omniture

Penyelesaian Rangkaian AirEngine Wi-Fi 7 Berkualiti-Tinggi Huawei Menang Anugerah "Rangkaian Wi-Fi Perusahaan Terbaik 2023" di Upacara WBA Industry Award

Huawei
2023-11-02 02:59 33

PARIS, 2 November 2023 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan bahawa ia telah memenangi anugerah "Rangkaian Wi-Fi Perusahaan Terbaik 2023" di Wireless Broadband Alliance (WBA) Industry Awards 2023 untuk Penyelesaian Rangkaian AirEngine Wi-Fi 7 Berkualiti-Tinggi terbukti di lapangannya. Ini merupakan kali pertama vendor Wi-Fi 7 memenangi anugerah ini, menunjukkan betapa ketaranya AirEngine Wi-Fi 7 AP Huawei diiktiraf oleh pengguna perusahaan global.

Anugerah "Rangkaian Wi-Fi Perusahaan Terbaik 2023" daripada WBA merupakan salah satu anugerah yang paling diidamkan dan berprestij dalam industri Wi-Fi. Panel bebas yang terdiri daripada pakar industri terkemuka, juruanalisis dan wartawan menjalankan penilaian ketat yang meliputi inovasi penyelesaian, pengalaman pelanggan dan keupayaan ekologi, akhirnya memilih hanya satu penyelesaian untuk anugerah ini. Tahun 2023 merupakan tahun pertama yang menyaksikan penggunaan komersial Wi-Fi 7 AP, menandakan kali pertama standard Wi-Fi yang terkini ini benar-benar mula menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai baik dalam kerja mahupun kehidupan harian. Anugerah ini menandakan pengiktirafan yang meluas terhadap idea inovatif, aplikasi terbukti di lapangan dan kepimpinan produk siri AirEngine Wi-Fi Huawei


Tiago Rodrigues, Ketua Pegawai Eksekutif WBA, berkata, "Wi-Fi 7 AP baharu daripada Huawei menunjukkan banyak inovasi syarikat ini, termasuk penalaan antena pintar, pertukaran jalur 5GHz dan 6GHz yang dinamik, infrastruktur angkut balik/kuasa dilanjutkan serta keupayaan penderiaan IoT bagi memenuhi kehendak trafik yang semakin meningkat di banyak lokasi perusahaan. Inovasi teknikal cemerlang yang diperlihatkan dalam pemasangan Wi-Fi 7 di Shenzhen Talent Institute dapat ditingkatkan di lokasi-lokasi perusahaan lain dengan permintaan yang tinggi di seluruh dunia melalui kehadiran global syarikat ini."

Huawei memegang rekod prestasi yang kukuh dalam bidang Wi-Fi perusahaan dan merupakan penyumbang utama kepada Wi-Fi 4 melalui Wi-Fi 7. Dalam pasaran perusahaan global, produk Huawei AirEngine digunakan secara meluas di tempat kerja perusahaan, sektor pembuatan, pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan dan sektor-sektor lain. Huawei sentiasa memfokuskan kepada pengalaman, keperluan dan masalah utama pelanggan untuk membina rangkaian Wi-Fi yang berkualiti tinggi untuk perusahaan dan sudahpun meraih anugerah. Pada tahun 2020, Huawei membawa pulang Anugerah Rangkaian Wi-Fi Perusahaan Terbaik WBA buat julung kalinya menerusi kemasukan "Penyelesaian AirEngine Wi-Fi 6 bagi mengupayakan transformasi digital kilang-kilang pembuatan." Pada tahun 2022, Huawei diberikan anugerah bagi "Penyelesaian Komunikasi Kereta-Api-ke-Darat Wi-Fi 6." Tahun ini, Huawei sekali lagi menerima anugerah ini dengan Penyelesaian Rangkaian AirEngine Wi-Fi 7 Berkualiti Tinggi miliknya.

HUBUNGI: hwebgcomms@huawei.com 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment