omniture

CGTN: Dengan Jalur dan Jalan mencapai 10 tahun, masa yang tepat untuk China dan Eropah berbincang di tengah-tengah ketidaktentuan

CGTN
2023-10-18 12:51 66

BEIJING, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Serbia ialah salah sebuah negara yang mendapat manfaat daripada Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), dengan kilang keluli berusia berabad-abad di bandar timur laut Smederevo menjadi contoh utama. Ditubuhkan pada tahun 1913, Smederevo Steel Mill pernah menyumbang 40 peratus daripada hasil bandar tersebut pada kemuncaknya dan dikenali sebagai "kebanggaan Serbia."

Kemudian, ekoran persaingan pasaran yang semakin sengit dan operasi yang lemah, kilang keluli itu mula mengalami kerugian tahun demi tahun dan berada di ambang muflis. Kerajaan Serbia memulakan beberapa pusingan tender antarabangsa, yang kesemuanya gagal. Pada tahun 2016, lebih 5,000 pekerja menghadapi ketidakpastian. Namun begitu, kemudian Hebei Iron and Steel Group China campur tangan untuk menubuhkan HBIS Serbia Steel dan memperkenalkan pengurusan dan teknologi termaju, menukar kilang keluli itu menjadi sebuah perusahaan global dengan fokus pada pelanggan dan rantaian bekalan. Syarikat tersebut bersepadu dengan aktif dalam "Jalur dan Jalan" serta proses globalisasi ekonomi, mengukuhkan kedudukannya dengan pantas sebagai perusahaan keluli yang amat kompetitif di Eropah dan contoh utama kolaborasi perindustrian antarabangsa.

Kerjasama BRI antara China dan Eropah

Pemulihan kilang keluli berusia berabad-abad itu merupakan lambang faedah yang dibawakan oleh BRI ke Eropah. Dua puluh enam negara Eropah telah menandatangani dokumen BRI bersama China. Di bawah kerjasama BRI mereka, import China dari EU meningkat sebanyak 63.7 peratus antara tahun 2016 dan 2021. Importnya dari negara-negara Eropah Tengah dan Timur melonjak 127.3 peratus dalam tempoh yang sama. China Railway Express yang menghubungkan beberapa bandar Eurasia yang terletak berhampiran pantai timur China hingga ke pantai Lautan Atlantik, menjadi semakin sibuk. Pada tahun lalu, 16,000 kereta api merentasi laluan antara China dan Eropah, perbandingan yang jelas berbeza dengan 80 sahaja semasa perasmian CR Express lebih sedekad yang lalu.

Cabaran baharu

Berbanding dengan beberapa tahun pertama inisiatif itu, situasi antara China dan Eropah adalah jauh berbeza. Hubungan dua hala mereka memerlukan sedikit penyesuaian bagi menangani ketidaktentuan dan cabaran serta peningkatan penetapan minda untuk menggantikan penetapan minda campur tolak pada waktu yang salah. Diplomat kanan Cina Wang Yi, semasa berucap di Dialog Strategik Peringkat-tinggi China-EU ke-12 yang diadakan di Beijing minggu lalu, berkata China dan EU merupakan rakan kongsi, bukan pesaing dan mereka mempunyai lebih banyak persefahaman bersama berbanding perbezaan. Naib Presiden Suruhanjaya Eropah Josep Borrell berkata bahawa, walaupun dengan sistem politik dan ekonomi mereka yang berbeza, EU dan China berkongsi minat yang sama dalam meneruskan hubungan yang membina dan stabil.

Sementara itu, BRI turut memasuki tahap baharu. Pada fasa permulaan, kedua-dua kontraktor persendirian dan milik negara menjadi peneraju dalam membina infrastruktur asas. Projek-projek berkenaan membantu memupuk muhibah politik dan memberi tenaga kepada rakan kongsi perniagaan tempatan. Hasil daripada usaha mereka, syarikat-syarikat swasta Cina kini berasa lebih selesa menjalankan perniagaan di negara-negara rakan kongsi BRI. China menggalakkan perusahaan swasta untuk memainkan peranan yang lebih aktif dan mengambil bahagian dalam projek-projek yang dilabelkan sebagai "kecil dan cantik" yang merujuk kepada projek-projek lebih kecil yang berkaitan secara langsung untuk meningkatkan mata pencarian tempatan. Kegemaran pelaburan baharu termasuk perniagaan dalam sektor-sektor seperti tenaga baharu, penjagaan kesihatan, komunikasi mudah alih dan e-dagang.

Memerlukan lebih banyak dialog

Sejak pelancaran BRI, rakan-rakan kongsi globalnya telah berusaha untuk mencari rangka kerja yang lebih bersifat teori dan susunan institusi bagi menjadikan program kerjasama global mampan. Presiden Cina Xi Jinping mengemukakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Sekuriti Global dan Inisiatif Tamadun Global. Inisiatif-insiatif global ini diiktiraf secara meluas oleh komuniti antarabangsa dan telah memberi sumbangan bersejarah kepada tadbir urus hak asasi manusia global berhubung isu-isu tertentu yang berkaitan dengan sekuriti, pembangunan dan kepelbagaian budaya.

Berlatarbelakangkan semua hal ini, inilah masa yang tepat untuk China dan Eropah mengadakan lebih banyak dialog mengenai isu-isu strategik yang utama dan CGTN menganjurkan sebuah forum TV di luar Pesta Buku Frankfurt pada tahun ini, bertemakan Inisiatif Global China dan BRI: Peluang atau Risiko?

Tetamu-tetamu panel melibatkan Danilo Türk, bekas Presiden Slovenia; Michael Schumann, pengerusi Lembaga German Federal Association for Economic Development and Foreign Trade; Rudolf Scharping, bekas Menteri Pertahanan Jerman; Susanne Baumann, bekas pengarah Confucius Institute di Dusseldorf; dan Zhong Hong, bekas naib presiden kanan Evonik Industries. Ahli-ahli panel akan mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai hubungan China-EU di bawah wacana Inisiatif Jalur dan Jalan, yang bukan sahaja berkaitan dengan kesejahteraan kedua-dua pihak, tetapi juga kestabilan dan kemakmuran global.

https://news.cgtn.com/news/2023-10-17/As-the-Belt-and-Road-turns-10-high-time-for-China-and-Europe-to-talk-amid-uncertainties-1nXkFjKKduU/index.html


 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mining Mining/Metals Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service General Manufacturing