omniture

Penilaian bahasa Inggeris masa depan: Ia masih lagi mengutamakan insan

Cambridge University Press & Assessment
2023-10-27 22:38 32

SINGAPURA, 27 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Teknologi seperti AI generatif sedang menggegarkan sektor pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, namun ia tidak dapat menggantikan aspek sosial dan emosi dalam mengajar bahasa Inggeris, menurut seorang pakar daripada Cambridge. Dr Evelina Galaczi daripada Cambridge University Press & Assessment baru-baru ini berkata bahawa AI dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran, tetapi guru-guru akan terus memainkan peranan yang sangat penting pada masa akan datang.

"Kita menyaksikan semakin banyak alat AI seperti ChatGPT dalam bilik darjah, Realiti Maya membolehkan kita belajar di kawasan-kawasan yang jauh dan permainan komputer membawa pembelajaran ke tahap seterusnya," ulas Galaczi. Beliau menyambung: "Walaupun ini semua merupakan inovasi yang hebat dan kami benar-benar menerimanya di Cambridge, kami tidak akan bertindak terburu-buru dan mengambil jalan mudah untuk menyesuaikan teknologi ini. Ini bererti para guru akan terus memainkan peranan yang benar-benar penting dalam kelas bahasa Inggeris."

Baru-baru ini, Dr Galaczi membentangkan tujuh prinsip utama Cambridge untuk mengintegrasikan AI dengan jayanya dalam kelas bahasa Inggeris. Salah satu daripada prinsip ini adalah untuk memastikan agar kualiti dan skop penilaian bahasa serta sumber pembelajaran dikekalkan. Bahagian penting untuk mencapai aspek ini adalah dengan menggunakan teknologi untuk meningkatkan pendidikan, tetapi tidak membiarkannya menentukan pendekatan berasaskan pendidikan. Beliau turut menegaskan kepentingan lebih banyak latihan guru untuk mempersiapkan AI. Beliau mengulas:

"Mengajar dan belajar adalah berkisarkan insan seluruhnya dan AI tidak boleh menggantikan aspek sosial dan emosi dalam pembelajaran. Sudah tentulah ia dapat meningkatkan pengalaman, namun para guru akan terus memainkan peranan yang sangat penting. Walau bagaimanapun, amalan pengajaran mungkin berubah dan ini akan memerlukan latihan guru dan pembiasaan pendekatan digital. Ini pastinya akan memerlukan mereka menjadi 'sedia AI' dan memahami cara Kecerdasan Manusia dan Buatan kita dapat digandingkan dengan cara yang terbaik."

Galaczi berkata terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh guru-guru ketika ini untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran melalui AI. Ini termasuk membangunkan aktiviti bilik darjah yang memanfaatkan alatan seperti ChatGPT. Beliau mencadangkan agar guru-guru meminta pelajar-pelajar mereka untuk membetulkan atau menulis semula respons yang dikuasakan oleh AI mengenai topik tertentu. Beliau juga berkata pelajar-pelajar boleh menggunakan ChatGPT untuk memperbaiki esei yang mereka tulis dan kemudian meminta pelajar-pelajar untuk mengkritik perubahan yang dibuat.

Galaczi berkata: "Kebangkitan teknologi menjadikan waktu ini masa yang menarik untuk terlibat dalam pendidikan bahasa Inggeris, namun kita masih perlu memegang 'tangan' teknologi demi perjalanan yang lancar, tatkala kita berkembang menuju era digital. Baru-baru ini, saya membaca satu analogi menarik yang merumuskan hal ini dengan baik daripada laporan dasar yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan A.S. Pejabat Teknologi Pendidikan. Ia menggambarkan masa depan yang ditingkatkan oleh teknologi adalah lebih mirip seperti sebuah basikal elektrik dan bukannya seperti vakum robot. Saya berpendapat ini merupakan cara yang hebat untuk mengetengahkan hakikat bahawa AI memperhebatkan pencapaian manusia dan mengurangkan beban, tanpa menggantikan sepenuhnya penglibatan manusia dalam pembelajaran, pengajaran dan juga penilaian."

Ketahui lebih lanjut melalui blog yang ditulis oleh Evelina Galaczi: https://protect-eu.mimecast.com/s/CbhtCrRZZTqEwDWF4YAWZ?domain=cambridgeenglish.org/

 

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Education Higher Education