omniture

Lebih 50 inovasi pembuatan termaju akan dilancarkan di Transformasi Industri ASIA-PASIFIK 2023

Constellar
2023-10-10 18:28 102

Diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura En. Heng Swee Keat,
ITAP 2023 akan menghimpunkan lebih 18,000 pemimpin Industri 4.0 global, penyedia penyelesaian dan delegasi mulai 18-20 Oktober di Singapore EXPO  

SINGAPURA, 10 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Edisi keenam bagi Transformasi Industri ASIA-PASIFIK (ITAP) akan menjadi landas pelancaran untuk lebih 50 produk dan penyelesaian yang baharu dalam pasaran dan baharu di rantau ini yang bersedia untuk mengubah sektor pembuatan termaju rantau ini.

Dianjurkan oleh Constellar bersama rakan kongsi antarabangsa Deutsche Messe, ITAP 2023 akan memfokuskan pada tiga dimensi utama: Kelestarian, Mengoptimumkan Kecekapan Pembuatan dan Ketahanan Rantaian Bekalan; menghimpunkan lebih 300 peserta pameran, 100 penceramah dan 18,000 delegasi, pengunjung perdagangan dan hadirin mulai 18 – 20 Oktober di Singapore EXPO.

Tetamu Kehormat En. Heng Swee Keat, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras untuk Dasar Ekonomi akan melancarkan acara tersebut di upacara pembukaannya pada 18 Oktober.

"Gangguan terkini telah memberi dorongan yang lebih besar untuk pengeluar dan perniagaan dalam rantaian bekalan global menerima pakai inovasi teknologi baharu dan penyelesaian mampan agar kekal kompetitif. Sebagai pasaran utama wilayah ini untuk menghubungkan perniagaan, idea dan rangkaian dalam sektor pembuatan termaju, ITAP 2023 terus menjadi platform pilihan untuk penggiat-penggiat industri bagi menemui inovasi Industri 4.0 dan mendapat pemahaman tentang bagaimana teknologi baru muncul seperti AI dan kembar digital menyumbang kepada kadar transformasi industri yang dipercepatkan yang dialami dalam banyak sektor pada hari ini," kata Paul Lee, Ketua Eksekutif (Pasaran) di Constellar.

Sorotan produk utama akan dipamerkan di pentas I4.0 Tech Capsule di tingkat pameran ITAP 2023 termasuk grid arus terus oleh LAPP Asia Pacific untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan penjimatan kos bagi penyelesaian industri 4.0, platform pengumpulan dan analitis data yang disatukan oleh Litmus Automation untuk memahami data industri serta Profet AI yang memperkasa organisasi-organisasi untuk melaksanakan penyelesaian AI dengan cekap yang dapat memenuhi keperluan pengeluaran harian dan perniagaan.

Berkeluasan 20,000 meter persegi merentas dua dewan, pameran tersebut akan turut menampilkan inovasi buatan Singapura seperti Penyelesaian Ops-analitis berkuasa-IoT pasang-dan-pakai baharu oleh Auk Industries, platform AR berkuasa-AI oleh Clemvision yang menggabungkan visi mesin dengan ketangkasan manusia, serta stesen pungutan dwi-unit berkuasa-robot mudah alih yang pertama dalam industri.

"Sejak lima tahun yang lalu, ITAP memainkan peranan yang penting dalam menghimpunkan pengeluar-pengeluar dari rantau Asia-Pasifik untuk berhubung dengan permainan peneraju teknologi global bagi memenuhi keperluan industri yang berubah-ubah. Saya yakin bahawa edisi ITAP pada tahun ini akan terus menjadi platform yang kritikal bagi memupuk kolaborasi antarabangsa, memangkinkan inovasi rentas sempadan dan memajukan selanjutnya keupayaan pembuatan demi masa depan yang lebih baik, lebih cerah," kata Dr. Jochen Köckler, Ketua Eksekutif, Deutsche Messe.

