omniture

David Wang Huawei: Mempercepatkan Kecerdasan dengan Modul AI Dibina-khas untuk Semua Industri

Huawei
2023-09-22 20:47 54

SHANGHAI, 22 September 2023 /PRNewswire/ -- Semasa HUAWEI CONNECT 2023, David Wang, Pengarah Eksekutif Lembaga Huawei, Pengerusi Lembaga Pengurusan Infrastruktur ICT dan Presiden Enterprise BG, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Mempercepatkan Kecerdasan". Wang berkongsi pandangan dan pengalaman Huawei dalam membantu industri-industri memanfaatkan kecerdasan sepenuhnya. Beliau turut mengumumkan pelancaran Atlas 900 SuperCluster baharu daripada Huawei. Kluster pengkomputeran AI baharu ini, tawaran yang terkini dalam siri produk pengkomputeran Ascend Huawei, memanfaatkan seni bina yang serba baharu. Di samping itu, Wang memperkenalkan sembilan penyelesaian industri pintar yang baharu berdasarkan kepada seni bina rujukan Transformasi Pintar Huawei. Penyelesaian ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan tertentu industri-industri yang berbeza, termasuk kewangan, kerajaan, pembuatan, kuasa elektrik dan landasan kereta api.

"Bab baharu transformasi pintar sedang terserlah," kata David Wang. "Kini, kita berada pada ambang dunia baharu dan pintar, dengan peluang serta cabaran yang besar menanti kita. Kita perlu saling bekerjasama, meneroka secara mendalam senario khusus-industri dan membina tulang belakang pengkomputeran yang kukuh untuk memberi kuasa kepada model dan aplikasi AI baharu yang tidak terkira banyaknya. Kita dapat bersama-sama membantu semua industri menjadi pintar dan membantu mereka melakukannya dengan lebih pantas."

David Wang delivering the keynote
David Wang delivering the keynote

Cabaran menghalang industri daripada menjadi pintar 

Dengan banyak penemuan terkini dalam model asas, pelbagai jenis model dan aplikasi AI baharu semakin muncul. AI juga diintegrasikan secara mendalam terhadap industri-industri, menyediakan perkhidmatan untuk semakin banyak senario industri. Walau bagaimanapun, data, kuasa pengkomputeran, algoritma dan pelaksanaan aplikasi bergelut untuk berjalan seiring dan akan menjadi kritikal untuk mengupayakan transformasi pintar industri-industri.

Bagi mengatasi cabaran ini, Wang menyeru usaha bersama untuk menyokong sambungan pintar, pengkomputeran pintar dan industri pintar yang akan menjadi kunci bagi menangani masalah yang berterusan dengan pelaksanaan AI serta model khusus-senario. Beliau menjelaskan bahawa inilah caranya industri-industri yang berbeza dapat memanfaatkan kecerdasan secara sepenuhnya.

Ascend Atlas 900 SuperCluster

Semakin banyak model asas dilatih dengan bertrilion-trilion parameter muncul, maka Huawei melancarkan Atlas 900 SuperCluster terbaru mereka, direka khusus untuk melatih model asas AI besar-besaran.

Bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk melancarkan sembilan penyelesaian industri pintar

Sejak tiga tahun yang lalu, Huawei menubuhkan beberapa pasukan bersepadu. Mereka meneroka secara mendalam industri dan senario, membawa kumpulan-kumpulan pakar khas berada lebih dekat dengan cabaran pelanggan dan menggabungkan sumber penyelidikan dan pembangunan (R&D) mendatar dengan lebih erat untuk membantu industri-industri menjadi pintar. Model operasi ini telahpun membantu Huawei bekerjasama dengan lebih erat bersama rakan kongsi untuk mencipta lebih 200 penyelesaian transformasi pintar khusus untuk lebih daripada 20 industri termasuk tadbir urus bandar, kewangan, pengangkutan dan pembuatan. Penyelesaian ini telahpun dilaksanakan dalam banyak projek dunia sebenar.

Huawei merancang untuk terus bekerjasama dengan rakan kongsi untuk penyelesaian seperti ini bagi menggalakkan integrasi AI dan senario industri yang mendalam serta mengupayakan transformasi pintar dalam lebih banyak industri.

Pelancaran Kertas Putih Mempercepatkan Transformasi Pintar

Wang turut mengumumkan pelancaran kertas putih baharu, Mempercepatkan Transformasi Pintar. Ia merupakan koleksi kajian kes dan amalan terbaik daripada Huawei, pelanggan serta rakan kongsinya, bertujuan untuk membantu semua industri berkembang dengan pesat tatkala industri-industri ini melangkah untuk menerima bentuk kecerdasan yang baharu.

Kertas putih tersebut mendapati bahawa AI memacu penaiktarafan industri dengan menawarkan perkhidmatan kepada semakin banyak senario industri dan menjadi enjin pertumbuhan utama untuk kemajuan sosial. Khususnya, ia turut menegaskan kolaborasi antara peranan berbeza dunia perniagaan, bidang akademik dan lingkungan kajian akan menjadi penting untuk aplikasi AI baharu dan pembangunan keseluruhan industri AI. Pihak berkepentingan ekosistem ini terutamanya akan perlu bekerjasama untuk memastikan AI direka bentuk untuk memberi manfaat kepada semua dengan mengenal pasti trend baru muncul dengan pantas, terus mengusahakan inovasi teknologi dan menambah baik kedua-dua amalan kejuruteraan dengan pantas. Bagi meluaskan dan memperdalam aplikasi AI merentas industri-industri, mereka akan perlu mengupayakan himpunan model dan aplikasi yang luas.

Kertas putih ini telahpun mendapat pengesahan daripada beberapa ahli akademik. Ia mengulas kedua-dua trend dan pembangunan terkini dalam bidang AI serta meneroka 63 aplikasi AI khusus-senario daripada 16 industri yang berbeza. Di samping itu, ia membawakan beberapa amalan terbaik yang inovatif dalam transformasi pintar daripada 18 industri yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://e.huawei.com/en/

Hubungi: hwebgcomms@huawei.com

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news