omniture

Docquity Perluas Program Akses Pesakit Terdigit Untuk Tingkatkan Hasil Penjagaan Kesihatan di Thailand

Docquity
2023-11-08 10:00 34
  • Selepas kejayaan rintis di Filipina, lima Program Akses Pesakit (PAP) DocquityCare telah dilancarkan di Thailand
  • DocquityCare PAP akan menyokong lebih daripada 100 hospital dan 250 ahli profesional penjagaan kesihatan (HCP) bagi meningkatkan penjagaan pesakit buat mereka yang menghidap kanser dan penyakit mengancam nyawa yang lain

BANGKOK, 8 November 2023 /PRNewswire/ -- Docquity, komuniti terbesar HCP Asia Tenggara yang menghubungkan dua daripada tiga doktor di rantau ini, hari ini mengumumkan pengembangan DocquityCare PAP, program akses pesakit terdigit ke ThailandDocquity memperkenalkan lima PAP di negara ini, menyokong lebih 100 hospital berdaftar dan 250 HCP yang diberikan kebenaran bagi meningkatkan penjagaan pesakit untuk mereka yang menghidap kanser dan penyakit mengancam nyawa yang lain.

DocquityCare PAP Thailand
DocquityCare PAP Thailand

Memanfaatkan rangkaian kukuh HCP Docquity dan kepakaran mendalam dalam inovasi teknologi kesihatan, DocquityCare PAP mendigitalkan dan mengubah seluruh proses PAP, menghubungkan rakan kongsi farmaseutikal, hospital, HCP dan pesakit melalui satu platform dengan lancar. DocquityCare PAP memudahkan perkhidmatan sokongan berpusat untuk hospital dan farmasi bagi meningkatkan kebolehaksesan dan pendispensan ubat-ubatan, doktor-doktor untuk menghubungi pesakit dengan mudah bagi rawatan susulan dan pesakit untuk mengakses ubat-ubatan yang diperlukan serta mematuhi protokol rawatan dengan lebih baik.

Justeru itu, DocquityCare PAP menangani batasan semasa PAP konvensional, termasuk pergantungan kepada bilangan kedai yang terhad untuk pelaksanaan program, ralat dan penipuan ekoran proses berasaskan kertas, kurangnya pengumpulan data tentang kuantiti ubat yang dipreskripsi dan didispens serta kejadian buruk yang kurang dilaporkan. Sejak perintisnya pada tahun 2021, DocquityCare PAP memperkasa lebih daripada 350 doktor dari 150 hospital di Filipina untuk menyokong lebih 1,000 pesakit kanser dengan ubat-ubatan yang lebih mudah diakses. Ini telah menghasilkan lebih daripada AS$ 1J bagi jumlah penjimatan pesakit di Filipina.

"Pengembangan DocquityCare PAP ke Thailand membolehkan kami memajukan keupayaan penyelesaian pesakit kami di Asia Tenggara dan misi utama adalah untuk membina kehidupan yang lebih sihat di seluruh dunia secara meluas. Membangun berdasarkan teknologi, jejak dan pemahaman terkini platform kami, kami bekerjasama dengan syarikat-syarikat farmaseutikal terkemuka untuk merevolusikan sistem PAP dan menangani halangan yang sebelum ini menghalang mereka daripada menawarkan perkhidmatan kepada lebih ramai HCP dan pesakit," kata Christophe Meugnier, Pengurus Besar Thailand dan Vietnam, Docquity.

Latar Belakang Docquity, https://docquity.com/

Docquity ialah komuniti dipercayai yang terbesar di Asia Tenggara merangkumi golongan profesional penjagaan kesihatan yang disahkan. Visi kami adalah untuk menghubungkan golongan profesional penjagaan kesihatan bagi membina kehidupan yang lebih sihat di serata dunia secara meluas. Docquity membantu golongan profesional penjagaan kesihatan belajar, berhubung dan berkembang, serta bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk mendekati dan mendidik golongan profesional penjagaan kesihatan serta memberi pemahaman kepada mereka.

Docquity memiliki lebih daripada 400,000 HCP pada platform ini dan pejabat di wilayah India, Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Taiwan.

Source: Docquity
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Health Care/Hospital Corporate Expansion