omniture

Hisense dan Paris Saint-Germain Raikan Pembaharuan Perkongsian Mereka

Hisense
2023-09-22 22:01 60

QINGDAO, China, 22 September 2023 /PRNewswire/ -- Hisense, syarikat elektronik pengguna dan perkakas global, melanjutkan penajaannya bersama Paris Saint-Germain selama dua tahun lagi. Perjanjian antara kedua-dua organisasi ini, yang memulakan perkongsian global mereka pada Ogos 2020, akan berlangsung hingga penghujung musim 2024/25.

Hisense mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam teknologi untuk rumah dalam dua dekad yang lalu, yang merupakan hasil daripada komitmen jangka panjang yang ditunjukkan olehnya kepada beberapa hartanah sukan yang paling digemari di dunia, termasuk FIFA World Cup 2022™, serta penajaannya yang baru diumumkan untuk UEFA EURO 2024™. Lanjutan perkongsian Hisense bersama Paris Saint-Germain merupakan gambaran selanjutnya berkenaan hal ini dan akan menyaksikan syarikat ini memperkukuh misinya untuk meningkatkan pengalaman tontonan buat peminat sukan bola sepak di serata dunia.

Sepanjang perkongsiannya bersama kelab Paris ini, kini Hisense TV didatangkan dengan Mod Sukan terbina dalam sebagai standard. Selain itu, Hisense telah melancarkan tiga iklan yang dibintangi oleh para pemain Paris Saint-Germain sejak hubungan komersial mula dipersetujui, yang paling terkini, dilancarkan pada Mac 2023, memperoleh lebih 106 juta impresi dan 48.3 juta tontonan. Dengan bekerjasama bersama kelab Paris ini, Hisense boleh mengharapkan kepada salah satu komuniti terbesar dalam sukan dunia, dengan lebih 200 juta pengikut, bagi menarik minat pelanggan baharu melalui kempen-kempen yang inovatif.

Marc Armstrong, Ketua Pegawai Hasil di Paris Saint-Germain menambah: "Kami berbesar hati dapat meneruskan pengembaraan kami bersama Hisense, sebuah syarikat yang berkongsi falsafah kami. Inovasi merupakan tumpuan kolaborasi kami dan kesungguhan kami untuk terus memperkayakan pengalam pelanggan kami serta peminat di luar skrin."

Catherine Fang, Naib Presiden Eksekutif, Hisense International, berkata: "Hubungan bersama Paris Saint-Germain merupakan bahagian yang penting dalam strategi sukan Hisense yang lebih luas, membawa kegembiraan kepada berjuta-juta keluarga melalui inovasi teknologi dan menyampaikan kualiti TV yang sempurna kepada pengguna di Eropah. Kami percaya bahawa melalui perkongsian ini, kami dapat terus mencipta pengalaman tontonan di rumah sebaik mungkin untuk kelab Paris dan peminatnya di seluruh dunia."

Mendapat manfaat daripada strategi sukan yang berprestasi tinggi, Hisense mencetuskan peningkatan sebanyak 21.05% berbanding tahun sebelumnya bagi jualan TV seluruh dunia dalam separuh pertama tahun ini. Hisense akan terus menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman luar biasa sambil menonton permainan bersama keluarga dan rakan taulan. Pembaharuan perkongsian ini akan membolehkan kami untuk terus menawarkan kepada peminat Paris Saint-Germain dengan pengalaman tontonan sebaik mungkin di seluruh dunia.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Sports Contracts Licensing/marketing agreements