omniture

Xinhua Silk Road: Indeks Pembangunan Mendayung (Shenyang) China 2023 dikeluarkan di ibu kota dayung China

Xinhua Silk Road
2023-09-19 11:51 94

BEIJING, 19 September 2023 /PRNewswire/ -- Indeks Pembangunan Mendayung (Shenyang) China 2023 telahpun dikeluarkan pada hari Selasa di Shenyang, ibu kota Wilayah Liaoning, timur laut China, menunjukkan tahap pembangunan yang lebih baik bagi sukan mendayung Shenyang dan menonjolkan imej jenama bandar tersebut sebagai "ibu kota mendayung" kepada dunia.

2023 China (Shenyang) Rowing Development Index released in China's rowing capital
2023 China (Shenyang) Rowing Development Index released in China's rowing capital

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, acara mendayung di Shenyang telah menunjukkan momentum pembangunan yang kukuh, memandangkan sistem pertandingan telah didorong pada kelajuan yang lebih pantas, para peserta bertambah tahun demi tahun, kesan jenama telah diperlihatkan pada mulanya dan keupayaan pemacuan industri bagi acara sukan itu ditingkatkan.

Bandar tersebut telah mencapai matlamat untuk mencipta trek yang paling indah, acara paling hebat dan persekitaran terbaik untuk mendayung dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kata Song Li, pengarah biro sukan Shenyang.

Ketika ini, Shenyang berusaha untuk mempromosikan pembinaan jalur perindustrian kecergasan dan riadah sukan air 10-kilometer dengan kesan yang komprehensif di bahagian pusat bandar Sungai Hunhe, bertujuan untuk meningkatkan bekalan kemudahan sukan air yang berkesan, mempercepatkan penambahbaikan infrastruktur yang sepadan dengan acara profesional dan menyokong pembinaan taman tema mendayung ekologi dan pintar.

Selama enam tahun berturut-turut, Regata Terbuka Antarabangsa Shenyang telahpun diadakan di bandar tersebut, yang bukan sahaja membina sebuah platform baharu untuk kerjasama dan pertukaran sukan global, tetapi turut menyuntik tenaga baharu ke dalam pembangunan bandar berkenaan.

Elemen-elemen kevitalan, kuasa dan daya tarikan yang terkandung dalam imej jenama bandar Shenyang sebagai "ibu kota mendayung" akan menjadi sumber tak ketara yang penting untuk transformasi yang hebat dan kelahiran semula bandar tersebut, yang dahulunya merupakan tulang belakang industri China, kata Liu Yanping, timbalan pengarah dan penyelidik Pusat Penyelidikan Bandar dan Daya Saing, Chinese Academy of Social Sciences.

Pada masa akan datang, ia dijangka meningkatkan daya tarikan orang ramai, atlet profesional, perusahaan huluan dan hiliran, bagi membangunkan sebuah ibu kota dengan aktiviti mendayung, acara mendayung, industri mendayung dan budaya mendayung, memainkan peranan pemacu "ibu kota mendayung" ke atas kesan jenama bandar Shenyang dengan lebih baik, kata Bai Yufei, pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Sukan, China Society of Management Science dan profesor Beijing Sport University.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336129.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Publishing/Information Service Sports