omniture

Maison Perrier-Jouët dan Mélanie Laurent bersatu untuk masa depan yang diidamkan

Maison Perrier-Jouët
2023-09-28 20:00 2

Pelakon Perancis tersebut merupakan bintang dalam filem pujian kepada alam semula jadi yang menggembirakan daripada Syarikat ini

PARIS, 28 September 2023 /PRNewswire/ -- Maison Perriet-Jouët dengan sukacitanya mengumumkan kerjasamanya dengan pelakon dan pengarah, Mélanie Laurent yang terkenal dengan komitmen beliau yang telah lama wujud terhadap tujuan alam sekitar. Berkongsi wawasan Syarikat ini tentang masa depan yang diidamkan, Mélanie Laurent akan menyertainya dalam inisiatif alam sekitar yang memihak kepada kepelbagaian biologi. Beliau juga merupakan bintang dalam filem kempen Perrier-Jouët yang baharu – pujian kepada alam semula jadi yang menggembirakan yang direka untuk mempesonakan semula dunia – daripada pengarah berbangsa Jepun, Show Yanagisawa, yang akan ditayangkan dalam sebuah pratonton eksklusif seluruh dunia di Tokyo pada bulan Oktober 2023.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:  
https://www.multivu.com/players/English/9206751-maison-perrier-jouet-melanie-laurent-united/

Pertemuan berdasarkan nilai bersama 

Kerjaya Mélanie Laurent selaras dengan dua minat asas Maison Perrier-Jouët: iaitu seni dan alam semula jadi. Daripada filem indie hingga filem blokbuster, beliau telah menghasilkan lebih 50 buah filem – pertama di Perancis, kemudian di peringkat antarabangsa yang bermula pada tahun 2009 dan terkenal dengan watak beliau dalam filem "Inglourious Basterds" arahan Quentin Tarantino. Sejak tahun 2011, beliau juga telah mencapai kejayaan sebagai pengarah di Perancis dan AS. Di samping kerjaya seni beliau, Mélanie Laurent turut terlibat sepenuhnya terhadap tujuan alam sekitar dengan menggunakan platform beliau untuk bersuara dan menyumbang kepada tindakan di lapangan. Beliau telah menghabiskan masa selama dua tahun mengembara ke seluruh dunia untuk menghasilkan dokumentari yang diterbitkan pada tahun 2015 yang berjudul "Tomorrow", di mana beliau merupakan pengarah bersama. Dokumentari tersebut memenangi anugerah César yang berprestij untuk filem dokumentari terbaik dan telah ditayangkan di kedua-dua persidangan COP21 dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Wawasan dunia yang positif 

Dalam usaha alam sekitar beliau, Mélanie Laurent menyerlahkan penyelesaian yang praktikal dan positif yang boleh menyumbang kepada perubahan. Kempen baharu Maison Perrier-Jouët mendapat inspirasi daripada bunga dan peranan pentingnya dalam hubungan dengan ekosistem. Matlamat filem ini adalah untuk menyedarkan kita bahawa - seperti bunga dan semua spesies tumbuhan dan haiwan lain - kita adalah sebahagian daripada alam semula jadi, bukan terasing daripadanya. Syarikat ini menjemput kita untuk menerokai semula kepentingan kerjasama antara spesies untuk mendiami dunia yang kita kongsi dengan lebih baik – saksikan inisiatif yang telah dilakukan sepanjang 10 tahun yang lepas di ladang anggurnya sendiri untuk memperkayakan kepelbagaian biologi. Pada tahun 2021, Syarikat ini telah memulakan sebuah program percubaan vitikultura janaan semula untuk mencuba amalan baharu dan berkongsinya dengan rakan penanam wain.

Seorang Artisan Perubahan 

Mélanie Laurent melihat kerjasama beliau dengan Maison Perrier-Jouët sebagai lanjutan kerjaya beliau yang semula jadi di mana dimensi seni dan alam sekitar berkait rapat. Beliau mengulas: "Saya gembira dapat menyertai Maison Perrier-Jouët dalam menyampaikan wawasan bersama kami terhadap alam semula jadi. Kami mempunyai komitmen dan dorongan yang sama untuk berubah, sambil turut bermatlamat untuk menyampaikan sesuatu yang benar-benar positif kepada generasi akan datang."

Selain membintangi filem yang diarahkan oleh Show Yanagisawa, Mélanie Laurent juga akan terlibat secara aktif sebagai Artisan Perubahan, dalam inisiatif alam sekitar Syarikat ini bagi mempromosikan kepelbagaian biologi.

