omniture

Huawei Lancar Kertas Putih mengenai Seni Bina untuk Transformasi Pintar Perkhidmatan Awam

Huawei
2023-09-22 10:27 42

SHANGHAI, 22 September 2023 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2023, Huawei mengadakan sidang kemuncak merangsang fikiran bertema "Mempercepatkan Transformasi Pintar Perkhidmatan Awam untuk Memcu Masyarakat Kognitif". Di acara itu, Huawei melancarkan White Paper on Architecture for Intelligent Transformation of Public Services (Kertas Putih Seni Bina untuk Transformasi Pintar Perkhidmatan Awam) sementara pelopor-pelopor perkhidmatan awam global memberi penerangan tentang trend transformasi pintar serta hala tuju pelaksanaan, bagi menjadikan perkhidmatan awam lebih inklusif dan terarah.

White Paper on Architecture for Intelligent Transformation of Public Services
White Paper on Architecture for Intelligent Transformation of Public Services

Di sidang kemuncak berkenaan, Xia Zun, Presiden Sektor Awam Global Huawei menyatakan: "Kecerdasan membolehkan sektor awam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada lebih ramai orang. Dalam masyarakat yang Mengutamakan-Manusia yang memerlukan nilai bersama, kolaborasi dan kerjasama yang lebih erat diperlukan untuk membina semula infrastruktur digital dan menggiatkan semula ekosfera digital bagi mempercepatkan transformasi pintar perkhidmatan awam."

Xia Zun, President of Huawei Global Public Sector
Xia Zun, President of Huawei Global Public Sector

Kertas Putih Seni Bina untuk Transformasi Pintar Perkhidmatan Awam dilancarkan. Hong-Eng Koh, Ketua Saintis Sektor Awam Global Huawei, menyatakan: Seni Bina untuk Transformasi Pintar Perkhidmatan Awam terdiri daripada Penderiaan Pintar, Sambungan Pintar, Asas Pintar, platform Pintar, Model Besar AI dan Aplikasi Pintar. Kami menyasarkan perkhidmatan awam yang inklusif serta tadbir urus pintar dengan berusaha untuk mengoptimumkan "Pemanusiaan" perkhidmatan awam, menggalakkan "Keluasan" penciptaan bersama, meningkatkan "Kejituan" tadbir urus, meningkatkan "Kelajuan" tindak balas kecemasan, meningkatkan "Kekuatan" infrastruktur dan meningkatkan "Ketumpatan" kesedaran keadaan.

Transformasi pintar perkhidmatan awam Huawei memfokuskan kepada empat senario:

Pendidikan pintar: Transformasi pintar menghasilkan pendidikan yang tidak mengenal sempadan dan menyediakan perkhidmatan pengajaran yang proaktif dan pintar, melanjutkan pendidikan sekolah daripada pengalaman yang terikat dalam bilik darjah kepada pembelajaran pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Penjagaan kesihatan pintar: Transformasi pintar mentakrifkan semula mod pengurusan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan serta membantu membina sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan berorientasikan rakyat yang cekap dengan pengalaman pengguna yang optimum.

AI untuk Kerajaan dan Perkhidmatan Awam (AI4G): AI4G Huawei mengupayakan inovasi dan transformasi perkhidmatan awam, pengeluaran sosial dan punca pendapatan rakyat demi tadbir urus, kehidupan dan ekonomi yang lebih baik.

Pendigitalan perkhidmatan awam: Infrastruktur digital negara yang terdiri daripada satu awan dan satu rangkaian akan dibangunkan untuk menyokong transformasi digital perkhidmatan awam. Dengan menghubungkan utiliti awam dan agensi kerajaan dalam pelbagai bandar, infrastruktur ini menyediakan perkhidmatan e-kerajaan, pendidikan dan penjagaan kesihatan yang inovatif, baik di kawasan bandar mahupun luar bandar yang terpencil. Ini akan membantu menjadikan perkhidmatan awam lebih inklusif dan adil.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Market Research Reports