omniture

SHEIN BAKAL PERSEMBAHKAN KOLEKSI MUSIM LURUH/MUSIM SEJUK 2023 MELALUI PERTUNJUKAN FESYEN STRIM LANGSUNG, SHEIN LIVE: FRONT ROW

SHEIN
2023-09-25 16:38 51

Pertunjukan fesyen akan dihoskan secara bersama oleh pelakon dan pempengaruh terkenal Teala Dunn dan dengan jurugaya selebriti EJ King sebagai tetamu istimewa.

LOS ANGELES, 25 September 2023 /PRNewswire/ -- Pada 24 September, SHEIN, pasaran fesyen dan gaya hidup bersepadu, global akan mempersembahkan pakaian daripada sembilan koleksi baharunya untuk Musim Luruh/Musim Sejuk melalui episod khas rancangan strim langsung boleh beli-belah SHEIN, SHEIN Live: Front Row. Strim langsung itu, yang akan berlangsung selama tiga jam, akan dihoskan secara bersama oleh pelakon dan pempengaruh yang terkenal Teala Dunn dan hos SHEIN Renee Ariel serta dengan penampilan tetamu istimewa oleh jurugaya selebriti EJ King.

Pada jam 5 petang ET hari Ahad, peminat boleh mengikuti rancangan tersebut melalui SHEIN App, serta @sheinofficial dan halaman Facebook, X, YouTube dan Instagram @sheinus. Penonton akan dapat berpeluang menyaksikan gaya fesyen yang terkini untuk setiap jenis tubuh dan majlis - sama ada perjalanan ke pejabat, waktu ria atau makan malam temu janji romantis. Pakaian yang dipersembahkan pada SHEIN Live: Front Row akan mencakupi sembilan koleksi baharu termasuk Iconic Chic, Totally Timeless, Comfy Cool, Street Style, Ready for Romance, "It" Girl, Boho Glam, Fits For All dan SHEIN X.

"SHEIN ditubuhkan dengan misi untuk menjadikan fesyen boleh diakses oleh semua dan melalui SHEIN Live: Front Row kami teruja untuk memberi peluang kepada semua peminat untuk menikmati fesyen daripada tempat duduk baris pertama yang utama," kata George Chiao, Presiden SHEIN U.S. "Melalui pertunjukan maya ini, kami berharap dapat memaparkan pelbagai jenis pakaian kami untuk Musim Luruh/Musim Sejuk dan membolehkan peminat membeli-belah gaya fesyen terus daripada pentas peragaan ke almari mereka."

Sejumlah 10 juta mata SHEIN akan diberikan sepanjang pertunjukan tersebut secara eksklusif pada SHEIN App dan tersedia untuk peminat jenama di seluruh dunia pada 24 September.

SHEIN mempelawa peminat untuk berkongsi penampilan mereka daripada SHEIN Live: Front Row di media sosial dengan mengetag @sheinofficial dan @sheinus serta menggunakan tanda pagar #FrontRowLive, #SHEINFW23 dan #SHEINforAll.

Latar Belakang SHEIN

SHEIN ialah pasaran bersepadu global yang menawarkan kategori beli-belah fesyen dan gaya hidup yang dilanjutkan bermula daripada pakaian berjenama SHEIN hingga produk daripada rangkaian penjual global, semuanya pada harga mampu milik. Beribu pejabat di Singapura, SHEIN kekal komited untuk menjadikan keindahan fesyen boleh diakses oleh semua, memanfaatkan metodologi pengeluaran atas permintaan yang terkemuka dalam industri sejak tahun 2012, untuk industri yang lebih bijak dan lebih bersedia mendepani masa depan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SHEIN, kunjungi www.SHEINgroup.com

Hubungan Akhbar

Kate Fosha

kate.fosha@sheingroup.com

Source: SHEIN
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Social Media