omniture

Xinhua Silk Road: Persidangan Tahunan Forum Jalan Kewangan 2023 bermula di Beijing

Xinhua Silk Road
2023-11-10 08:26 82

BEIJING, 10 November 2023 /PRNewswire/ -- Bertemakan "China Lebih Baik Dunia Lebih Baik – Meningkatkan Keterbukaan dan Kerjasama Kewangan demi Pertumbuhan Bersama dan Manfaat Bersama," Persidangan Tahunan Forum Jalan Kewangan 2023 dibuka pada hari Rabu di Beijing, ibu negara China.


Berucap di persidangan itu, Yin Li, setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Beijing Parti Komunis China, berkata bahawa pasaran kewangan China, dengan skalanya yang besar, potensi penuh, pembangunan pesat dan asas kukuh ekonomi sebenar, menjadi kuasa utama bagi mengekalkan kestabilan kewangan global.

Pan Gongsheng, gabenor People's Bank of China (PBOC) serta ketua Pentabiran Pertukaran Asing Negara (SAFE), memberitahu persidangan tersebut bahawa China akan menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa secara praktikal dan mengambil bahagian secara aktif dalam tadbir urus ekonomi dan kewangan global, menekankan bahawa negara ini akan meningkatkan pengantarabangsaan mata wang Cina melalui "langkah-langkah yang berhati-hati dan kukuh."

Asas-asas dalam ekonomi Cina harus kekal kukuh dalam tempoh jangka panjang, memandangkan pemacu baharu terus mengagregat dan pembangunan ekonomi dan kewangan yang berkualiti tinggi menunjukkan momentum yang semakin meningkat, kata Li Yunze, ketua Pentadbiran Kawal Selia Kewangan Nasional (NFRA), menyatakan bahawa NFRA akan memajukan keterbukaan peringkat tinggi sektor kewangan dengan mantap bagi menarik lebih banyak institusi kewangan asing dan modal jangka panjang ke pasaran Cina.

Yi Huiman, pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China (CSRC), berkata bahawa CSRC akan berpegang kepada tujuan asas untuk memberi perkhidmatan kepada ekonomi sebenar, memfokuskan kepada lima tugas utama iaitu mempromosikan kewangan sains dan teknologi, kewangan hijau, kewangan inklusif, kewangan pencen dan kewangan digital, sebagai usaha untuk memanfaatkan dengan lebih baik pasaran modal sebagai sebuah hab.

Keterbukaan dan kerjasama akan banyak membantu ke arah menggalakkan kemakmuran ekonomi yang semakin berkembang, terjamin dan mampan, di bawah pelbagai cabaran yang dihadapi oleh ekonomi global, kata Agustin Carstens, Pengurus Besar Bank for International Settlements melalui pautan video semasa persidangan.

Dihoskan secara bersama oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing, PBOC, NFRA, CSRC, Xinhua News Agency dan SAFE, persidangan pada tahun ini melibatkan sejumlah 42 aktiviti, mengalu-alukan lebih 400 tetamu berpengaruh dari lebih 30 negara dan wilayah untuk berkongsi pandangan dalam menangani cabaran ekonomi global melalui kerjasama kewangan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/337060.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news