SINGAPURA, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Agridence Pte Ltd ("Agridence"), dengan bangganya mengumumkan satu pencapaian penting untuk menerajui transformasi digital bagi infrastruktur digital disatukan yang akan mengintegrasikan Sistem Pensijilan, Perdagangan dan Kebolehkesanan (CTTS) sebagai sistem hujung-ke-hujung yang diperkemas untuk Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (The Roundtable on Sustainable Palm Oil, "RSPO") dan pihak-pihak berkepentingannya. Anugerah ini menandakan satu pencapaian penting untuk Agridence dan pengiktirafan atas inovasi dan kecemerlangannya dalam membangunkan penyelesaian untuk perolehan lestari dengan jayanya merentas pelbagai komoditi tani.
Pengerusi Agridence, Ian Potter, meluahkan rasa gembira beliau: "RSPO telah menjadi pelaku utama dalam dorongan untuk menjadikan Minyak Sawit lebih lestari dan akan menjadi rakan kongsi yang hebat. Dengan keperluan yang akan berlaku untuk rantaian bekalan boleh dikesan yang bermula dengan EUDR, pendigitalisan penting untuk semua operator dalam bidang ini. Kami berasa gembira dengan peluang untuk menjadi sebahagian daripada proses yang penting ini dan berbesar hati kerana pasukan dan teknologi kami telah diiktiraf dengan cara ini. Projek ini dibangunkan berdasarkan kemajuan kami dengan Getah boleh dikesan dan kami berharap dapat mendemonstrasikan pengalaman komoditi tani dan kecemerlangan produk kami dalam membangunkan aplikasi kebolehkesanan komoditi lunak untuk Sawit."
Cabaran yang dihadapi untuk minyak sawit dan getah asli adalah sangat serupa ekoran landskap penanaman yang dikongsi bersama dan struktur pasarannya. Menerusi pemahaman yang diperoleh dengan menangani cabaran yang serupa, Agridence ditugaskan untuk menerajui konsortium tiga pihak firma-firma Teknologi Pertanian global untuk transformasi digital RSPO, menggabungkan minda terbaik dalam bidang teknologi dan kelestarian yang akan menyampaikan perubahan langkah yang tiada tandingan dari segi kecekapan, keandalan dan kemajuan teknologi kepada CTTS ditempah khas ini, disesuaikan untuk memenuhi keperluan tertentu untuk pihak berkepentingan minyak sawit lestari.
Gerald Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Agridence, mengisytiharkan: "Ini merupakan satu pencapaian unik yang penting dalam pelbagai aspek. Ia memperlihatkan keupayaan kami untuk berkolaborasi dan mensinergikan sumber kami dengan pakar-pakar domain serta para penginovasi untuk membangunkan sistem yang disatukan dan dioptimumkan untuk industri minyak sawit lestari. Pelanjutan ke dalam minyak sawit ini menegaskan pengiktirafan dan kepercayaan terhadap Agridence, rekod prestasi terbukti kami dalam getah asli yang telah menyampaikan platform dagangan B2B yang mantap dan selamat, papan pemuka kelestarian bersepadu dan alat-alat kebolehkesanan. Tatkala kami memulakan usaha niaga yang menarik ini, Agridence tetap komited untuk memacu inovasi, mendorong kolaborasi dan menyampaikan nilai yang tiada tandingan kepada pelanggan kami ke arah masa depan yang lestari."
Ketua Pegawai Strategi dan Transformasi Digital untuk RSPO, Cik Nikki Gee berkongsi, "Keputusan untuk melantik Agridence sebagai peneraju untuk mengurus dan menyelenggara sistem RSPO didorong oleh kombinasi antara penyelesaian yang terbaik dalam kelas yang akan dapat memenuhi kehendak semasa dan menjangkakan keperluan masa depan sebuah sektor yang berkembang pantas selaras dengan peraturan global yang semakin ketat. Kami yakin Agridence akan menyampaikan pengalaman yang lancar untuk RSPO dan Ahli-ahli kami."
Projek transformasi digital dijangka akan memberi impak yang meluas, bukan sahaja dalam sektor minyak sawit, tetapi juga dalam menetapkan duluan untuk industri-industri lain yang berusaha untuk meningkatkan kelestarian dan memenuhi keperluan kawal selia.
Agridence akan hadir di Persidangan Meja Bulat Tahunan RSPO (RT2023) di Jakarta mulai 20 hingga 22 November, yang mana mereka akan mengambil bahagian dalam panel - The Future of Certification, Trade and Traceability in the Next 20 (Masa Depan Pensijilan, Perdagangan dan Kebolehkesanan dalam 20 Seterusnya) - yang akan menumpukan perhatian pada pelancaran projek dan implikasinya terhadap industri minyak sawit lestari pada masa akan datang.
- Tamat -
Latar Belakang Agridence Pte Ltd :
Ditubuhkan dan berpangkalan di Singapura, Agridence membawakan kepada anda masa depan perdagangan komoditi. Kami berada di barisan hadapan dalam mendigitalkan rantaian bekalan komoditi tani di seluruh dunia untuk mewujudkan ekosistem diperkayakan oleh data dan dikuasakan teknologi. Transformasi digital ini mengupayakan analisis yang lebih mendalam terhadap rantaian bekalan untuk mendedahkan risiko alam sekitar, sosial dan kewangan yang membolehkan intervensi bersasar.
Di Agridence, kami menggunakan teknologi untuk mengupayakan ketelusan data dan memperkukuh kepercayaan. Kami menyediakan kecerdasan dan pandangan industri untuk memperkasa pelanggan kami bagi membuat keputusan yang lebih bijak. Kami berusaha mengenal pasti isu-isu dan menyampaikan penyelesaian yang akan mentakrifkan semula bagaimana komoditi dikeluarkan dan diperdagangkan.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.rubber.agridence.com
Hubungan Media: info@agridence.com
LinkedIn: www.linkedin.com/company/agridence/