omniture

The Londoner Macao Menarik Minat Penggemar Jam Tangan Berkualiti Tinggi ke Pameran Grand Prix d'Horlogerie de Genève Disegani

The Londoner Macao
2023-09-28 14:30 110

Pameran merupakan sebahagian daripada TIMELESS, perayaan dua hari kesenian jam tangan

MACAO, 28 September 2023 /PRNewswire/ -- Sands Lifestyle mempersembahkan TIMELESS sulung di The Londoner® Macao pada 25-26 September dengan jayanya. Sorotan utama ialah pameran Grand Prix d'Horlogerie de Genève (GPHG), sebuah wadah dengan 84 jam tangan yang dicalonkan untuk pertandingan GPHG 2023. Sering dirujuk sebagai "Oscars" industri jam tangan, pertandingan ini diwujudkan untuk mengiktiraf kecemerlangan pembuatan jam tangan di seluruh dunia. Bersama-sama perbincangan panel berwawasan dan kelas-kelas pakar yang dipimpin oleh pakar, acara selama dua hari itu menarik pakar minat dan pengumpul jam tangan dari seluruh Asia.

The Londoner Macao merupakan lokasi pertama di dunia yang mempamerkan pencalonan GPHG 2023, menyediakan kepada pengunjung dengan peluang eksklusif dan jarang berlaku untuk melihat jam tangan terbaik dunia di satu lokasi. Hasil ciptaan terbaik yang dipamerkan memiliki nilai kolektif kira-kira MOP 36 juta. Pameran tersebut diadakan di The Londoner's Crystal Palace, atrium mengagumkan, besar agam, dipenuhi cahaya, dibina dengan kaca, besi serta marmar dan merupakan persekitaran terbaik untuk penggemar, pengumpul dan mereka yang ingin tahu untuk berada dekat dengan jam tangan berkualiti terbaik daripada GPHG bagi tahun 2023.

Jam tangan GPHG yang dicalonkan bersaing dalam 14 kategori, termasuk pengecualian mekanikal, kraf artistik, komplikasi dan jam tangan sukan. Setiap kategori menonjolkan aspek tertentu dalam kecemerlangan pembuatan jam tangan, termasuk reka bentuk, inovasi teknikal, ketukangan dan prestasi keseluruhan. Para pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan di majlis penyampaian anugerah yang akan diadakan di Geneva pada November ini.

Majlis perasmian telahpun diadakan pada 25 September dan dihadiri ramai oleh media, tetamu VIP, penggiat industri, selebriti dan sosialit. Tetamu-tetamu perasmi termasuk Maria Helena de Senna Fernandes, Pengarah, Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau; Dr. Wilfred Wong, Presiden, Sands China Ltd.; Michel Lamunière, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Tatler Asia; Carine Maillard, Pengarah GPHG; Austen Chu, Pengasas Horoloupe serta pelakon Taiwan dan pemenang anugerah Golden Horse, Yo Yang.

Dr. Wilfred Wong berkata, "Sebagai hartanah yang luar biasa, kami sedia maklum bahawa The Londoner Macao akan menjadi tempat yang terbaik untuk menganjurkan sebuah acara bertaraf dunia yang disegani. Sebuah acara yang juga diselaraskan dengan sempurna dengan matlamat Sands Lifestyle untuk menyediakan pengalaman yang dipertingkat melangkaui jangkaan tetamu. Seperti yang dijangkakan melihatkan kepada mutu jam tangan yang dipamerkan selama dua hari, digabungkan dengan perbincangan panel yang merangsang dan mencambah fikiran serta kelas pakar yang dipimpin oleh pakar, ia diterima baik oleh khalayak antarabangsa daripada kalangan pengumpul jam tangan berkualiti tinggi."

Selepas perasmian majlis tersebut, sebuah parti bergemerlapan dan eksklusif diilhamkan oleh The Great Gatsby, Timeless Cocktail, telahpun diadakan di The Club of Londoner Court. Acara koktel yang menampilkan patung bernyawa yang hidup untuk menawarkan champagne kepada tetamu, persembahan muzikal secara langsung dan koktel ditempah khas oleh Jay Khan, daripada bar nombor satu dalam senarai Asia's 50 Best, Coa.