"Kami berbangga kerana Mélanie Laurent bersetuju untuk bersatu dengan Maison Perrier-Jouët sebagai Artisan Perubahan. Beliau menyertai komuniti artis kami yang membantu menerangi anjakan masyarakat dan menunjuk arah ke hadapan. Tanggungjawab kami adalah untuk melakukan yang terbaik yang kami boleh lakukan pada hari ini, dengan pandangan ke masa depan" kata César Giron, Ketua Pegawai Eksekutif Maison Perrier-Jouët.

Tentang Mélanie Laurent 

Mélanie Laurent ialah seorang pelakon, penulis skrip lakon layar, pengarah dan aktivis alam sekitar berbangsa Perancis.

Sebagai penerima 2 Anugerah César, Mélanie Laurent telah mengukuhkan kedudukan beliau sebagai seorang pelakon dalam industri perfileman. Beliau telah berlakon dalam lebih 50 buah filem. Beliau melakukan kemunculan pertama di Hollywood pada tahun 2009 dengan memegang watak utama sebagai Shosanna Dreyfus dalam filem perang yang menjadi blokbuster, Inglourious Basterds arahan Quentin Tarantino. Sejak itu, beliau telah bekerjasama dengan kumpulan elit pembuat filem bagi filem bebas yang termasuk Mike Mills, Denis Villeneuve, Bille August, Radu Mihaileanu, Angelina Jolie dan Alexandre Aja. Beliau turut berlakon dalam filem blokbuster seperti Now You See Me, 6 Underground arahan Michael Bay dan juga Murder Mystery. Beliau membuat penampilan sulung sebagai pengarah pada tahun 2011 dengan filem Les Adoptés dan diikuti dengan filem Breathe yang mendapat pujian daripada para pengkritik. Arahan pertama beliau dalam filem berbahasa Inggeris ialah Galveston yang dibintangi oleh Elle Fanning dan Ben Foster. Pada tahun 2021, beliau telah menerbitkan Le bal des folles di mana beliau telah mengarah dan berlakon dalam filem tersebut yang membicarakan tentang keadaan wanita di Salpetriere pada abad ke-19. Filem beliau seterusnya ialah "Voleuses" yang akan ditayangkan di Netflix pada bulan November.

Selari dengan kerjaya seni beliau, tidak lama kemudian beliau telah terlibat dalam aktiviti dengan tujuan alam sekitar. Aktiviti pertama dengan Greenpeace, beliau telah menemui tentang pembasmian hutan di Indonesia dan kemudiannya, beliau telah menjadi suara kempen keadilan iklim bersama-sama dengan Kofi Anan.

Turut terlibat dalam pemeliharaan lautan dimana beliau telah menyokong kempen Fishlove dan menyumbangkan suara beliau dalam dokumentari, The End of The Line. Pada tahun 2013, beliau mula menjelajah dunia dengan Cyril Dion untuk mencuba mencari penyelesaian ekologi alternatif. Ia kemudiannya menjadi dokumentari bertajuk Demain yang diterbitkan di seluruh dunia pada tahun 2015, menerima anugerah Cesar dan merupakan dokumentari terbaik, satu sumber inspirasi yang telah ditayangkan di COP 21 dan ONU.

Tentang Maison Perrier-Jouët 

Maison Perrier-Jouët ditubuhkan pada tahun 1811 oleh pasangan yang disatukan melalui cinta mereka terhadap alam semula jadi dan minat terhadap seni. Sejak awal lagi, mereka telah memilih variasi anggur Chardonnay sebagai lambang istimewa Syarikat ini, yang menentukan gaya bunga yang memberi keunikan kepada champagne Perrier-Jouët. Selama lebih dua abad, Maison Perrier-Jouët telah berkembang melalui hubungan rapat dengan alam semulajad, yang dibimbing oleh semangat bebas pengasasnya dan pergerakan Art Nouveau yang penuh semangat. Alam semula jadi kekal sebagai sumber inspirasi utamanya. Bumi ialah sebuah taman bersama di mana Syarikat ini memupuknya ketika ia menghasilkan champagne mereka. Dicetuskan oleh kebebasan kreatif, Maison Perrier-Jouët memupuk wawasan dunia yang menggembirakan dan positif.

Hubungan:

Gaëlle Marcel
gaelle.marcel@pernod-ricard.
com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2221450/Maison_Perrier_Jouet.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1696537/4296610/Maison_Perrier_Jouet_Logo.jpg?p=medium600

Maison Perrier-Jouët and Mélanie Laurent united for a desirable future
Maison Perrier-Jouët and Mélanie Laurent united for a desirable future

 

 

 

Source: Maison Perrier-Jouët
Keywords: Art Beverages Entertainment Environmental Products & Services Film & Motion Picture Broadcast feed announcements Joint ventures