omniture

Acara Langsung WWE(R) Terbesar -- Acara Bersejarah Bawakan Barisan Terbesar Bintang Handalan dan Legenda WWE(R) Seumpamanya Bakal Muncul di Negara pada Sabtu 6 Oktober di MCG Ikonik

Tiket-tiket WWE Super Show-Down Akan Mula Dijual Pada Hari Khamis, 28 Jun 2018 pada jam 10 pagi AEST melalui ticketek.com.au
WWE
2018-06-17 05:00 2054

MELBOURNE, Australia dan STAMFORD, Connecticut, 17 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Dengan kerjasama TEG Dainty, WWE akan kembali ke Australia menerusi WWE Super Show-Down, acara bersejarah yang bakal berlangsung di Melbourne Cricket Ground (MCG) pada hari Sabtu, 6 Oktober 2018, menampilkan barisan terbesar Bintang Handalan dan Legenda WWE untuk membuat kemunculan di negara ini.

Acara Langsung Terbesar WWE(R) di Australia pada hari Sabtu, 6 Oktober di Melbourne Cricket Ground yang ikonik.
Acara Langsung Terbesar WWE(R) di Australia pada hari Sabtu, 6 Oktober di Melbourne Cricket Ground yang ikonik.

Tiket-tiket WWE Super Show-Down akan mula dijual pada hari Khamis, 28 Jun pada jam 10 pagi AEST melalui ticketek.com.au. Prajualan eksklusif Telstra Thanks untuk pelanggan bermula pada Jumaat ini, 22 Jun pada jam 12 tengah hari AEST dan dibuka sehingga hari Selasa, 26 Jun pada jam 10 malam AEST. Lawati www.tegdainty.com untuk semua maklumat tiket. Acara akan distrim secara langsung melalui WWE Network dan akan disediakan secara bayar-setiap-tontonan di seluruh dunia.

Peminat-peminat yang menyertai WWE Super Show-Down akan berpeluang menyaksikan The Undertaker™ bertarung menentang Triple H™ buat julung kalinya sejak WrestleMania 28, berserta semua Bintang Handalan kegemaran mereka termasuk John Cena™, Ronda Rousey™, Shane McMahon™, Seth Rollins™, Roman Reigns™,  Shawn Michaels™, Randy Orton™, Nia Jax™, AJ Styles™, Charlotte Flair™, Daniel Bryan™, The Miz™, Sasha Banks™, Alexa Bliss™, Big Show™, Bray Wyatt™, pasukan tag Australia Billie Kay™ dan Peyton Royce of The IIconics™ dan ramai lagi*.

"WWE Super Show-Down akan menjadi salah satu acara sukan dan hiburan terbesar dalam dekad ini," kata Paul Dainty, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif TEG Dainty. "Selepas acara Global Warning bersejarah pada tahun 2002, TEG Dainty teruja untuk melakar sejarah sekali lagi dengan WWE. Australia sentiasa menjadi tempat istimewa untuk WWE dan peminat kami adalah antara yang paling bersemangat di dunia. Pertunjukan hebat sekali seumur hidup ini akan menonjolkan Australia kepada berjuta-juta penonton global di salah sebuah stadium sukan paling ikonik di dunia."

"WWE Super Show-Down akan menjadi acara epik," kata Vince McMahon, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif WWE. "Perkongsian kami dengan Paul Dainty memperlihatkan komitmen berterusan kami terhadap pasaran dan memberi peluang untuk mengadakan acara sebesar ini."

"Mata dunia bakal tertumpu pada Melbourne Cricket Ground Oktober ini apabila ribuan pengunjung dari seluruh Australia dan dunia membanjiri bandar hebat kami sempena WWE Super Show-Down," kata Menteri Victoria untuk Pelancongan & Acara Utama, John Eren. "Kerajaan Victoria akan terus membawakan acara-acara terbesar ke negeri kami memandangkan acara-acara ini baik untuk ekonomi kami, baik untuk industri pelancongan kami dan juga baik untuk peluang pekerjaan tempatan."

Acara WWE terbesar yang sebelum ini diadakan di Australia merupakan acara Global Warning pada tahun 2002 di Stadium Etihad Melbourne, mencatatkan rekod kehadiran hiburan seramai 56,743 orang.

* Barisan bakat tertakluk kepada perubahan.

KLIK DI SINI UNTUK IMEJ DAN BAHAGIAN FILEM

Untuk maklumat lanjut mengenai WWE dan tanda dagangannya, serta penafian mengenai kenyataan jangkaan dalam siaran akhbar ini, sila kunjungi wwecorp.app.box.com/v/About-WWE-2018

Maklumat Jelajah Tambahan boleh didapati di www.tegdainty.com.

Perhubungan Media WWE: 
Rohan Herbstreit
+61-499-797-792
rohan@ringsideconsulting.com

Perhubungan Media TEG Dainty: 
Kerry O'Brien
+61-418-256-503
kerry@kob.com.au

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180612/2160745-1-a

Source: WWE
Related Stocks:
NYSE:WWE
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports