omniture

Forum Perniagaan dan Kedermawanan 2023 oleh Alliance For Good: Memangkinkan Pemimpin-pemimpin Generasi Akan Datang untuk Memacu Perubahan

Alliance For Good (AFG)
2023-10-24 08:18 45

SINGAPURA, 24 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Alliance For Good, melalui perkongsian dengan Nanyang Technological University (NTU) dan Asia Family Office Association, mengumumkan Forum Perniagaan dan Kedermawanan 2023 pada 9 dan 10 November di Singapura.

Bertemakan "Visi Asia: Kekayaan dan Tujuan," Forum tersebut menghimpunkan pemimpin global, pejabat keluarga, para dermawan, pelabur, ahli akademik, penggubal dasar dan pertubuhan bukan untung untuk membincangkan penyelarasan kekayaan dengan tujuan.

Asia sedang menyaksikan lonjakan dalam pejabat keluarga-tunggal, dengan 59% memilih Singapura sebagai destinasi pilihan mereka. Pada tahun 2022, Singapura memiliki 1,100 pejabat keluarga[1], satu peningkatan sebanyak tujuh kali ganda sejak tahun 2017. Forum berkenaan bertujuan untuk melengkapkan perniagaan keluarga serta pemimpin pejabat keluarga generasi akan datang dengan pemahaman untuk mengemudi landskap hari ini dan memanfaatkan sumber-sumber untuk memberi impak dengan memudahkan pembelajaran sesama rakan, dialog terbuka dan juga kolaborasi.

Dengan fokus Pan-Asia, Forum berkenaan menekankan kerjasama serantau dalam menangani cabaran global. Sebagai acara perintis sejak tahun 2016, ia menyokong pelaburan berasaskan nilai dan inovasi rentas sektor di persimpangan antara geopolitik dan teknologi.

Program tersebut membawakan lebih 15 ucaptama dan 25 sesi sampingan mengenai kedermawanan strategik, perniagaan keluarga sebagai satu kuasa kebaikan, pelaburan mampan, masa depan kewangan dan banyak lagi.

Para penceramah unggul melibatkan Benjamin Fok Chun-yue (Fok Ying Tung Foundation), Berry Liberman (Small Giants), Stefan Messer (Messer Group), Drayton McLane Jr. (McLane Group), Abdulla Al Gurg (Abdulla Al Gurg Global Investments), Basma Al Zamil (keluarga Al Zamil family), Laurence Lien (Asia Philanthropy Circle), Zhu Zining (Hopson Development), Hou Yameng (Proya Cosmetics), Tan Eng Chye (National University of Singapore) dan Tan Tai Yong (Singapore University of Social Sciences).

Edisi-edisi terdahulu Forum tersebut menampilkan para penceramah disegani seperti Howard Warren Buffett, Camilla Rockefeller (David Rockefeller Fund), Maya Soetoro-Ng (adik Barack Obama), Victor Koo (Pengasas Youku), Kyungsun Chung (ahli keluarga Hyundai), Masagos Zulkifli, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Singapura serta Desmond Tan, Menteri Negara, Pejabat Perdana Menteri, Singapura yang kesemuanya telah menyumbang kepada legasinya.

Sertai kami di platform ulung ini untuk memperkasa generasi seterusnya, memupuk pertukaran idea dan memacu impak global.

Untuk butiran dan tiket, kunjungi https://bpforum.org dan https://lu.ma/nuxrrrf7.

[1] https://www.edb.gov.sg/en/our-industries/family-office.html

Latar Belakang Alliance For Good 

Alliance For Good (AFG) ialah rangkaian kedermawanan unggul yang ditubuhkan di Singapura dengan kehadiran kukuh di Asia. Misi utama kami adalah untuk memudahkan perubahan yang memberi impak dengan menyediakan perkhidmatan kepada keluarga, pejabat keluarga, yayasan, firma dan institusi kewangan rantau ini. AFG sudahpun memantapkan kedudukannya sebagai peneraju dalam bidang ini, mengkhusus dalam menganjurkan acara-acara berskala besar baik di Singapura mahupun Tanah Besar China. Usaha kami yang paling menonjol, Forum Perniagaan dan Kedermawanan, telah menunjukkan kejayaan yang sangat besar sejak enam tahun lalu. Acara unggulan ini menarik minat pelbagai khalayak daripada kalangan dermawan global, Individu Bernilai-Bersih-Ultra-Tinggi (UHNWI), Pejabat Keluarga, Pemodal Teroka, Pengasas Syarikat Teknologi dan eksekutif berpangkat tinggi dari seluruh Asia dan serata dunia.

Source: Alliance For Good (AFG)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Higher Education Not for profit Financial Technology Future Events