omniture

Accelex Mengumumkan Pusingan Pembiayaan Siri A Berjumlah $15 Juta yang Diketuai oleh FactSet; Firma ini Menetapkan untuk Mengautomasi Aliran Kerja Pasaran Swasta yang Penting kepada Pelabur

Accelex
2023-11-02 22:00 103

LONDON, 2 November 2023 /PRNewswire/ -- Accelex, penyedia automasi AI yang terkemuka untuk analisis, pelaporan dan pemerolehan data pasaran swasta, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menutup pusingan pembiayaan Siri A berjumlah $15 juta yang diketuai oleh FactSet, sebuah syarikat penyedia penyelesaian perusahaan dan platform digital kewangan global, dengan penyertaan pelabur sedia ada iaitu Illuminate Financial, AlbionVC, SixThirty Ventures dan Expon Capital.

Penanaman modal ini hadir pada saat berlakunya pertumbuhan pesat Accelex, yang membolehkan firma ini mengembangkan lagi operasi, meningkatkan keupayaan produk dan menyampaikan kejayaan pelanggan yang luar biasa. Urus niaga ini mengukuhkan hubungan antara kedua-dua buah firma tersebut, di mana teknologi Accelex telah menjadi pendaya utama dalam strategi pertumbuhan pasaran swasta FactSet.

Ketelusan adalah penting untuk pelabur. Namun begitu, tidak seperti aset tradisional, pelaburan dalam pasaran swasta dibelenggu oleh kandungan tidak berstruktur yang selalunya memerlukan pemprosesan manual yang mahal dan terdedah kepada ralat. Accelex mengubah cara pelabur menangani cabaran ini dengan memanfaatkan sains data yang menerajui pasaran bagi mengautomasikan aliran kerja yang serba lengkap daripada pemerolehan dokumen dan pengekstrakan data hingga pelaporan dan analisis. FactSet dan Accelex membawa inovasi kepada industri aset alternatif, yang seterusnya menyediakan penyelesaian kepada pelanggan untuk lebih memahami pemacu prestasi pelaburan.

"Pembuatan keputusan dipacu data adalah penting untuk pelanggan kami, terutamanya apabila portfolio mereka meningkatkan pendedahan kepada modal swasta, di mana pemerolehan, pengagregatan dan analisis data pelaburan merupakan satu cabaran," kata Rob Robie, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Bahagian Pembelian Institusi FactSet.  "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Accelex dalam perjalanan membawa penyelesaian inovatif kepada pasaran swasta ini yang disatukan oleh komitmen bersama kami untuk memperkasakan komuniti pelaburan alternatif dengan data dan analisis yang unggul yang membolehkan hasil pelaburan yang lebih baik."

"Kerjasama ini akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam bidang analisis dan pengurusan data pelaburan alternatif," tambah Michael Aldridge, Presiden Accelex. "Pada masa kini, kami memberi perkhidmatan kepada beberapa pelabur terbesar dan paling canggih di dunia serta pembekal perkhidmatan mereka, dengan menyampaikan data yang lebih baik dan lebih pantas sambil mengurangkan beban operasi mereka."

"Kami gembira kerana pusingan pembiayaan terbaru ini dimuktamadkan dengan FactSet dan sokongan berterusan daripada rakan kongsi kewangan kami," kata Franck Vialaron, Ketua Pegawai Eksekutif Accelex. "Kejayaan ini mengesahkan lagi pasukan Accelex, pendekatan kami terhadap inovasi dan cadangan nilai unik yang kami tawarkan kepada pelanggan pasaran swasta kami."

Pembiayaan ini hadir pada masa yang menarik untuk Accelex. Sepanjang 24 bulan yang lepas, firma ini telah mencapai trajektori pertumbuhan yang luar biasa, dengan menambah sejumlah besar pemilik dan pengagih aset peringkat teratas termasuk penyedia perkhidmatan aset dan penyedia perkhidmatan sebagai pelanggan. Firma-firma ini kini mewakili gabungan pangkalan aset yang bernilai lebih $1.5 trilion, yang dilaburkan dalam lebih 13,000 dana pasaran swasta merentasi 4,000 pengurus aset.

Zelig Capital Partners bertindak sebagai penasihat kewangan, manakala Goodwin Procter LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Accelex. Mills & Reeve LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada FactSet.

Tentang Accelex 

Diasaskan pada tahun 2018, Accelex menyediakan penyelesaian pemerolehan, analisis dan pelaporan data untuk pelabur alternatif dan penyedia perkhidmatan aset yang membolehkan firma mengakses potensi penuh prestasi pelaburan dan data transaksi yang penting. Dikuasakan oleh kecerdasan buatan proprietari dan teknik pembelajaran mesin, penyelesaian Accelex mengautomasikan proses untuk pengekstrakan, analisis dan perkongsian data tidak berstruktur yang sukar diakses. Accelex beribu pejabat di London, dengan pejabat di Paris, Luxembourg, New York dan Toronto. Ketahui lebih lanjut di www.accelextech.com dan ikuti Accelex di LinkedIn.

Tentang FactSet 

FactSet (NYSE:FDS | NASDAQ:FDS) membantu komuniti kewangan untuk melihat dengan lebih banyak, berfikir dengan lebih besar dan bekerja dengan lebih baik. Platform digital dan penyelesaian perusahaan kami menyampaikan data kewangan, analisis dan teknologi terbuka kepada hampir 8,000 pelanggan global, termasuk hampir 190,000 orang pengguna individu. Pelanggan di seluruh bahagian belian dan bahagian jualan serta pengurus kekayaan, firma ekuiti swasta dan syarikat mencapai lebih banyak kejayaan setiap hari dengan kandungan kami yang komprehensif dan terhubung, penyelesaian aliran kerja generasi seterusnya yang fleksibel dan sokongan berpusatkan pelanggan yang khusus. Sebagai ahli S&P 500, kami komited terhadap pertumbuhan yang mampan dan telah berulang kali memperoleh markah sebanyak 100 bagi Human Rights Campaign® Corporate Equality Index (Indeks Kesaksamaan Korporat). Kami telah diiktiraf oleh Glassdoor sebagai pemenang Glassdoor Employees' Choice Award (Anugerah Pilihan Pekerja Glassdoor) dalam kalangan 'Best Places to Work' (Tempat Terbaik untuk Bekerja) pada tahun 2023. Ketahui lebih lanjut di www.factset.com dan ikuti kami di Twitter dan LinkedIn.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2037532/3949332/Accelex_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Accelex
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Venture Capital Data Analytics Financial Technology Artificial Intelligence