omniture

NPCB Malaysia Kemukakan Sijil GMP kepada Bilcare Global Clinical Supplies

Bilcare GCS
2014-07-11 14:48 117

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Julai 2014 /PRNewswire/ --

Sijil PICS membenarkan Percubaan Klinikal di lebih 44 Negara Asia

Bilcare GCS telah menerima Sijil Pematuhan Pengilang GMP daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan, Malaysia.

Sijil ini dikemukakan setelah melalui pemeriksaan ketat yang dilakukan menurut garis panduan ketat oleh Peraturan Kawalan Ubat-ubatan dan Kosmetik Malaysia serta Dokumen Panduan Pendaftaran Ubat-ubatan Malaysia (DRGD) dan juga mematuhi prinsip dan panduan daripada garis panduan GMP Skim Kerjasama Pemeriksaan Farmaseutikal (PIC/S) semasa manakala skopnya pula meliputi pelbagai khidmat yang ditawarkan dalam bidang CTMS seperti – Pembungkusan Primer & Sekunder, Pelabelan, Simpanan & Pengedaran pelbagai formulasi dan ubat-ubatan yang kritikal serta generik.

Ajit Dubhashi, Ketua Pegawai Eksekutif Bilcare GCS berkata: "Sijil PICS dari Malaysia mengesahkan komitmen berkualiti kami dan rekod prestasi yang terbukti dalam menjalankan pelbagai ujian yang berjaya pada peringkat global mengikut garis panduan USFDA/MHRA. Sijil PIC/S baharu kini membolehkan Bilcare GCS untuk menyokong percubaan yang dijalankan di 44 negara yang mengambil bahagian, di bawah skim PIC/S."

Sijil PICS adalah sah di 44 negara yang disenaraikan, termasuk Australia & beberapa negara CIS. Jepun dan Korea turut dimasukkan ke dalam senarai itu bermula pada Julai 2014 dan seterusnya membuka peluang perniagaan baharu untuk Bilcare GCS di negara tersebut. Di samping itu, ia akan turut membantu Pharmacos, Organisasi Penyelidikan Klinikal (CRO), Badan Kerajaan, Institusi dan Makmal yang menjalankan pelbagai Percubaan Klinikal untuk memanfaatkan khidmat berkualiti yang tiada tandingan berserta kepantasan untuk memasarkannya dan turut menawarkan keuntungan.

Bilcare GCS turut mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 oleh TUV SUD, khidmat pengurusan, GmbH atas kemampuannya untuk menunjukkan kualiti, keperluan kepatuhan/peraturan dan mampu menyediakan produk dan perkhidmatan secara konsisten yang melebihi jangkaan pelanggan.

Source: Bilcare GCS
Keywords: Health Care/Hospital Pharmaceuticals Awards