Xi Jinping mengumumkan bahawa China telah menubuhkan Dana Pembangunan Global dan Kerjasama Selatan-Selatan dengan jumlah dana sebanyak $4 bilion dan institusi-institusi kewangan Cina tidak lama lagi akan menubuhkan dana khas bernilai $10 bilion yang dikhususkan untuk pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI).

Perdana Menteri Djibouti Abdoulkader Kamil Mohamed berkata kerjasama Selatan-Selatan merupakan cara yang penting untuk menggalakkan solidariti, turut memuji GDI kerana ia telah mencapai banyak kes kerjasama yang berjaya di Selatan Global semasa sidang kemuncak itu.

"Apabila mereka yang bersaudara punyai fikrah yang sama, besi yang kuat dapat dipotong dengan kekuatan tergabung mereka," Li Xi memetik pepatah Cina, menggesa anggota-anggota G77 dan China untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang sekuriti makanan, pembasmian kemiskinan, pengindustrian, pembangunan hijau, teknologi digital dan kecerdasan buatan.

Pembaharuan tadbir urus global

Pada hari Jumaat, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres menggesa anggota-anggota G77 dan China untuk memperjuangkan sistem berbilang hala yang berakar umbi dalam kesamaan, disampaikan untuk semua umat manusia dan bukan hanya untuk mereka yang mempunyai keistimewaan.

Sains, teknologi dan inovasi dapat menggalakkan solidariti dan menyelesaikan masalah yang biasa terjadi, namun begitu, hari ini "ia sering mengapi-apikan ketidaksamaan dan perpecahan yang telah berakar umbi," ujar Guterres.

Pada hari Rabu, Kementerian Luar Cina mengemukakan satu cadangan mengenai pembaharuan dan pembangunan tadbir urus global, menggariskan pendirian dan proposisi China terhadap bidang-bidang penting dalam tadbir urus global.

Berhubung pembangunan saintifik, China menegaskan bahawa kemajuan saintifik dan teknologi harus memberi manfaat kepada semua umat manusia, bukan menjadi cara untuk menyekat dan mengawal pembangunan negara-negara lain.

Cadangan tersebut mengetengahkan bahawa negara-negara sedang membangun harus menikmati sepenuhnya hak untuk menggunakan sains dan teknologi dengan aman bagi memudahkan pencapaian matlamat pemnbangunan mampan dan bertindak balas dengan berkesan kepada risiko keselamatan yang ditimbulkan oleh pembangunan saintifik dan teknologi.

China akan meningkatkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi dengan minda dan tindakan yang lebih terbuka, bekerjasama dengan negara-negara lain untuk memupuk persekitaran yang terbuka, adil, saksama dan tidak bersifat diskriminasi demi pembangunan sains dan teknologi serta menggalakkan faedah bersama dan dikongsi bersama, tambahnya.

https://news.cgtn.com/news/2023-09-18/China-to-build-a-Global-South-community-with-a-shared-future--1nb5bQsqY9O/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications