omniture

Alltech Sertai Vital Group Bina Rantaian Industri untuk Pengimejan Perubatan Canggih

ALLTECH MEDICAL SYSTEMS
2023-10-31 09:29 101

CHENGDU, China, 31 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Pada 28 Oktober, Alltech, pembangun peralatan pengimejan perubatan canggih di bawah naungan Vital Group, mengadakan sidang media yang bertajuk "Keriangan Hidup, Impian Inovasi" ("Joy of Life, Dream of Innovation") di Pameran Peralatan Perubatan Antarabangsa China (CMEF) ke-88. Ia mengumumkan strategi pembangunan produk yang terkini dan penembusan Vital Group ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan canggih.

press conference titled “Joy of Life, Dream of Innovation”
press conference titled “Joy of Life, Dream of Innovation”

Sebagai salah satu daripada sebilangan kecil syarikat pengimejan perubatan global yang membangunkan produk superkonduksi canggih untuk pengimejan resonans magnet (MRI), Alltech akan memanfaatkan kekuatan Vital Group dalam sains bahan, teknologi maklumat dan kecerdasan buatan, digabungkan dengan kepakarannya sendiri dalam pengimejan perubatan, bagi memacu pembangunan produk pengimejan perubatan terkini menggunakan teknologi canggih seperti MRI 7.0T dan CT pembilang foton.

Komponen dan bahan termaju seperti pengesan telurida zink kadmium (CZT) dan hablur kerlipan lutetium ytrium ortosilikat (LYSO) yang dibangunkan oleh Vital Group membuka lebih banyak peluang untuk penggunaan bahan, teknologi dan peralatan Alltech. Dengan sokongan teguh daripada Vital Group, kami boleh membina portfolio kami dengan produk pengimejan berbilang modaliti. Kami juga mempercepatkan kadar penyelidikan dan aplikasi teknologi pengimejan perubatan, bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih mudah diakses, cekap dan tepat untuk pengguna di seluruh dunia sambil memacu pertumbuhan industri ini secara keseluruhan.

Menuju ke hadapan, disokong oleh perniagaan Vital Group yang matang di seluruh dunia, Alltech akan komited untuk membina rantaian industri untuk pengimejan perubatan canggih melalui perkongsian strategik global yang diperdalam dan sumber disatukan di dalam negara dan luar negara, dengan matlamat akhir untuk mempermudah inovasi dan pembangunan teknologi pengimejan perubatan.

Kami yakin bahawa industri pengimejan perubatan yang lebih pintar, tepat dan diperibadikan akan menyediakan kepada pengguna dan pesakit dengan perkhidmatan diagnostik dan pengalaman rawatan yang lebih baik, seterusnya meningkatkan kesihatan umat manusia.

Source: ALLTECH MEDICAL SYSTEMS
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals