omniture

CGTN: Bagaimana China menambah 'hijau' kepada pembangunan, membawa manfaat kepada orang ramai melalui kemajuan ekologi

CGTN
2023-10-16 14:47 31

BEIJING, 16 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, teh hijau organik yang berkualiti tinggi dari Daerah Wuyuan, Wilayah Jiangxi timur China, telah dijual kepada lebih daripada 60 negara dan wilayah, manakala eksport teh organik telah menyumbang sebanyak lebih daripada 50 peratus pasaran EU selama 25 tahun berturut-turut.

Dengan kadar litupan hutan mencapai 82.6 peratus, Wuyuan memiliki persekitaran ekologi yang indah dan dianggap sebagai "bar oksigen semula jadi". Persekitaran ekologi yang baik itu membolehkan teh daerah ini memecah halangan untuk menembusi pasaran hijau Eropah dan berkembang ke peringkat global.

"Kita perlu mengutamakan kemajuan eko-alam sekitar, mengejar pembangunan hijau dan memajukan perlindungan persekitaran ekologi serta pembangunan ekonomi dan sosial dengan cara yang diselaraskan," kata Presiden Cina Xi Jinping, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, di simposium yang dipengerusikan oleh beliau untuk memajukan pembangunan Jalur Ekonomi Sungai Yangtze pada hari Khamis di Bandar Nanchang, Wilayah Jiangxi, timur China.

Mengutamakan kemajuan eko-alam sekitar

"Perairan jernih dan gunung-ganang menghijau merupakan aset-aset tidak ternilai." Konsep teras dalam usaha China untuk mengejar kemajuan ekologi ini bukan sahaja membawa kepada peningkatan yang dramatik dari segi persekitaran negara, tetapi juga menghasilkan dorongan pertumbuhan baharu untuk ekonomi kedua terbesar di dunia ini.

Menurut Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Negara, kawasan hutan dan stok hutan China terus berkembang, dengan kadar litupan hutan negara semakin meningkat kepada 24.02 peratus manakala kawasan hutan buatan yang dipelihara mencapai 1.314 bilion mu, menduduki kedudukan pertama di dunia.

Sepanjang dekad yang lalu, intensiti tenaga negara ini telah dikurangkan sebanyak 26.4 peratus. China telah menjadi salah sebuah negara dengan pengurangan intensiti tenaga yang terpantas di dunia.

Sementara itu, China menyumbang kira-kira 48 peratus daripada jumlah kapasiti tenaga boleh baharu yang baharu di dunia pada tahun 2022, menurut laporan yang dikeluarkan oleh International Renewable Energy Agency (IRENA).

China komited untuk mencari keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan perlindungan alam sekitar bagi mencapai pembangunan mampan, kata Francesco La Camera, ketua pengarah IRENA, kepada China Media Group.

Semasa pertemuan pada hari Khamis, Xi menegaskan usaha untuk terus mengukuhkan pengurusan persekitaran ekologi yang komprehensif, meningkatkan kawalan pencemaran di kawasan-kawasan penting, menyelaraskan sumber air, alam sekitar dan ekologi, menggalakkan pencegahan dan kawalan pencemaran udara dan tanah dengan kukuh bagi mengurangkan jumlah keseluruhan emisi bahan pencemar dari peringkat awal.

Mengejar pembangunan hijau

Mengubah kelebihan ekologi dan keindahan alam semula jadi menjadi dorongan untuk mencapai pembangunan hijau, China giat membangunkan pelancongan desa hijau untuk menambah lebih banyak elemen "hijau" kepada kemajuan ekologinya.

Walaupun dengan lokasinya yang terpencil, Perbandaran Zhongyuan yang dilitupi hutan di lereng bukit Jiangxi telah menarik ramai pengunjung dari seluruh negara ini pada musim panas.

Terletak di daerah pedalaman Gunung Jiuling dengan kadar litupan hutan mencapai hampir 90 peratus, Zhongyuan lebih sejuk pada musim panas, lalu menjadikannya lokasi ideal untuk membangunkan "ekonomi musim panas."

Data menunjukkan bahawa terdapat 721 inap desa berdaftar di pusat peranginan musim panas Zhongyuan, mengalu-alukan kira-kira 30,000 pelancong pada setiap musim panas. Lebih 640 keluarga di Zhongyuan memulakan perniagaan hiburan pertanian, menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 2,000 orang.

Selain daripada pelancongan, China sedang memajukan transformasi hijau industrinya. Sebagai contoh, kuasa elektrik bersih dijana dengan menegakkan panel fotovolta solar di atas permukaan air, yang mana suhu air adalah lebih rendah daripada perairan terbuka, yang kondusif untuk penternakan ikan memandangkan kandungan oksigen di dalam air adalah lebih tinggi.

Menurut Majlis Elektrik China, mulai tahun 2006 hingga 2022, industri kuasa China telah mengurangkan emisi karbon dioksida kira-kira sebanyak 24.73 bilion tan.

Menegaskan kepentingan transformasi hijau industri dan penaiktarafan, Xi menggesa usaha untuk mempercepatkan pengembangan industri-industri hijau dan rendah-karbon, membangunkan teknologi dan produk hijau serta meningkatkan potensi dan stamina pembangunan.

https://news.cgtn.com/news/2023-10-12/How-China-adds-green-to-development-through-ecological-progress-1nQzwHv4XWo/index. html

Source: CGTN
Keywords: Agriculture Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Utilities Conservation/Recycling