LONDON, 25 Jun 2014 /PRNewswire/ -- adam&eveDDB, agensi UK bagi rangkaian DDB, melabuhkan tirai bagi minggu hebat di Cannes malam tadi dengan meraih anugerah Agensi Terbaik yang sangat diidamkan.
Secara keseluruhannya, agensi tersebut telah menerima 22 anugerah Lions termasuk empat Grand Prix, tujuh Emas, empat Perak serta tujuh Gangsa anugerah Lions menerusi gabungan media dan enam pelanggan – Harvey Nichols, John Lewis, Google, Unilever, Diageo dan juga Volkswagen.
Kempen Perayaan Krismas Harvey Nichols 2013, 'Sorry, I Spent It On Myself', berjaya meraih anugerah Grand Prix menerusi empat kategori: Promosi, Akhbar, Filem serta Titanium & Bersepadu. Ia juga berjaya meraih lima anugerah Emas Lions, antara lainnya.
Dua anugerah Emas turut diberikan kepada kempen Unilever Marmite 'End Marmite Neglect' dalam kategori Akhbar dan kategori Luar.
Sejumlah anugerah lain yang berjaya diraih oleh agensi tersebut merupakan anugerah Lions Gangsa dan Perak yang terdiri daripada pelbagai kategori untuk 'The Bear & The Hare' John Lewis, Smithwick's Squirrel oleh Diageo, 'Teddy Tragedy' dan 'Value' oleh Volkswagen, serta 'Front Row' oleh Google.
James Murphy, Ketua Pegawai Eksekutif dan Rakan Kongsi Pengasas di adam&eveDDB, berkata: "Saya amat gembira apabila melihat agensi British muncul semula di Cannes. Ia menjadi lebih menggembirakan kerana adam&eveDDB menerajui pelbagai kategori dan juga jenama."
Ben Priest, ECD dan Rakan Kongsi Pengasas di adam&eveDDB berkata: "Kami amat teruja dengan kejayaan cemerlang kami pada pesta tahun ini. Bukan sahaja untuk Harvey Nichols, bahkan hasil kerja kami untuk Unilever, Google, John Lewis, Volkswagen serta Diageo. Kami telah memperlihatkan kepada dunia bakat kreatif yang dimiliki oleh agensi gabungan baharu kami ini."
Chuck Brymer, Ketua Pegawai Eksekutif DDB Worldwide, berkata: "Pemilihan sebagai 'Agensi Terbaik' di Pesta Cannes ialah pencapaian yang amat membanggakan dan saya amat berbangga dengan adam&eveDDB. Matlamat kami adalah untuk menjadi agensi paling berpengaruh dalam perniagaan ini dan juga untuk menghasilkan kempen inovatif untuk para pelanggan kami. Kejayaan Harvey Nichols pada tahun ini ialah contoh terbaik hasil usaha kami."
Secara keseluruhannya, DDB Network disenaraikan pada kedudukan ketiga dan merupakan rangkaian paling banyak menerima anugerah di rantau EMEA.
Baru-baru ini, adam&eveDDB juga telah dipilih sebagai Agensi Terbaik menerusi Anugerah British Arrow.
Nota editor
Anugerah Cannes Lions 2014 |
AGENSI TERBAIK |
GRAND PRIX: |
Filem - Harvey Nichols – Sorry I Spent it on Myself |
Akhbar - Harvey Nichols – Sorry I Spent it on Myself |
Bersepadu - Harvey Nichols – Sorry I Spent it on Myself |
Promo & Pengaktifan – Harvey Nichols – Sorry I Spent it on Myself |
EMAS: |
Langsung - Harvey Nichols – Sorry I Spent it on Myself |
Luar - Harvey Nichols – Sorry I Spent it on Myself |
Luar - Harvey Nichols – Sorry I Spent it on Myself |
Promo & Pengaktifan - Harvey Nichols – Sorry I Spent it on Myself |
Promo & Pengaktifan - Harvey Nichols – Sorry I Spent it on Myself |
Luar – Marmite – Neglect – Ketchup, Mayo, Pasta |
Filem – Marmite – Rescue |
PERAK: |
Rekaan – Harvey Nichols – Sorry I Spent it on Myself |
Filem – John Lewis – Bear & Hare |
Filem – Volkswagen – Teddy Tragedy |
Kraf Filem – John Lewis – Bear & Hare |
GANGSA: |
Rekaan – Harvey Nichols – Sorry I Spent it on Myself |
Rekaan – Harvey Nichols – Sorry I Spent it on Myself |
Luar – Google – Front Row |
Promo & Pengaktifan – Google – Front Row |
Kraf Filem – Diageo – Smithwick's Squirrel |
Filem – Volkswagen – Value - Parachute, Rope, Cage |
Bersepadu – John Lewis – Bear & Hare |
Latar Belakang adam&eveDDB
Kami merupakan agensi komunikasi kreatif yang terdiri daripada individu dari seluruh dunia yang terlibat dalam strategi pengiklanan, reka bentuk, digital, media, kandungan serta sosial. Kami mempunyai komitmen dan dedikasi sesuatu syarikat permulaan dan mempunyai sumber dan capaian sesuatu rangkaian. Kami turut bekerjasama dengan para pelanggan seperti Sony, Diageo, Flora, Foster's, Google, Marmite, Halifax, John Lewis, Volkswagen, Financial Times, Harvey Nichols dan juga Save the Children.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut:
Jemima Bokaie, Pengarah Baharu Perniagaan: jemima.bokaie@adamandeveddb.com / +07730-319-515