omniture

CGTN: Bagaimana BRI menjadi platform popular untuk kerjasama antarabangsa?

CGTN
2023-10-20 23:01 34

BEIJING, 20 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- John Ross, seorang penulis British dan felow kanan Chongyang Institute for Financial Studies, memberi kenyataan pada hari Rabu di forum tematik mengenai pertukaran badan pemikir dalam Forum Jalur dan Jalan (BRF) untuk Kerjasama Antarabangsa ketiga, yang mana orang-orang kenamaan antarabangsa berkongsi penghargaan mereka terhadap BRI, menekankan populariti pembinaan bersama Jalur dan Jalan sebagai satu kemaslahatan awam antarabangsa dan sebagai platform antarabangsa untuk kerjasama.

How has BRI become a popular platform for international cooperation?
How has BRI become a popular platform for international cooperation?

"Dan itulah dua kutub sebenar dalam dunia pada hari ini," tambah beliau.

Sejak 10 tahun yang lalu, BRI berkembang daripada idea menjadi tindakan dan daripada visi menjadi kenyataan. Kereta api dan trak dipandu laju menjadi simbol perdagangan dalam era baharu, sama seperti kafilah unta pada masa lampau. Stesen hidro dan loji kuasa angin telah membantu menghapuskan kekangan pembangunan untuk negara-negara sedang membangun. Lapangan terbang, pelabuhan dan taman perindustrian serba baharu membawa momentum yang baharu kepada pertumbuhan serantau.

Setakat ini, lebih daripada 150 negara dan lebih 30 organisasi antarabangsa telahpun menandatangani perjanjian kerjasama Jalur dan Jalan, dengan inisiatif tersebut diperluas dari benua Eurasia ke Afrika dan Amerika Latin.

"Apabila negara-negara menjalin kerjasama dan bertindak bersama-sama, jurang yang dalam boleh ditukar menjadi jalan yang besar, negara-negara dilingkungi daratan boleh menjadi negara-negara terhubung dengan daratan dan tempat yang kurang membangun boleh diubah menjadi sebuah daerah makmur," kata Presiden Cina Xi Jinping pada hari Rabu semasa menyampaikan ucaptama di majlis perasmian BRF.

Mengimbau kembali pada dekad yang lalu, Xi berkata pencapaian berkenaan menunjukkan bahawa kerjasama Jalur dan Jalan merupakan sisi yang tepat dalam sejarah. "Ia memperlihatkan kemajuan zaman kita dan ia merupakan jalan yang betul menuju ke hadapan."

BRI telah menjadi rakan kongsi yang penting dalam pelaksanaan agenda Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata Irina Georgieva Bokova, bekas ketua pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di forum tematik.

Kata sepakat yang dicapai antara delegasi-delegasi yang menghadiri BRF adalah dengan menggalakkan kerjasama Jalur dan Jalan, China mengusahakan pemodenan bukan sekadar untuknya, tetapi untuk semua negara sedang membangun melalui usaha bersama.

Projek-projek Jalur dan Jalan telah mencipta peluang pekerjaan baharu, mendorong kemakmuran perdagangan, menggalakkan pembangunan ekonomi berpuluh-puluh negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan, kata bekas Perdana Menteri Czech Jiri Paroubek di forum tematik.

"Ia sebenarnya merupakan projek ekonomi yang paling penting pada masa kini di dunia," kata beliau.

Pemacu utama untuk komuniti global dengan masa depan yang dikongsi bersama, visi yang dicadangkan oleh China dan sejajar dengan BRI, ialah globalisasi, yang diterima secara mendalam oleh kebanyakan negara di seluruh dunia, terutamanya negara-negara di Selatan Global.

Globalisasi sebagai satu trend yang semakin berkembang bukan sahaja memberi akses kepada pasaran antarabangsa, membolehkan negara-negara meningkatkan eksport mereka dan menarik pelaburan asing, tetapi turut memupuk pemindahan teknologi dan ilmu yang dapat menggalakkan inovasi serta pembinaan kapasiti. Ia diperdalamkan tatkala BRI memudahkan keterhubungan di seluruh dunia.

BRI "merupakan enjin berkuasa untuk membuatkan globalisasi tidak berbalik, kerana ia akan kekal berada di atas landasan dan ia akan tetap tidak berbalik hanya jika ia dapat menjadi lebih inklusif," kata Grzegorz Kolodko, bekas timbalan perdana menteri Poland, di forum tematik.

"Itulah yang disebut di China ini sebagai 'saling menguntungkan'," kata beliau.

Dalam dunia dengan rasa curiga dan naratif yang diputarbelitkan, Inisiatif Tamadun Global (GCI), konsep yang dicadangkan oleh China, menjadi daya penting dalam mencabar hegemoni budaya, seperti yang dinyatakan oleh Ong Tee Keat, pengerusi Center for New Inclusive Asia, semasa beliau menyampaikan ucapan di forum tematik.

Beliau berkata bahawa para pengkritik BRI berusaha untuk membentuk semula wacana global bagi meneliti pengaruh China, namun tiga inisiatif China dan BRI bertujuan untuk memerangi maklumat yang salah dengan memberi maklumat yang tepat, yang memperkasa masyarakat awam dan individu yang gemar berfikir terutamanya dari Selatan Global.

BRI melangkaui perbezaan antara tamadun, budaya, sistem sosial dan peringkat pembangunan serta membuka jalan baharu untuk pertukaran antara negara-negara serta mewujudkan rangka kerja baharu untuk kerjasama antarabangsa, kata Xi di majlis perasmian BRF.

https://news.cgtn.com/news/2023-10-19/How-has-BRI-become-a-popular-platform-for-international-cooperation--1o1O1dXTNf2/index. html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service