Detik-detik lain yang tidak dapat dilupakan daripada perayaan seni-zaman termasuk perbincangan panel bermaklumat untuk tetamu jemputan. Diadakan pada 25 September, ia meneroka impak signifikan yang diberikan oleh GPHG ke atas industri pembuatan jam tangan.

Pada 26 September, pameran GPHG yang menakjubkan dibuka kepada orang ramai yang dapat mengalami secara visual kraf dan kesenian dalam pembuatan jam tangan berkualiti tinggi.

Turut berlangsung pada hari kedua ialah siri kelas pakar sangat berharga yang memberi peluang unik untuk belajar daripada pakar-pakar jam tangan. Kelas pakar "Watch Collecting" ("Pengumpulan Jam Tangan") yang memfokuskan pada evolusi dan trend dalam pengumpulan di peringkat global, dipimpin oleh Wing Ngai Fong, pengasas Macau Timepiece Museum dan seorang pengumpul terkenal serta Austen Chu, ahli akademi GPHG dan pengasas Horoloupe.

Di kelas pakar "Art of Watchmaking" ("Seni Pembuatan Jam Tangan") yang amat imersif, pakar-pakar pembuatan jam tangan John Ng dan Francisco Garcia menunjukkan kepada para peserta tahap kemahiran yang diperlukan untuk memasang pergerakan mekanikal. Melengkapkan sesi bermaklumat ialah kelas TIMELESS X Piaget X Simon Shia. Shia, seorang penggemar jam tangan, menjelaskan kepentingan koleksi Piaget yang begitu terkenal.

Sands Lifestyle was the event partner for TIMELESS, a prestigious two-day event held at The Londoner Macao, dedicated to the world’s finest luxury timepieces.

Sands Lifestyle, as event partner for TIMELESS, held the officiating ceremony at Crystal Palace of The Londoner Macao on Sept. 25. (left to right) Officiating guests included Austen Chu, Founder of Horoloupe; Michel Lamunière, Chairman & CEO of Tatler Asia; Maria Helena de Senna Fernandes, Director, Macao Government Tourism Office; Dr. Wilfred Wong, President, Sands China Ltd.; Carine Maillard, Director of GPHG; Taiwanese actor and Golden Horse award winner Yo Yang.

Untuk imej resolusi tinggi, sila akses yang berikut:
https://we.tl/t-R2pXHVy8Rl (Pautan sah sehingga 3 Oktober 2023)

Latar Belakang The Londoner ® Macao
The Londoner® Macao ialah sebuah pusat peranginan bersepadu yang mengundang pengunjung untuk melalui satu perjalanan menempuh yang terbaik daripada sejarah dan budaya British. Ia menggabungkan lima jenama hotel terkenal – The Londoner Hotel dan Londoner Court baharu, berserta Conrad Macao, Sheraton Grand Macao dan The St. Regis Macao yang sedia ada. The Londoner Macao akan memberikan kepada pengunjung ke Cotai dengan tawaran kemewahan mampu milik yang diperluaskan yang tidak terdapat di tempat lain di Macau, menerusi lebih 6,000 bilik hotel dan suite serta 1.2 juta kaki persegi (111,000 meter persegi) ruang runcit, hiburan, tempat menjamu selera dan mesyuarat serta konvensyen. Dengan lebih 150 outlet runcit, Shoppes at Londoner menyertai Shoppes at Venetian, Shoppes at Four Seasons, dan Shoppes at Parisian. Mereka bersama-sama menawarkan seleksi dengan kira-kira 850 kedai bebas cukai mewah – paling banyak di mana-mana satu lokasi di Macau. Dengan tiga spa, empat kelab kesihatan dan lebih 365,000 kaki persegi (34,000 meter persegi) ruang permainan bertema unik, The Londoner Macao menyediakan tahap kemewahan dan kebolehcapaian baharu kepada Cotai Strip.

Source: The Londoner Macao
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Travel Awards