omniture

CGTN:Bagaimana China akan perluaskan keterbukaan kewangan selepas mesyuarat penting

CGTN
2023-11-03 08:23 39

BEIJING, 3 November 2023 /PRNewswire/ -- Satu mesyuarat kewangan yang penting telahpun diadakan di Beijing pada hari Isnin dan Selasa bagi menentukan pembangunan kewangan China.

Persidangan kerja kewangan pusat dua-kali-sedekad merupakan mesyuarat kewangan profil tertinggi di China dan merangka laluan untuk pembangunan dan reformasi kewangan negara ini pada peringkat yang seterusnya.

Sorotan bagi persidangan pada tahun ini ialah kemunculan beberapa istilah baharu termasuk membina "negara kewangan terkemuka" dan meninjau "laluan pembangunan kewangan dengan ciri-ciri China," menyampaikan isyarat baharu untuk kerja-kerja kewangan masa depan China, menurut analisis.

Mengemukakan tanggapan untuk membina "negara kewangan terkemuka" mendedahkan bahawa kewangan memainkan peranan yang semakin penting dan meraih kedudukan dalam seluruh ekonomi negara, kata Liu Xiaochun, profesor gabungan Shanghai Advanced Institute of Finance di Shanghai Jiao Tong University.

Keterbukaan kewangan peringkat tinggi

Persidangan berkenaan menekankan usaha untuk menggalakkan keterbukaan kewangan peringkat tinggi.

Perlunya untuk memperluaskan keterbukaan institusi secara berterusan dalam sektor ini, meningkatkan pelaburan rentas sempadan dan pemudahan pembiayaan, bertujuan untuk menarik minat lebih banyak institusi kewangan asing dan modal jangka panjang untuk membangunkan perniagaan di China, menurut persidangan itu.

Pada masa akan datang, China akan berusaha untuk memastikan agar peraturan kewangannya akan tertumpu kepada peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa dan keterbukaan semasanya menjadi lebih telus dan boleh diramal, ketua pakar ekonomi di Bank of China Securities Guan Tao memaklumkan kepada CMG.

Guan menyatakan bahawa China akan menggalakkan lagi marketization, kedaulatan undang-undang dan pengantarabangsaan pasaran kewangannya dengan memanfaatkan zon perdagangan bebas, pelabuhan perdagangan bebas serta beberapa pusat kewangan.

Mesyuarat tersebut menggesa untuk meningkatkan daya saing dan pengaruh Shanghai sebagai pusat kewangan antarabangsa dan status Hong Kong sebagai pusat kewangan antarabangsa.

Langkah-langkah harus diambil untuk berwaspada terhadap risiko-risiko ekonomi berkaitan asing dalam proses untuk memperluaskan keterbukaan, tambah Guan.

Menjelang penghujung September, 202 bank dari 52 negara dan wilayah telah menubuhkan institusi-institusi di China.

Data turut menunjukkan bahawa 1,110 institusi luar negara mendapat akses kepada pasaran bon China, dengan pemegangan melebihi 3.3 trilion yuan menjelang penghujung September.

Menjamin sekuriti kewangan negara

Sejajar dengan keterbukaan, sekuriti kewangan turut ditonjolkan dalam persidangan itu.

Ia menegaskan perlunya untuk menjamin sekuriti kewangan serta ekonomi negara dan mencegah risiko-risiko kewangan haruslah menjadi tema abadi dalam sektor kewangan.

Dari tahun 2014 hingga September 2023, China menyaksikan pinjaman berdenominasi yuan tertunggak yang diterbitkan untuk ekonomi sebenar meningkat kepada lebih 230 trilion yuan (kira-kira $32.04 trilion) daripada 81.43 trilion yuan, dengan purata pertumbuhan tahunan mencapai 10 peratus, umumnya sejajar dengan pertumbuhan KDNK nominal, data seperti yang didedahkan oleh People's Bank of China (PBOC).

Walau bagaimanapun, dengan pelbagai masalah yang saling berkaitan dalam sektor kewangan, mesyuarat berkenaan menyatakan bahawa masih terdapat risiko-risiko ekonomi dan kewangan yang tersembunyi, seperti berlakunya rasuah kewangan dan kecekapan rendah sektor kewangan yang memberi perkhidmatan kepada ekonomi sebenar.

"Mesyuarat berkenaan mengemukakan beberapa keperluan untuk langkah yang seterusnya dalam peraturan kewangan. Ia memberi panduan dan pematuhan untuk mengukuhkan dan menambah baik pengawasan kewangan, merapatkan jurang kawal selia dan meningkatkan keberkesanan pengawasan pada masa akan datang," kata Guan.

Menyedari bahawa fokus persidangan kerja kewangan pusat adalah memajukan pembinaan sebuah negara kewangan terkemuka, Guan berkata bahawa kewangan merupakan darah daging ekonomi negara dan bahagian yang penting bagi daya saing teras negara ini, "justeru itu, membina sebuah negara kewangan yang terkemuka diperlukan untuk sebuah negara ekonomi yang terkemuka."

https://news.cgtn.com/news/2023-11-01/How-China-will-expand-financial-opening-up-after-key-meeting--1onnU4kyk6c/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news