omniture

Pameran Seni & Kehidupan Snoopy "Dare to Dream" di Harbour City

Harbour City
2014-07-23 10:00 393

HONG KONG, 23 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Seni tercetus daripada kehidupan, manakala kehidupan pula bersemarak kerana impian kita! Sejak pelancaran kartun legenda "Peanuts" di Amerika Syarikat pada tahun 1950, watak utamanya Snoopy telah menjadi simbol "impian menjadi kenyataan". Harbour City dengan bangganya mempersembahkan Pameran Seni & Kehidupan Snoopy "Dare to Dream" dari 16 Julai hingga 12 Ogos 2014, yang mempamerkan patung Snoopy terbesar di dunia dengan ketinggian 3.3 meter serta karya seni Snoopy yang dibuat dengan kraf tradisional paling ikonik Jepun yang telah dihasilkan oleh artis Jepun Yoshiteru Otani dan pakar kraf Jepun lain. Sudah berbilang kali Yoshi bekerjasama dengan pencipta Peanuts, Charles M. Schulz manakala Muzium Charles M. Schulz pula telah mempamerkan 2 karya seni ciptaan Yoshi. Yoshi telah melakukan demonstrasi langsung kaligrafi gergasi Snoopy untuk istilah "Hong Kong" dengan saiz 4M X 2M dan istilah "Dream" dengan saiz 2M x 2M di Atrium II, Arked Gerbang Harbour City pada 16 & 17 Julai 2014.

Bagi pihak semua orang di Muzium Charles M. Schulz, Rakan Sekutu Kreatif dan Peanuts Worldwide, Pn. Jean Schulz, isteri Charles M. Schulz, berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada penghormatan luar biasa Harbour City kepada Peanuts. Daripada apa yang beliau lihat, pameran ini benar-benar menakjubkan -- malah dari Amerika Syarikat -- seberang dunia -- di Santa Rosa, California, beliau kagum dengan keagungan semua bahan pameran itu. Beliau tahu suami beliau, Sparky, tentu akan berasa sangat gembira jika dapat melihat bagaimana watak yang beliau cipta itu boleh membawa keriangan kepada orang lain -- dan pengalaman melihat ia berlaku di seberang dunia di Hong Kong adalah begitu menguja. Beliau berharap semua orang akan menikmati acara penuh gilang-gemilang ini.

“Dare to Dream” Snoopy Art & Life Exhibition @ Harbour City
“Dare to Dream” Snoopy Art & Life Exhibition @ Harbour City

Harbour City telah menganjurkan siri pameran dan aktiviti untuk Pameran Seni & Kehidupan Snoopy "Dare to Dream": 

Pameran / Aktiviti  

Masa dan Waktu  

Lokasi

"Dreams Never Fail" - Jejak Masa Snoopy 

16 Julai ke 12 Ogos 2014  

Dataran Hadapan, Ocean Terminal, Harbour City, Pameran Seni Gergasi

"Create Your Dreams" - Pameran kaligrafi dan kraf Jepun tema Snoopy   

16 Julai ke 12 Ogos 2014 

(11 pagi - 10 malam) 

"Gallery by The Harbour"
(Kedai 207, Tingkat 2, Pusat Laut, Harbour City)

"Small House, Big World" Pameran Seni Rumah Anjing Snoopy

16 Julai ke 12 Ogos 2014  

Koridor, Tingkat Bawah, Arked Gerbang, Harbour City

"Dream Memorial" - Kedai Sementara  

16 Julai ke 12 Ogos 2014  
(10 pagi - 10 malam)

Atrium I, Arked Gerbang, Harbour City

Taman Seni Snoopy  

16 Julai ke 12 Ogos 2014 

Atrium, Tingkat Bawah, Dataran Hadapan, Ocean Terminal, Harbour City

Acara dan Jualan Amal "Dare to Dream"

a. Jualan Amal Poskad Snoopy  

19 Julai ke 12 Ogos 2014 

"Gallery by The Harbour" & Atrium I,
Arked Gerbang, Harbour City

b. Sesi Ramah Mesra Snoopy  

19 Julai ke 12 Ogos 2014  
(Setiap Hujung Minggu)

Tingkat Bawah, Ocean Terminal, Harbour City, (berhampiran kedai OTG01, - Greyhound Cafe)

