omniture

Aplikasi "Smart Agrinfo" Bandar Kaohsiung Menang Anugerah Khas di WeGO Seoul Smart City Awards

Institute for Information Industry
2023-09-28 19:26 39

KAOHSIUNG, 28 September 2023 /PRNewswire/ -- Perkhidmatan bandar pintar perintis Kerajaan Bandar Kaohsiung "Smart Agrinfo," telahpun diberi penghormatan dengan Anugerah Khas di Seoul Smart City Awards, dianjurkan oleh World Smart Sustainable Cities Organization (WeGO). Aplikasi pertanian yang inovatif ini, mendapat pujian atas potensinya untuk menangani cabaran sekuriti makanan global, memanfaatkan media sosial dan platform pemesejan popular, untuk menyediakan kepada petani dengan maklumat pada masa sebenar mengenai kawalan perosak, penghasilan dan pengedaran.

Antara 240 penyertaan antarabangsa, "Smart Agrinfo" menonjol dan mendapat pengiktirafan daripada Global Green Growth Institute (GGGI), yang komited untuk mendorong pertumbuhan ekonomi yang tangkas, inklusif serta mampan di negara-negara sedang membangun dan ekonomi baru muncul.

Pengarah Eksekutif GGGI Frank Rijsberman, memuji "Smart Agrinfo" sebagai pengubah keadaan global. Beliau menekankan bantuannya yang penting untuk petani dalam menghadapi perubahan iklim yang berterusan, menawarkan sokongan yang tidak ternilai dalam ramalan iklim dan penghasilan, kawalan perosak serta penghasilan makanan mampan.

Lin Chin-Rong, Timbalan Datuk Bandar Kerajaan Bandar Kaohsiung, menyatakan bahawa pengiktirafan ini menonjolkan potensi eksport "Smart Agrinfo" sebagai penyelesaian yang berpotensi boleh dieksport untuk isu-isu kekurangan makanan yang dicetuskan oleh perubahan iklim. Ia turut membawa perhatian global kepada bandar Kaohsiung.

Special Award from the Global Green Growth Institute (GGGI), Deputy Mayor Lin Chin-Rong (Right) accepting the award on behalf.
Special Award from the Global Green Growth Institute (GGGI), Deputy Mayor Lin Chin-Rong (Right) accepting the award on behalf.

Kerajaan Bandar Kaohsiung dengan bangganya mengetengahkan bahawa "Smart Agrinfo" telah mendapat anugerah antarabangsa secara konsisten sejak pelancarannya, seperti Anugerah Aplikasi Inovasi Bandar Pintar 2022, Sebutan Terhormat di Anugerah Rangkuman Peluang Digital Cemerlang Kongres Teknologi Maklumat Dunia (WCIT) serta pengiktirafan sebagai finalis dalam Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kerajaan Digital Gartner 2022.

Pencapaian ini menekankan pertumbuhan berterusan "Smart Agrinfo" dalam kejayaan pembangunan bandar pintar Kaohsiung, diperkukuhkan lagi oleh penghargaan pengguna domestik dan antarabangsa serta perhatian global.

Pada 26 September, delegasi Kerajaan Bandar Kaohsiung turut bertemu dengan Kim Eui Seung, Naib Datuk Bandar Pertama Bandar Seoul serta Jeong-Kee Kim, Pengarah Eksekutif CityNet. Perbincangan tersebut mencakupi penyebaran pencapaian Kaohsiung dalam inisiatif bandar pintar, penggalakan pelawaan untuk penyelesaian yang dihoskan oleh Kerajaan Bandar Kaohsiung dan pertukaran pandangan mengenai pendigitan bandar serta transformasi dwi-paksi ke arah kelestarian, menekankan visi Kaohsiung untuk masa depan digital  yang sifar-bersih.

Source: Institute for Information Industry
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Awards Cision Influencer List - ESG