DUBAI, UAE, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Di Forum Jalur Lebar Mudah Alih Global (MBBF) 2023, Yang Chaobin, Ahli Lembaga dan Presiden Produk & Penyelesaian UCT Huawei, melancarkan LampSite X, penyelesaian produk digital dalaman 5G generasi seterusnya yang bertujuan untuk membantu operator membuka ruang perniagaan baharu dan beralih ke arah kecerdasan digital.
Yang menyatakan: "LampSite X membawakan keupayaan 5.5G tiada tandingan dalam kawasan tertutup buat julung kalinya untuk menaik taraf pendigitalan dalaman secara komprehensif: Membawakan reka bentuk paling nipis, penempatan paling mudah dan penggunaan tenaga paling rendah, penyelesaian ini dapat mencapai pengalaman 10 Gbps dan menawarkan pelbagai keupayaan, memenuhi kehendak pengguna untuk pengalaman dalaman yang lebih premium dan merealisasikan produktiviti digital yang lebih berkuasa merentas pelbagai industri.
5G yang berkembang pantas memacu pertumbuhan pesat trafik mudah alih, 80% daripadanya terhasil dalam kawasan tertutup. Dalam senario dalaman berketumpatan tinggi yang melibatkan trafik pelanggan yang ramai, seperti pusat membeli belah, lapangan terbang, stesen kereta api dan stadium, ketumpatan trafik di kawasan tumpuan adalah lebih 100 kali ganda berbanding purata ketumpatan trafik. Senario berkenaan memerlukan keupayaan dalaman digital yang dinaik taraf. Di samping itu, ketika menuju digital, industri-industri memerlukan rangkaian untuk menyediakan keupayaan yang baharu dan lebih kukuh seperti penentududukan dengan kejituan tinggi dan paut naik ultra-tinggi bagi menyokong pembuatan, penggudangan serta logistik pintar.
Pendigitalan Dalaman Menjadi Konsensus Seluruh Industri
Pendigitalan dalaman telahpun menjadi salah satu keupayaan teras yang memerlukan penambahbaikan dalam era 5G dan 5.5G. Pendigitalan dalaman menghadapi beberapa cabaran: Pertama, tatkala semua jalur berkembang kepada 5G, ia perlu diintegrasikan dan diselaraskan bagi mencapai reka bentuk dan penempatan yang dipermudah; kedua, memandangkan trafik dalaman diagihkan secara tidak sekata sepanjang hari, penjimatan tenaga dinamik berasaskan beban trafik diperlukan untuk membantu operator mengurangkan kos tenaga; ketiga, dengan industri-industri yang menuju digital, lebih banyak keupayaan perlu dibangunkan bagi memenuhi keperluan lebih banyak senario.
LampSite X Menetapkan Penanda Aras Baharu untuk Pendigitalan Dalaman
LampSite X dapat memenuhi pelbagai keperluan pendigitalan dalaman. Siri produk ini boleh menjadi sekecil 1 L dari segi isipadu dan 1 kg dari segi berat, yang merupakan yang terkecil dan paling ringan dalam industri ini, lantas membolehkan penempatan yang fleksibel dan mudah dalam sebarang senario. Biarpun dengan saiznya yang kecil, kotak LampSite X memiliki kuasa yang besar. Sebuah kotak dapat menyokong semua jalur, semua teknologi akses radio (RAT) dan semua jalur lebar dan membolehkan rangkaian mencapai prestasi ultra-tinggi, keupayaan amat pelbagai dan penggunaan tenaga yang sangat rendah.
LampSite X merupakan satu-satunya produk dalam industri ini yang menggabungkan mmWave dan sub-6 GHz untuk mencapai daya pemprosesan puncak melebihi 10 Gbps, serta yang pertama membawakan 5.5G 10 Gbps dalam kawasan tertutup. Produk ini menggunakan teknologi MIMO Besar-Besaran Teragih Huawei yang unik bagi mencapai pengalaman pengguna tunggal 10 Gbps di mana-mana sahaja dan menyediakan pengalaman berbilang pengguna 10 Gbps untuk semua orang.
Bagi memenuhi keperluan sambungan yang berkesan dalam pelbagai industri, LampSite X menyediakan pelbagai jenis keupayaan, termasuk paut naik ultra-tinggi 10 Gbps, penentududukan berkejituan tinggi untuk sehingga peringkat sub-meter, kependaman rendah untuk sehingga milisaat dan IoT. Ia menggunakan penyelesaian "0 Bit 0 Watt" Huawei yang unik bagi mencapai pelarasan kuasa berasaskan perkhidmatan, kedormanan super semasa waktu luar puncak dengan penggunaan kuasa kurang daripada 1 W dan bangkit atas permintaan hanya dalam beberapa saat. Penjimatan tenaga dinamik sepanjang masa ini dapat memaksimumkan kecekapan tenaga.
LampSite X Memperluaskan Aplikasi Pengguna dan Industri
LampSite X menaik taraf secara komprehensif keupayaan dalaman digital untuk menyediakan aplikasi 5.5G semua-senario kepada pengguna dan menghubungkan lebih banyak senario dalam lebih banyak industri.
Dalam senario toC, keupayaan baharu LampSite X akan membawakan pengalaman pengguna dan model perniagaan yang dinaik taraf. Sebagai contoh, di daerah perniagaan 10 Gbps Hong Kong, disokong oleh Hong Kong Telecom, keupayaan ini meningkatkan trafik sebanyak lebih daripada 20% dan membawakan model-model perniagaan toB dan toC baharu yang mendorong operator untuk beralih daripada menyediakan keupayaan rangkaian kepada menyediakan perkhidmatan tertumpu.
Dalam senario toB, keupayaan dalaman digital berbilang dimensi LampSite X akan membawakan kecekapan yang lebih tinggi untuk menghubungkan kilang secara sepenuhnya. Sebagai contoh, di kilang-kilang pintar Midea, keupayaan ini meningkatkan kecekapan banyak proses, mencakupi pengeluaran, pemeriksaan kualiti, logistik dan penggudangan, sehingga ke tahap produk boleh dikeluarkan hanya dalam masa tujuh saat, seraya mengurangkan masa pengeluaran sebanyak separuh.
Yang menyimpulkan dengan menyatakan bahawa "LampSite X membuka banyak peluang digital baharu kepada kita. Kita harus merebut peluang ini untuk melangkaui sekadar aktiviti luar dan menaik taraf pendigitalan dalaman bagi menyokong operator tatkala mereka berusaha untuk membangunkan pelbagai aplikasi perniagaan dan mengorak langkah menuju era digital baharu."
Forum Jalur Lebar Mudah Alih Global 2023 yang bertemakan "Menjadikan 5.5G Suatu Kenyataan" dianjurkan oleh Huawei, bersama-sama rakan-rakan kongsi industrinya GSMA, GTI dan SAMENA. Diadakan pada 10 dan 11 Oktober di Dubai, UAE, forum tahunan ini menghimpunkan pembawa rangkaian mudah alih, peneraju industri vertikal dan rakan kongsi ekosistem dari seluruh dunia untuk meneroka kejayaan pengkomersialan 5G dan mempercepatkan penggunaan komersial 5.5G. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.huawei.com/en/events/mbbf2023.