omniture

Pilih TPU Gred-Perubatan yang Tepat:ICP DAS - BMP Lancar Siri TPU Baharu di COMPAMED & IPF Japan 2023

ICP DAS Co., Ltd.
2023-11-02 03:05 46

HSINCHU, 2 November 2023 /PRNewswire/ -- ICP DAS – Biomedical Polymers, pengeluar dan pembekal TPU (poliuretana termoplastik) gred-perubatan pertama Asia, akan mengadakan pameran di COMPAMED di Jerman dan IPF di Jepun dalam bulan November dan Disember 2023. Syarikat ini dengan bangganya membawakan siri ARP-W Arothane™ baharu yang dimuatkan dengan 30-80% Tungsten sebagai radiopacifier, menamatkan komitmen pada tahun ini menerusi perangkaian, pemasaran dan pendedahan jenama dengan jayanya.

Pilih TPU Gred-Perubatan yang Tepat:ICP DAS – BMP Lancar Siri TPU Baharu di COMPAMED & IPF Japan 2023
Pilih TPU Gred-Perubatan yang Tepat:ICP DAS – BMP Lancar Siri TPU Baharu di COMPAMED & IPF Japan 2023

Pengisi radiolegap ditambah dalam proses satu langkah dan bukannya proses penyebatian sekunder, membolehkan TPU yang dikeluarkan memaparkan sifat-sifat fizikal dan kebolehprosesan yang unggul. Tungsten, terkenal dengan keradiopasitannya yang luar biasa, menjadikan TPU isian-Tungsten ideal khususnya untuk pembuatan peranti berdimensi kecil atau berdinding nipis seperti salutan TPU untuk wayar pandu.

Turut dipamerkan ialah Alithane™ (siri ALP), Durathane™ (siri ALC) dan Arothane™ (siri ARP). Kesemua siri TPU dibuat di Taiwan dan tersedia dalam pelbagai warna, pengisi radiolegap (Tungsten/Barium Sulfat) dan tahap kekerasan. Kami juga menerima kuantiti tempahan yang kecil, bermula daripada 50 hingga 100 kilogram, memberi kefleksibelan demi keperluan khusus-pelanggan dalam peringkat awal pembangunan produk.

Di ICP DAS – BMP, satu matlamat kami yang jelas adalah untuk memfokuskan pada penyelidikan dan pembangunan serta pengurusan kualiti pelet TPU yang kami hasilkan. Selain itu, kami menawarkan rangkaian yang pelbagai dengan lebih 80 produk dengan masa penghantaran singkat yang didayakan oleh pembuatan pintar.

TPU gred-perubatan berkualiti tinggi ICP DAS – BMP telah dipilih oleh pelanggan seluruh dunia untuk mengilangkan peranti elektroperubatan, kateter canggih yang digunakan dalam prosedur rawatan kardiovaskular, urologi, gastrousus dan kanser, serta untuk lapisan wayar pandu dan barang guna habis oftalmik.

Pada tahun 2023, pasukan ICP DAS – BMP mengambil bahagian dalam lebih daripada sepuluh pameran yang terkemuka di dunia dan menjalankan pusingan lawatan pelanggan. Perkhidmatan selepas jualan yang holistik dan sokongan teknikal yang kami sediakan membolehkan kami menjalin hubungan yang kukuh dengan pelanggan dan rakan kongsi. Jika anda mempunyai motivasi yang sama untuk mengejar matlamat jangka panjang dalam bidang ini, kami dengan ikhlas menjemput anda untuk menyertai kami sebagai pengedar.

Temui ahli-ahli profesional kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan terbaru.

COMPAMED 2023 (13-16 November) 
Dewan Reruai 8b, C09-1, Pusat Pameran Dagangan Dusseldorf, Jerman
IPF Japan 2023 (28 November - 2 Disember)
Reruai 50813, Pusat Konvensyen Makuhari Messe, Jepun

Latar Belakang ICP DAS - BMP 
ICP DAS - BMP ialah pengeluar TPU diperakui oleh ISO 13485 yang terletak di Hsinchu, Taiwan. Kami memiliki makmal-makmal khusus demi komitmen kepada kualiti TPU. Kami menjalankan analisis sifat fizikal & kimia, ciri-ciri mekanikal, kebolehprosesan dan analisis sitotoksisiti. Di samping itu, semua siri TPU yang kami keluarkan diperakui USP Kelas VI dan/atau ISO 10993: ISO 10993-4 untuk ujian kebolehserasian hemo, ISO 10993-5 untuk ujian sitotoksisiti, ISO 10993-6 untuk kesan setempat selepas implantasi, ISO 10993-10 untuk ujian pemekaan kulit, ISO 10993-11 untuk ujian ketoksikan sistemik dan ISO 10993-23 untuk ujian kerengsaan. Produk-produk kami turut mematuhi peraturan REACH dan RoHS.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman web kami: https://bmp.icpdas.com/

 

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services Trade show news Future Events