Sorotan Acara

Peneraju industri global, pembuat keputusan dan penggiat utama dalam ekosistem perniagaan rantau ini akan menyertai program persidangan tiga hari yang tangkas di ITAP 2023, dengan sorotan seperti Forum Transformasi Industri, Sidang Kemuncak CXO Masa Depan Pembuatan (FOM) berdasarkan jemputan sahaja dan Pentas Inovasi Industri.

Para penceramah pakar di ITAP pada tahun ini termasuk Presiden Boeing Asia Tenggara Alex Feldman, Ketua Pegawai Teknologi Global Pembuatan Pintar, Pengkomputeran Pinggir dan Kembar Digital di DELL Technologies Todd Edmunds, Pengarah Urusan & Pengasas Bersama Semodia GmBH Anna Menschner, Ketua Perusahaan ASEAN di Amazon Web Services Vikram Rao, Pengarah Kanan Jualan Automasi Kilang Asia-Pasifik Siemens Digital Industries Sascha Maennl dan Pengurus Besar Perniagaan Teknologi Logistik Cainiao Candice Yuan.

Di tingkat pameran, para delegasi dan pengunjung perdagangan boleh meneroka teknologi canggih dan belajar daripada kes penggunaan di zon pengalaman interaktif serta menyertai lawatan luar tapak ke pusat inovasi terkemuka dan kilang canggih di Singapura. Penaja Pengasas ITAP 2023 Siemens akan turut mempamerkan penyelesaian seperti platform perniagaan digital terbuka Siemens Xcelarator dengan portfolio produk, perkhidmatan dan penyelesaian dipilih atur, serta Industrial Operations X, yang membantu mempercepatkan kejuruteraan, pelaksanaan dan pengoptimuman operasi industri.

Siemens akan turut memaparkan bagaimana ia mengaplikasikan automasi industri dan penyelesaian pendigitalisan kepada ladang vertikal daripada syarikat pemula tempatan Artisan Green, meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti ladang itu. Di samping itu, pengunjung ke reruai Siemens di ITAP 2023 dapat bertemu para pemenang daripada pertandingan "This is Industrial Edge" Siemens, yang akan mempamerkan penyelesaian yang sama ada dapat meningkatkan proses pembuatan dan/atau kelestarian, menggunakan produk Industrial Edge.

"Sebagai sebuah persidangan yang dibangunkan dan diatur untuk membantu syarikat-syarikat memulakan, meningkatkan dan mengekalkan penerimaan proses dan penyelesaian Industri 4.0 mereka, ITAP merupakan platform yang sempurna untuk Siemens menunjukkan bagaimana kami menggabungkan dunia sebenar dan digital bagi membantu pelanggan kami menjadi lebih kompetitif, bingkas dan mampan," kata Isabel Chong, Ketua Industri Digital Siemens ASEAN.

ITAP juga teruja untuk mengalu-alukan peneraju semikonduktor global Analog Devices sebagai Penaja Platinum di acara itu buat julung kalinya. "Sebagai acara utama yang menghimpunkan pengusaha dan pihak berkepentingan yang terkemuka dalam rantaian nilai pembuatan, ITAP merupakan platform pilihan untuk Analog Devices mempamerkan inovasi dan keupayaan pembuatan kami yang dapat mencipta nilai jangka panjang untuk pelanggan kami," kata Jerry Fan, Naib Presiden Kanan, Presiden Asia Pasifik untuk Analog Devices.

Sekiranya anda ingin menghadiri ITAP 2023, klik di sini untuk mendaftar.

Untuk menyemak topik-topik penting dan para penceramah di ITAP pada tahun ini, klik di sini.

Aset Media boleh dimuat turun di sini.

Source: Constellar
Keywords: Computer/Electronics Transportation Trade show news Future Events General Manufacturing Supply Chain/Logistics