Seni Kopi Snoopy Amal 

19 Julai ke 12 Ogos 2014 

Restoran yang mengambil bahagian di Harbour City

Pameran Seni Gergasi Jejak Masa Snoopy -- "Dreams Never Fail"

Dataran Hadapan Ocean Terminal di Harbour City akan mempamerkan Pameran Seni Gergasi Jejak Masa Snoopy "Dreams Never Fail" yang dipilih susun oleh Yoshiteru Otani. 4 patung Snoopy dengan gerak isyarat berbeza dengan grafik latar belakang gergasi akan didirikan dari Pintu Masuk Utama Ocean Terminal Harbour City hingga ke lima tiang bendera, yang membayangkan Snoopy mengembara jauh dari Amerika Syarikat ke Jepun dan kemudian ke Hong Kong, lalu menyerlahkan idea yang seni tidak bersempadan. Tambahan lagi, patung Snoopy terbesar dunia setinggi 3.3 meter, telah menjadi simbol untuk semangat perintis impian yang telah menjadi kenyataan, melambangkan keazaman untuk mengorak langkah berganding bahu agar menjadikan impian suatu kenyataan.

Pameran kaligrafi dan kraf Jepun tema Snoopy -- "Create Your Dreams"

"Gallery by the Harbour" di Harbour City akan turut menganjurkan pameran kaligrafi dan kraf Jepun tema Snoopy "Create Your Dreams" pada masa yang sama. Artis terkemuka Jepun Yoshi Otani dengan penuh mahirnya menghasilkan imej Snoopy dengan kaligrafi berus, pakar kraf Jepun lain akan turut mempersembahkan kraf tradisional paling ikonik Jepun, seperti seni tembikar Mino dan teknik lakuer Wajima ke atas patung Snoopy. Lebih-lebih lagi, koleksi peribadi Pn. Jean Schulz, Hida Ichii Itto-bori: Dragon and SNOOPY, akan turut dipamerkan semasa pameran itu. Setiap karya seni tersendiri itu dicipta dengan kaedah ketimuran tradisional berbeza bagi mentafsirkan dengan penuh jelas peri laku Snoopy yang menawan hati, menunjukkan gabungan sempurna seni Timur dan Barat.

“Create Your Dreams” Art Exhibition & "Small House, Big World " Snoopy Dog House Art Array
“Create Your Dreams” Art Exhibition & "Small House, Big World " Snoopy Dog House Art Array

Pameran Seni Rumah Anjing Snoopy "Small House, Big World"

Dalam komik Peanuts, Snoopy gemar mencipta, mengelamun serta berseronok dalam dunia imaginasi tanpa sempadan atas bumbung rumah anjingnya. Koridor Arked Gerbang, Harbour City, akan ditukarkan menjadi Pameran Seni Rumah Anjing Snoopy -- "Small House, Big World", yang mempamerkan 10 rumah anjing Snoopy yang direka oleh para selebriti dan artis di bawah tema "Dream". Melalui semua rumah setinggi 1.8 meter itu, 10 selebriti dan artis dengan warganegara dan kerjaya berbeza meluahkan kenangan dan impian zaman kanak-kanak mereka, membayangkan ciri seni berkepelbagaian budaya mereka. Ini turut merupakan kali pertama Schulz Studio milik Charles Schulz, pencipta Peanuts, mereka bentuk dan mempamerkan rumah anjing di luar negara. Pereka lain termasuklah artis Jepun Yoshi Otani, pemain bola sepak Liverpool Ian Rush MBE dan juga pereka fesyen British Philip Colbert serta artis tempatan Pak Sheung Chuen dan anak-anak beliau, "pakar slanga" So Real Real dan prodigi catan Kenny Lau Kin Gi. Pameran seni ini akan membantu kita memecahkan kekangan realiti bagi menemui semula dunia luas kita sendiri. Ayuh kita sertai pengembaraan "dream".

