omniture

Dragon eCommerce dan Seeders Bekerjasama Kuasai Pemasaran Digital di China

Dragon eCommerce Trading
2023-09-19 02:00 89

SHANGHAI, 19 September 2023 /PRNewswire/ -- Dragon eCommerce, dengan pengalaman selama lebih dua dekad dalam pasaran Asia, dengan gembiranya mengumumkan perkongsian strategiknya dengan Seeders, sebuah agensi pemasaran dalam talian yang terkenal dari Belanda. Mereka bersama-sama memulakan perjalanan yang mengujakan menuju lingkungan pemasaran digital dan e-dagang yang berpotensi tinggi dan dinamik di Rantau Besar China.


Menempuh Pagar Sesat dalam Pemasaran dan E-dagang Cina

Fabian Schneider, Rakan Pengurusan di Dragon eCommerce memerhatikan: "Syarikat-syarikat yang ingin mengakses atau mengembangkan perniagaan mereka dalam pasaran Cina menghadapi cabaran besar berkisarkan ketelusan, kos trafik yang semakin meningkat dan mencipta kandungan yang bermakna. Kami sedia maklum bahawa ekosistem pemasaran digital, SEO dan e-dagang Rantau Besar China boleh dirasakan seperti pagar sesat untuk syarikat-syarikat antarabangsa dan misi kami adalah untuk membantu mereka mengharungi dan memberi kejelasan. Hal ini benar-benar selari dengan nilai teras Seeders dan kami teruja mengenai perkongsian ini."

Dennis Akkerman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Seeders, berkongsi keterujaan dengan Fabian Schneider dan melihat kolaborasi ini sebagai padanan yang lancar dengan strategi menyeluruh Seeders sebagai sebuah agensi pemasaran rentas-sempadan. "Rekod prestasi Dragon yang luar biasa dalam memperkasa perniagaan antarabangsa untuk berkembang dalam pasaran Cina, digandingkan dengan kepakaran pemasaran dalam talian Seeders yang tiada tandingan, merupakan resepi untuk mencapai kejayaan. Kami bersama-sama berhasrat untuk memperkasa banyak syarikat untuk berkembang maju dalam pasaran Cina yang rancak ini."

Membawa Penyesuaian kepada Landskap Digital Cina yang Unik

Landskap digital di Rantau Besar China merupakan dunianya yang tersendiri, jauh berbeza daripada rakan-rakan Eropah dan Baratnya. China mempunyai himpunan tersendiri platform dalam talian, rangkaian sosial dan enjin gelintar yang mendominasi pasaran, termasuk Baidu, WeChat dan Weibo. Untuk berjaya dalam persekitaran yang rumit ini, satu pendekatan yang disesuaikan kepada pemasaran dalam talian bukanlah sesuatu yang bagus untuk dimiliki, tetapi sangat penting untuk dimiliki.

Menyerlahkan Potensi Pasaran Cina

Perikatan antara Dragon eCommerce dan Seeders menandakan lembaran baharu yang mengujakan dalam landskap e-dagang dan pemasaran dalam talian China. Ketika mereka memulakan perjalanan ini bersama-sama, mereka bersedia untuk menyokong pelanggan mencari akses – dan kejayaan – di Rantau Besar China.


 

Source: Dragon eCommerce Trading
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements