omniture

Belajar atau mengajar dalam talian? Evolve Digital dapat meningkatkan motivasi dan kemahiran bahasa Inggeris anda

Cambridge University Press & Assessment
2023-10-27 22:34 33

SINGAPURA, 27 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Suatu kajian di Jepun menunjukkan bahawa kursus bahasa Inggeris dalam talian Evolve Digital dapat meningkatkan motivasi dan kemajuan peserta dalam mempelajari bahasa Inggeris.

Evolve Digital ialah kursus bahasa Inggeris enam-tahap dalam talian sepenuhnya yang membolehkan pelajar bertutur dengan yakin. Ketahui lebih lanjut: https://www.cambridge.org/cambridgeenglish/catalog/adult-courses/evolve-digital

Kajian tersebut memfokuskan sekumpulan guru bahasa Inggeris yang mengajar di sekolah rendah dan sekolah menengah atas di Jepun. Evolve Digital memberi impak terhadap tahap bahasa Inggeris mereka, penglibatan, motivasi dan sikap terhadap pembelajaran.

"Evolve Digital memberi impak keseluruhan yang benar-benar positif terhadap para guru di Jepun yang memanfaatkan kursus berkenaan untuk menambah baik bahasa Inggeris mereka," jelas Dr Brigita Séguis, Ketua Penilaian Impak di Cambridge University Press & Assessment yang mengetuai kajian itu. Beliau juga berkata,, "Kami turut menyaksikan  para guru mencapai peningkatan yang ketara dari segi keyakinan mereka bertutur."

Dr Séguis berpendapat bahawa menyaksikan 51% peserta membuat lonjakan pencapaian seluruh tahap CEFR hasil daripada pengambilan kursus Evolve Digital dalam masa  tujuh bulan adalah sesuatu yang menggalakkan.

Dr Séguis menjelaskan selanjutnya, "Para guru juga berasa kagum dengan kefleksibelan kursus tersebut dan oleh sebab mereka boleh menggunakan Evolve Digital secara sendiri atau digabungkan dengan kelas dalam talian yang dibimbing oleh guru."

Para peserta memilih satu daripada tiga pilihan untuk Evolve Digital iaitu belajar kendiri yang fleksibel tanpa maklum balas guru, belajar kendiri yang fleksibel dengan maklum balas guru mengenai kemahiran bertutur serta menulis dan belajar kendiri yang fleksibel digabungkan dengan sesi berjadual dibimbing oleh guru. Kajian tersebut menunjukkan hasil yang positif daripada semua kumpulan dari segi kemahiran yang dipelajari, motivasi dan tahap kepuasan dengan kursus.

Kajian tersebut merupakan sebahagian daripada program latihan lebih luas yang merupakan hasil daripada kolaborasi antara Cambridge University Press & Assessment dan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT) Jepun. Kursus Evolve Digital disampaikan bersama-sama Global Bridge, sebuah organisasi latihan berpangkalan di Tokyo.

Baca kajian impak penuh di sini

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education