omniture

Majlis Penandatanganan antara Doo Group dan UNICEF HK Dilaksanakan Dengan Jayanya

Doo Group
2023-09-21 10:11 89

HONG KONG, 21 September 2023 /PRNewswire/ -- Doo Group, kumpulan perkhidmatan kewangan yang terkemuka di dunia dengan teknologi kewangan (fintech) sebagai terasnya, berjaya mengadakan majlis penandatanganan kolaborasi dengan Jawatankuasa Hong Kong untuk UNICEF (UNICEF HK).


Majlis tersebut dihadiri oleh Cik Judy Chen, JP, Pengerusi UNICEF HK, Cik Waiwans Lo, Pengarah Pengumpulan Dana, UNICEF HK, En. Windson Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Doo Group dan En. Costas Kappai, Pengarah Urusan EMEA, Doo Group yang kesemuanya ternanti-nantikan impak positif yang akan diberikan oleh perkongsian ini ke atas pendidikan kanak-kanak.

Cik Judy Chen, JP, Pengerusi UNICEF HK, menyatakan bahawa, visi UNICEF adalah untuk mendekati 3.5 bilion orang kanak-kanak dan belia menerusi penyelesaian pembelajaran digital bertaraf dunia menjelang tahun 2030 dan matlamat ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan yang tidak ternilai harganya daripada rakan-rakan kongsi seperti Doo Group.

En. Windson Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Doo Group, benar-benar mengiktiraf dan menghargai pengalaman luas serta sumbangan luar biasa UNICEF HK dalam bidang perlindungan hak kanak-kanak. Beliau amat berbesar hati kerana dapat meneruskan kolaborasi bersama UNICEF HK untuk menyokong program "Reimagine Education" dengan memberi sumbangan yang berterusan bagi meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak.

Di majlis tersebut, Cik Judy Chen dan En. Windson Chan menandatangani perjanjian kolaborasi, mencapai satu kejayaan baharu secara rasmi. Sepanjang tiga tahun akan datang, Doo Group akan terlibat secara aktif dalam program 'Reimagine Education' UNICEF HK, bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan menghadapi krisis dan cabaran pendidikan yang berterusan.

Emel: marketing@doogroup.com

Laman Web: doo.com

 

Source: Doo Group
Keywords: Banking/Financial Service