Kedai Sementara untuk Produk Snoopy yang dibuat di Jepun -- "Dream Memorial"
Secara serentak, Kedai Sementara untuk Produk Snoopy yang dibuat di Jepun -- "Dream Memorial" akan dibuka di Atrium 1, Arked Gerbang, Harbour City, yang akan menjual produk Snoopy eksklusif yang dibuat di Jepun buat julung kalinya di Hong Kong. Daripada komoditi harian hinggalah aksesori, setiap barang menggabungkan seni kraf tradisional halus Jepun, seperti perkakas hidang Mino-yaki, perkakas hidang Wajima-nuri, barang hiasan dan perkakas timah, serta sapu tangan Kaga Yuzen. Semuanya menandakan usaha tanpa jemu untuk menghasilkan seni kraf paling halus. Kini anda juga boleh mengumpul barangan seni Snoopy di kediaman anda sendiri. Ada juga kaunter jualan seni dan kehidupan Snoopy yang akan menjual patung lembut, tas tangan, beg sandang, gajet, biskut serta coklat Snoopy.

Taman Seni Snoopy

Ocean Terminal Harbour City akan bertukar menjadi Taman Seni Snoopy, membawa kanak-kanak memasuki dunia impian Snoopy. Taman itu akan dihias dengan tona warna-warni biru muda dan merah jambu, di samping rumah anjing Snoopy setinggi 12 kaki agar kanak-kanak boleh meluncur di sebelah rumah anjing itu ke taman permainan. Hiasan di sekeliling akan dipadatkan dengan tema musim panas seperti Snoopy menikmati ais krim, air beku berperisa dan juga kek cawan, sambil menyejukkan diri dalam kehangatan musim panas.

Acara dan Jualan Amal "Dare to Dream"

Setiap kanak-kanak ada impiannya sendiri tetapi bukan semua kanak-kanak mampu berusaha untuk mendapatkannya. Harbour City akan mengadakan jualan amal poskad istimewa Snoopy dan siri aktiviti, dengan semua hasil kutipan akan didermakan kepada UNICEF bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh dunia untuk mencapai impian mereka.

a.         Jualan Amal Poskad Snoopy: Harbour City telah menjemput artis Yoshiteru Otani bagi mereka bentuk poskad kaligrafi istimewa untuk mewakili pameran Snoopy Hong Kong. Di samping kaligrafi itu, akan ada perapian kerajang emas di sepanjang bahagian hadapannya. Setiap poskad berharga HK$10, hasil kutipan akan didermakan kepada badan amal.

b.         Sesi Ramah Mesra Snoopy: Sewaktu acara hujung minggu, Harbour City juga telah menjemput Snoopy untuk acara ramah mesra dengan semua orang di Ocean Terminal. Dengan sebarang jumlah derma, anda boleh mengambil foto kumpulan dengan Snoopy dan turut menerima pelukan daripadanya.

Seni Kopi Amal Snoopy

Mulai 19 Julai hingga 12 Ogos 2014, pelbagai restoran yang turut serta di Harbour City akan menawarkan seni kopi bertemakan Pameran Seni & Kehidupan Snoopy "Dare to Dream" amal, bagi memastikan semua orang menikmati pengalaman kulinari yang hebat. Seni Kopi Snoopy akan dijual pada harga amal. Sebahagian daripada hasil keuntungan akan didermakan kepada "UNICEF". Tambahan lagi, dengan jumlah derma khusus, pelanggan boleh menyertai "Bengkel Seni Kopi Snoopy Amal" yang dianjurkan oleh illy Caffe untuk menghasilkan Seni Kopi Snoopy.

Restoran yang turut serta termasuklah: add@Prince, Bubbles Bar, Cafe Marco, Caffe Greco, illy Caffe, Marco Polo Hongkong Hotel – Ruang Rehat Lobi, Prince Hotel – Ruang Rehat Lobi, niji bistro, The Coffee Academics & Three On Canton

Harbour City Snoopy themed coffee art charity sale
Harbour City Snoopy themed coffee art charity sale

Pertanyaan Pelanggan:+852-2118-8666     Laman Web: http://www.harbourcity.com.hk

Pautan Dropbox untuk semua foto: https://www.dropbox.com/sh/8om5ol26gaftpi9/AADXLQUmJIUYkr_egYR_nVy_a?m

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140718/8521404095-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140718/8521404095-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140718/8521404095-c
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO

Source: Harbour City
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Travel Trade show news