omniture

CGTN: Bagaimana China bertindak membina komuniti global dengan masa depan dikongsi bersama?

CGTN
2023-09-27 20:24 64

BEIJING, 27 September 2023 /PRNewswire/ -- Dari Fiji ke Lesotho dan ke Rwanda, teknologi Cina Juncao, yang menggunakan rumput dan bukannya kayu untuk menumbuhkan kulat boleh dimakan, telah membantu menangani cabaran yang signifikan – penghasilan kulat boleh dimakan terpaksa bergantung pada pokok yang ditebang.

Seperti mana Juncao yang diberi gelaran "rumput kemakmuran" oleh petani di Lesotho, China telah mengadakan 270 sesi latihan berkenaan teknologi itu yang melatih lebih 10,000 orang dari 106 negara sepanjang 20 tahun yang lalu.

Selain daripada Juncao, beras hibrid, jalan raya, jambatan, telaga dan projek-projek lain di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) telah menyaksikan kemajuan kukuh di negara-negara yang mengambil bahagian, yang membantu penduduk tempatan menjalani hidup yang lebih gembira dan lebih baik.

BRI merupakan "contoh jelas" pembinaan komuniti global dengan masa depan yang dikongsi bersama dan satu platform "kebaikan awam global" dan kerjasama yang disediakan oleh China kepada dunia, menurut kertas putih yang bertajuk "A Global Community of Shared Future: China's Proposals and Actions" ("Sebuah Komuniti Global dengan Masa Depan Dikongsi Bersama: Cadangan dan Tindakan China") yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 visi itu memandangkan ia mula dicadangkan oleh Presiden Cina Xi Jinping pada tahun 2013.

Di sidang media pada hari Selasa, Menteri Luar Cina Wang Yi berkata visi itu disokong oleh komuniti antarabangsa yang lebih luas.

Ia mencerminkan usaha mengejar keamanan, keadilan dan kemajuan oleh semakin banyak negara dan rakyat serta aspirasi bersama mereka untuk membina dunia yang lebih baik, kata Wang.

China beraksi

Sejak BRI diperkenalkan 10 tahun yang lalu, China telah mengusahakan kerjasama "terbuka, hijau, bersih dan standard tinggi" bagi menggalakkan pembangunan mampan dan memperbaiki kehidupan rakyat.

Menurut Ekonomi Jalur dan Jalan, satu laporan Bank Dunia, BRI, apabila dilaksanakan sepenuhnya, akan meningkatkan perdagangan intra-BRI sebanyak 4.1 peratus. Menjelang tahun 2030, BRI akan menjana hasil global tahunan sebanyak $1.6 trilion.

"BRI ialah satu inisiatif untuk kerjasama ekonomi, bukan untuk pakatan geopolitik atau ketenteraan," seperti yang ditulis dalam kertas putih itu. "Ia merupakan satu proses terbuka dan inklusif yang tidak menyasarkan mahupun mengecualikan mana-mana pihak."

Inisiatif itu, yang mana menjelang Julai 2023 menyaksikan lebih daripada tiga perempat negara di dunia dan lebih 30 organisasi antarabangsa turut serta, bukanlah sebuah "kelab China" mahupun "laluan peribadi untuk mana-mana satu pihak", menurut dokumen yang baru dikeluarkan itu.

Sebagai negara sedang membangun terbesar di dunia dan ahli Selatan Global, China berusaha sedaya-upaya untuk membantu negara-negara sedang membangun yang lain dan membantu negara-negara penerima meluaskan kapasiti mereka untuk pembangunan, usaha yang disokong melalui Inisiatif Pembangunan Global.

Melalui kerjasama dengan organisasi antarabangsa, China melaksanakan lebih 130 projek berhubung pengurangan kemiskinan, sekuriti makanan dan perubahan iklim hampir di 60 negara termasuk Etiopia, Pakistan dan Nigeria. Ia memberi manfaat kepada lebih 30 juta individu, menurut kertas putih itu.

Bercakap pada hari Selasa, Wang menegaskan keperluan untuk mendorong isu-isu pembangunan kembali kepada teras agenda antarabangsa bagi memberi manfaat kepada rakyat daripada semua negara dengan cara yang lebih saksama.

Sebagai respons kepada defisit keselamatan yang menonjol, China, melalui Inisiatif Sekuriti Global, berusaha mewujudkan laluan baharu menuju sekuriti yang menumpukan dialog dan bukannya konfrontasi, perkongsian dan bukannya pakatan serta hasil yang saling menguntungkan dan bukannya situasi kalah menang.

China turut menyeru sokongan bersama hormat-menghormati terhadap kepelbagaian tamadun melalui Inisiatif Tamadun Global. Sebagai contoh, ia melaksanakan program Jalan Sutera Budaya dan menubuhkan pakatan teater, muzium, festival seni, perpustakaan dan muzium seni antarabangsa Jalan Sutera.

'Sebuah keluarga besar di kampung global'

Sepuluh tahun kemudian, pembinaan sebuah komuniti global dengan masa depan yang dikongsi bersama meraih pencapaian yang membuahkan hasil. Visi itu dimasukkan ke dalam Resolusi Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selama enam tahun berturut-turut dan menggabungkan beberapa resolusi dan deklarasi mekanisme pelbagai hala.

China telah membina komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama dengan berpuluh-puluh negara dan wilayah, kata menteri luar Cina pada hari Selasa. Wang menambah, Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Sekuriti Global mendapat sokongan daripada lebih 100 negara sementara Inisiatif Tamadun Global mendapat maklum balas yang positif daripada beberapa negara.

Namun begitu, beliau memberi amaran memandangkan umat manusia berada pada persimpangan yang lain dalam sejarah, konfrontasi kem atau situasi kalah-menang tidak mempunyai prospek.

Dalam menghadapi krisis global, seperti yang dijelaskan oleh kertas putih itu, lebih 190 negara di dunia "kesemuanya berada dalam satu bot besar yang sama" dan semua umat manusia merupakan "sebuah keluarga besar di kampung global ini."

"Tiada negara, walau betapa kuatnya negara itu, boleh melakukan segala-galanya sendiri. Kita perlu terlibat dalam kerjasama global," demikian menurutnya.

Visi komuniti global dengan masa depan yang dikongsi bersama, menurut kertas putih itu, mengatasi peraturan eksklusif politik blok, tanggapan bahawa kekuasaan penentu kebenaran dan "nilai sejagat" yang ditakrifkan oleh segelintir negara Barat.

"Ia menepati trend zaman ini, menyeru seruan untuk mencapai kerjasama global dan menyumbang kepada aturan antarabangsa yang lebih adil dan saksama."

https://news.cgtn.com/news/2023-09-26/How-does-China-act-to-build-a-global-community-of-shared-future--1npuSfz9hlu/index.html 

 

 

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion