omniture

GDS Rasmikan Usaha Sama dengan INA, Mendorong Pembangunan Infrastruktur Digital di Indonesia

GDS
2023-10-19 20:02 137

BEIJING, 19 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- GDS, pembangun dan pengendali terkemuka bagi pusat data berprestasi tinggi di Asia, secara rasminya membentuk satu usaha sama dengan Indonesia Investment Authority (INA), dana kekayaan berdaulat Indonesia, bertujuan untuk mendorong pertumbuhan dan kemajuan landskap pusat data di Indonesia. Majlis penandatanganan, disaksikan oleh Presiden Indonesia En. Joko Widodo, berlangsung pada 16 Oktober 2023 di Forum Perniagaan China–Indonesia di Beijing menjelang Forum Jalur dan Jalan untuk Kerjasama Antarabangsa ke-3.

GDS and INA signed the agreements at the China–Indonesia Business Forum
GDS and INA signed the agreements at the China–Indonesia Business Forum

Susulan pengumuman perkongsian awalnya pada 1 September tahun ini, GDS dan INA menandatangani perjanjian definitif pada hari Isnin untuk memformalkan perkongsian ini yang menunjukkan komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi untuk mengumpul sumber, kepakaran dan visi bagi membangunkan platform pusat data seluruh negara di Indonesia. Projek pertama ini memfokuskan pada pembangunan kampus pusat data hiperskala yang terletak di Taman Digital Nongsa (NDP), Batam, sebuah kawasan yang ditetapkan secara rasmi sebagai Zon Ekonomi Khas (SEZ) oleh kerajaan Indonesia. Kampus pusat data Batam yang akan datang akan memanfaatkan sumber tempatan dan tenaga boleh baharu sekali gus mengintegrasikan penyelesaian DC (Pusat Data) Pintar termaju daripada GDS, berjanji untuk mewujudkan penanda aras industri untuk rantau ini.

Daniel Newman, CFO of GDS (right);
Ridha Wirakusumah, CEO of INA (left)
Daniel Newman, CFO of GDS (right); Ridha Wirakusumah, CEO of INA (left)

William Huang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GDS, berkata, "Saya berasa gembira dengan kemajuan besar yang kami capai untuk membentuk satu usaha sama dengan INA. Melalui pemanfaatan penyelesaian termaju dan kepakaran kami, berserta pelaburan strategik daripada INA, perkongsian ini bukan sahaja memperlihatkan satu kolaborasi, tetapi juga hubungan bersinergi. Tatkala kami memulakan perjalanan yang transformatif ini, kami mengulangi komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk meningkatkan ketersambungan digital dan keupayaan data Indonesia. Di GDS, kami berada di sini untuk mewujudkan sebuah ekosistem digital yang bingkas dan inovatif yang mendorong Indonesia ke barisan hadapan ekonomi digital rantau ini."

Ridha Wirakusumah, Ketua Pegawai Eksekutif INA, mengulas, "Perkongsian ini menandakan langkah ke hadapan yang luar biasa dalam misi kami untuk memangkinkan transformasi digital Indonesia. Menerusi kepakaran GDS yang tiada tandingan dalam pembangunan serta operasi pusat data yang berprestasi tinggi, kami berada pada kedudukan strategik untuk memantapkan landskap infrastruktur digital Indonesia. Ini bukan sekadar satu pencapaian untuk INA dan GDS, tetapi lonjakan ke arah merealisasikan potensi dan peluang yang besar dalam masa depan digital Indonesia."

Di tengah-tengah permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan yang diperkasakan secara digital, Indonesia memiliki perbezaan dalam mencapai kedudukan kedua di rantau APAC menerusi indeks peluang pusat data, dengan penggunaan 22 MW pada tahun 2022[1]. Industri pusat data terus menyaksikan pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelum ini, didorong terutamanya oleh penggunaan pengkomputeran awan yang meluas dan lonjakan yang dijangkakan dalam aplikasi AI. Dalam persekitaran pasaran ini, usaha sama antara GDS dan INA berkedudukan strategik untuk memperkukuh komitmen mereka bagi meningkatkan infrastruktur digital Indonesia. Perkongsian ini turut menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi digital serta inisiatif pendaratan data negara.

GDS dan INA mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan dan menjangkakan urus niaga ini dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini. Visi mereka adalah untuk mempercepatkan pelaksanaan infrastruktur digital yang amat penting dan membimbing perniagaan serta organisasi menuju masa depan digital yang makmur, bercita-cita tinggi agar infrastruktur digital Indonesia muncul sebagai simbol inovasi, kelestarian dan kecemerlangan serantau.

[1] Sumber: Knight Frank SEA-5 Data Centre Opportunity Index (SEA-5 Index)

Latar Belakang GDS

GDS (NASDAQ: GDS; HKEX: 9698) ialah pembangun dan pengendali terkemuka bagi pusat data berprestasi tinggi di China dan Asia Tenggara. Kemudahan-kemudahannya terletak secara strategik di hab ekonomi utama di mana permintaan terhadap perkhidmatan pusat data berprestasi tinggi tertumpu. Dengan rekod prestasi menjangkau 22 tahun lamanya, GDS berjaya menyampaikan perkhidmatan kepada beberapa pelanggan terbesar dan paling mendesak yang memerlukan penyelesaian pusat data bersumber luaran. GDS menawarkan perkhidmatan kepada lebih 840 pelanggan sebagai penyedia perkhidmatan pusat data neutral-pembawa yang terbesar di China. Dengan lebih 100 pusat data, GDS menawarkan perkhidmatan pusat data kepada penyedia perkhidmatan awan hiperskala, syarikat internet besar, institusi kewangan, pembawa telekomunikasi, penyedia perkhidmatan IT serta sektor swasta besar dan juga syarikat multinasional. Menyedari potensi untuk mencapai pertumbuhan di Asia, GDS menubuhkan ibu pejabat antarabangsanya di Singapura pada tahun 2021. Langkah ini membolehkan GDS membangunkan strategi Asia Tenggara yang strategik untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan menyumbang kepada ekosistem ekonomi digital rantau ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GDS, sila kunjungi  http://www.gds-services.com, atau ikuti kami di LinkedIn.

Latar Belakang Indonesia Investment Authority (INA)

Indonesia Investment Authority ialah dana kekayaan berdaulat Indonesia yang diberi mandat untuk meningkatkan pelaburan bagi menyokong pembangunan mampan negara dan membina kekayaan untuk generasi-generasi masa depannya. INA menjalankan aktiviti pelaburan dan berkolaborasi dengan institusi-institusi pelaburan global dan domestik yang terkemuka dalam sektor-sektor yang memantapkan kelebihan Indonesia serta memberi pulangan optimum terlaras risiko. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.ina.go.id.

Source: GDS
Related Stocks:
HongKong:9698 NASDAQ:GDS
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Contracts Joint ventures Data Analytics Cloud Computing / Internet of Things