omniture

Pakatan Pembangunan Keupayaan Pelaburan Mampan (CASI) diumumkan di Beijing

Beijing Institute of Finance and Sustainability
2023-10-18 23:06 30

BEIJING, 18 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Badan pemikir kewangan hijau terkemuka China, Institute of Finance and Sustainability (IFS) berpangkalan di Beijing, memperkenalkan satu inisiatif global mengenai pembinaan kapasiti kewangan mampan untuk pasaran baru muncul dan ekonomi sedang membangun (EMDE) di sebuah persidangan semasa berlangsungnya Forum Jalur & Jalan yang diadakan di Beijing minggu ini. Pakatan Pembangunan Keupayaan Pelaburan Mampan (Capacity-building Alliance of Sustainable Investment, CASI) bermatlamat untuk menyediakan program pembelajaran yang berkualiti bagi menyokong negara-negara untuk membangunkan kewangan mampan di wilayah ASEAN, Asia Tengah, Afrika, Timur Tengah serta Amerika Latin.

Dr. Ma Jun, Presiden IFS dan bekas Kursi Bersama Kumpulan Kerja Kewangan Mampan (SFWG) G20, menekankan kepentingan pembinaan kapasiti untuk mendapatkan modal mampan di Selatan Global. "Kekurangan kapasiti teknikal merupakan halangan utama kepada mobilisasi pembiayaan sektor swasta untuk tindakan iklim dan kelestarian dalam EMDE. Pada tahun 2023, SFWG G20 menjadikan pembinaan kapasiti sebagai salah satu keutamaan tertingginya dan menyeru komuniti antarabangsa untuk menggiatkan usaha melibatkan pembinaan kapasiti dan bantuan teknikal untuk negara sedang membangun," kata Ma.

Sebagai respons kepada cadangan oleh G20, CASI merancang untuk menggunakan kaedah-kaedah yang lebih berkesan dan inovatif bagi menyampaikan dan menyebarkan ilmu terkumpul serta amalan terbaik daripada institusi-institusi anggota melalui pelbagai saluran. Setakat ini, para pengusaha utama dalam pasaran kewangan mampan, termasuk IFS, Silk Road Fund, HKMA IFFO, HSBC, Standard Chartered Bank, Neuberger Berman, telahpun mengesahkan penyertaan mereka dalam CASI sebagai ahli pengasas. 28 institusi anggota yang lain termasuk platform di bawah organisasi antarabangsa, universiti, persatuan, NGO, badan pemikir dan penyedia perkhidmatan profesional telahpun menyertai CASI sebagai penyedia ilmu pengetahuan dan saluran pengedaran. "Kami menjangkakan lebih banyak organisasi akan mengesahkan keahlian CASI mereka dalam beberapa bulan akan datang," kata Ma.

CASI akan menawarkan program latihan secara bersemuka dan program pembelajaran dalam talian kepada khalayak yang luas termasuk pengawal selia, institusi kewangan, syarikat korporat dan penyedia perkhidmatan daripada EMDE, bagi menangani kekangan utama yang dihadapi dalam pasaran ini, seperti taksonomi hijau, pendedahan kelestarian, produk kewangan, insentif dasar, pasaran karbon serta permulaan projek hijau.

Ma menjelaskan selanjutnya bahawa "CASI ialah versi 2.0 Program Kepimpinan Kewangan Hijau Global (GFLP) yang dihoskan oleh IFS, yang mana, sepanjang lima tahun yang lalu, telahpun menganjurkan dan menyokong lebih daripada 30 acara pembinaan kapasiti global, mencakupi lebih 4,500 peserta dari 70 negara."

Acara pelancaran rasmi untuk CASI akan diadakan di Dubai semasa perbincangan iklim PBB tahunan (COP28) pada awal Disember. CASI dijadualkan beroperasi pada awal tahun 2024.

 

Source: Beijing Institute of Finance and Sustainability
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service Utilities Environmental Issues New products/services Trade show news Future Events Cision Influencer List - ESG