omniture

BRI memberikan nafas baru bagi pelayaran Jiangsu

China Daily
2023-11-15 09:40 60

Perluasan jarak pelayaran oleh Legasi Maritim

BEIJING, 13 November 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada China Daily: Di Taman Zheng He di Taicang, provinsi Jiangsu, sebuah kapal replika besar dipunyai oleh Zheng He, seorang pelayar dan penjelajah  terkenal di China berlabuh berhampiran dengan pesisir tasik.

A staff member at Taicang Port in Jiangsu province briefs foreign journalists about the port's operations on Oct 27 during the 2023 Hi Jiangsu Media Trip. The event has been held seven times since its launch in 2015 as a platform to introduce Jiangsu to overseas audiences. [Photo/China Daily]
A staff member at Taicang Port in Jiangsu province briefs foreign journalists about the port's operations on Oct 27 during the 2023 Hi Jiangsu Media Trip. The event has been held seven times since its launch in 2015 as a platform to introduce Jiangsu to overseas audiences. [Photo/China Daily]

Berlayar dari Taicang, Zheng mengetuai satu armada mengadakan tujuh pelayaran semasa Dinasti Ming (1368-1644). Pelayaran tersebut membawa armada tersebut ke destinasi-destinasi di Asia Tenggara, Asia Selatan sehingga sampai benua Afrika dan para pelayar telah melawati lebih daripada 30 negara dan kawasan.

Pelayaran Zheng memajukan Jalan Sutera Maritim pada zaman dahulu ke hadapan. Armada tersebut membawa sutera China, porselin dan teh China ke destinasi-destinasi dan armada tersebut berkongsi ilmu pengetahuan tentang pertanian, hasil tenunan serta teknik memancing dengan penduduk tempatan dan menjalinkan hubungan mesra bagaimanapun mereka berada.

Sebagai balasan, armada Zheng membawa balik khazanah seperti barang kemas, rempah ratus, herba ubatan dan haiwan eksotik.

Pada 27 Oktober, sebagai sebahagian daripada Perjalanan Media Hi Jiangsu 2023, wartawan-wartawan asing melawati Dewan Peringatan Zheng He di Taicang, mengetahui dan mendalami ciri-ciri budaya keamanan, kerjasama dan keterbukaan bandar itu.

Perjalanan media itu, dianjurkan bersama oleh Pejabat Penerangan dan Pejabat Hal Ehwal Luar provinsi Jiangsu dan China Daily, menghimpunkan wartawan-wartawan dari negara-negara termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan, Emiriah Arab Bersatu, Thailand dan Vietnam, semua terlibat dalam Inisiatif Jalur dan  Laluan.

Para wartawan melawati bandar-bandar Nanjing, Yangzhou, Lianyungang dan Taicang dari 22 hingga 28 Oktober untuk mengetahui ilmu pengetahuan tentang integrasi mendalam Jiangsu dalam pembangunan BRI sepanjang dekad yang lalu.

Jiangsu terletak di persimpangan antara Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 yang bersama-sama membentuk Inisiatif Jalur dan Laluan. Sepanjang dekad yang lalu, Jiangsu memanfaatkan dengan aktif kelebihan geografinya dan memainkan peranan penting dalam BRI.

Perjalanan media itu melibatkan hentian-hentian di Nanjing International Rail Freight Express, pangkalan kerjasama logistik China-Kazakhstan (Lianyungang) dan Pelabuhan Taicang. Lawatan tersebut membuat pandangan yang pertama terhadap usaha-usaha Jiangsu untuk menggalakkan percantuman dan perdagangan antara negara-negara yang mengambil bahagian dalam BRI.

Abdul Wajid Khan, seorang sarjana penyelidik dan wartawan di Independent News Pakistan yang mengambil bahagian dalam perjalanan media itu, berkata, "Jiangsu akan meningkatkan lagi hubungan perdagangan dan ekonomi dengan negara-negara yang terlibat dalam BRI." Perjalanan tersebut juga akan membantu mereka "memodenkan sektor-sektor perindustrian dengan bantuan daripada kapasiti perindustriannya yang berteknologi tinggi," tambah beliau.

Sementara itu, walaupun replikasi kapal Zheng He tidak akan berlayar, legasi penjelajah  itu dihubungkan dengan pelabuhan-pelabuhan Taicang dan Lianyungang, yang kekal sibuk kerana mereka memudahkan pengangkutan barangan dan menyebarkan prinsip-prinsip kerjasama yang aman dan faedah bersama ke pesisir pantai.

Source: China Daily
Keywords: Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation