omniture

CGTN: Gala Festival Pertengahan Musim Luruh 2023 CMG: Ikatan kekeluargaan bersinar di bawah bulan purnama

CGTN
2023-10-03 15:50 72

BEIJING, 3 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pada 29 September, dengan ketibaan Festival Pertengahan Musim Luruh, China Media Group (CMG) menganjurkan Gala Pertengahan Musim Luruh yang menghimpunkan masyarakat Cina dari seluruh dunia untuk meraikan dan memberi penghormatan kepada bulan, memupuk semangat perpaduan semasa musim perayaan ini.

Gala tersebut membawakan pelbagai program lunak dan menggembirakan hati, menyerikan suasana dengan rangkulan kekeluargaan yang mesra. Dengan mempersembahkan perspektif orang biasa, acara tersebut memberikan gambaran yang terdekat dengan kehidupan harian khalayak.

Program "Time of Childhood" menggambarkan pengalaman zaman kanak-kanak yang ringkas dan menggembirakan, menonjolkan keindahan dalam kesederhanaannya.

Sementara itu, program "Father" meninjau ikatan sejagat kasih sayang mendalam yang dikongsi oleh ibu bapa di seluruh dunia bersama anak-anak mereka.

Tahun ini, warganet diundang untuk berkongsi foto bersama bapa mereka dan menandainya dengan tanda pagar "Bring my Dad to CMG's 2023 Mid-Autumn Festival Gala" ("Bawa Bapa Saya ke Gala Festival Pertengahan Musim Luruh 2023 CMG"). Foto-foto ini akan berpeluang untuk muncul pada skrin pentas.

Sejak pewujudannya, inisiatif ini mendapat hampir 10 juta tontonan. Ramai warganet berkongsi foto yang menggembirakan dengan penuh semangat, meluahkan emosi mendalam dan kasih sayang mereka untuk bapa mereka.

Unsur-unsur budaya diterapkan dalam gala

Gala pada tahun ini berkisarkan kepada lima unsur kesusasteraan, yang mengandungi sajak, wain, bulan, air dan buluh, kesemuanya merupakan bentuk paling biasa dalam imejan budaya yang ditemui dalam sajak Cina purba.

Dalam sejarah Cina purba, sajak mendapat penghormatan kesusasteraan yang tertinggi. Selain bahasa yang ringkas lagi padat dan irama melodi, imejan, yang dikenali sebagai yixiang, berfungsi sebagai alat penting dan artistik untuk menyampaikan emosi yang rumit.

Daripada meluahkan perasaan mereka secara langsung, kebanyakan penyajak kuno menggabungjalinkan emosi yang terpendam dan erti mendalam kepada objek yang nyata serta suasana yang objektif dengan mahir melalui pemantauan artistik dan perspektif kesusasteraan tradisional.

Sebagai contoh, wain dalam budaya Cina sering melambangkan perhimpunan, perayaan dan minum ucap selamat. Ia bukan hanya sekadar minuman, menjelmakan perbuatan menjalin hubungan dan bergembira bersama rakan taulan dan keluarga.

Sementara itu, bulan berperanan sebagai motif berulang dalam kesusasteraan dan budaya Cina, menjelmakan tanggapan seperti pertemuan semula, perubahan dan peredaran zaman serta nostalgia.

Dalam Dinasti Tang (618-907), penyajak terkenal Zhang Jiuling menulis bait-bait umpama, "Tatkala bulan terang menyinari samudera, dari kejauhan kau berkongsi saat ini bersamaku." Baris-baris ini menggambarkan kerinduan mendalam yang dirasai penyajak.

Gala tersebut mempersembahkan program-program yang mengetengahkan lima simbol budaya berkekalan yang berakar umbi dalam sejarah Cina, lantas memberi gambaran sekilas tentang tamadun purba sepanjang Sungai Yangtze.

Sebuah lagu, "Asking the moon with a wine cup in hand" ("Bertanyakan bulan dengan secangkir wain di tangan") menggambarkan budaya wain dalam sejarah Cina. Sebuah lagi lagu, "Bright Light" ("Cahaya Terang") memasukkan lirik daripada sasterawan terkenal Su Shi daripada Dinasti Song Utara (960-1127), menyampaikan tema yang bertumpukan pada kebingkasan dan semangat masyarakat Cina yang tidak mungkin luntur.

Erti simbolik kasih sayang dan pertemuan semula

Gala tersebut berlangsung di Bandar Yibin, Wilayah Sichuan, barat daya China. Pentas utama didirikan di Taman Sungai Yangtze, titik di mana Sungai Jinsha dan Sungai Minjiang bertemu bagi membentuk Sungai Yangtze yang besar.

Bandar Yibin, terkenal sebagai "Bandar Pertama di Sungai Yangtze," memiliki kekayaan sejarah pembinaan bandar yang menjangkau lebih 2,200 tahun, warisan penanaman teh berusia lebih daripada 3,000 tahun dan tradisi membru yang menjangkau lebih 4,000 tahun yang lalu.

"Yibin ialah kampung halaman nenek moyang saya. Walaupun ini merupakan kali pertama saya di Lizhuang, saya dapat merasakan perasaan akrab yang kuat," Qin Hao, seorang penghibur di gala tersebut.

"Dalam budaya Cina, imej-imej tertentu membawa kepentingan sejagat. Simbol-simbol seperti bulan amat berkait rapat dengan masyarakat Cina merentas generasi," kata beliau.

Festival Pertengahan Musim Luruh ini mempunyai tempat yang istimewa di hati masyarakat Cina. Sepanjang sejarah, festival ini dikaitkan dengan mitologi, cerita rakyat dan sajak Cina, memperkayakan kepentingan budayanya.

Festival ini bukan sekadar tentang meraikan bulan; ia juga merupakan detik apabila insan meluahkan emosi mereka yang paling mendalam kepada insan tersayang. Ia merupakan saat untuk berkasih sayang, bersyukur dan menghargai ikatan kekeluargaan yang berkekalan.

https://news.cgtn.com/news/2023-09-29/CMG-2023-Mid-Autumn-Festival-Gala-Family-bonds-shine-under-full-moon-1nuIYjtQRGM/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service